SP 19

5.1K 205 3
                                    

"Sedapnya. Hampir sama dengan yang ummi abang buat. Thanks sayang" puji si teruna. Si dara pula sudah tersenyum malu dengan pujian si teruna. Kembang setaman hatinya.

Awni lihat ke arah kedua dua chef yang telah bertungkus lumus mengajar memasak lauk   kesukaan Ian. Kak rina dan ibu mengjongket kening. Awni yang bagai mengerti terus bersuara.

"Ibu dengan Kak Rina yang tolong ajarkan. Lauk yang biasa biasa saya tahu la buat tapi kalau masuk bab makanan laut saya tak suka. Eemm sikit."

"Tapi kalau sotong, udang, ikan tu saya tahu la" Awni menyambung penerangan. Teruk la kalau umur dah meningkat tapi tak tahu masak lagi benda simple macam tu. Lega dia melihat anggukan dari Ian.

"Abang nak tambah lagi tak. Meh saya tolong cedokkan"

Akim menghulur pinggan nya. Sedap sangat lauk yang dimasak Awni. Takkan tak mahu tambah, kan lauk favretnya. Dah la hampir sama dengan yang ummi buat.

Awni mencedok ketiga tiga lauk ke dalam pinggan suaminya. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Gembira apabila si suami suka dengan masakannya. Puan Alyana dan Encik Hisyam dah tersengih dengan kelakuan Awni. Ambil  lauk pun boleh tersenyum.

"Assalamualaikum" Awsyar menyusun kasut kerjanya di luar sebelum melangkah masuk. Pintu rumahnya memang selalu dibiarkan terbuka. Kata ibu, biar angin bendang masuk. Damai dan tenang saja.  Tapi grill harus dikunci. Bimbang juga. Sekarang ni di kampung pun sudah terjadi bermacam-macam kes. Tak perlu pergi bandar pun.

"Wa'alaikumussalam. Eh Char... Awal pulak balik hari ni. Dah selesai ke semua kerja tu"

Awsyar hanya mengangguk menjawab soalan abahnya. Matanya lebih terpukau dengan lauk di depan matanya. 'Mouthwatering' . Tanpa berlengah, kerusi ditarik sebelum mengambil tempat berhadapan Awni, adiknya.

"Adik. Tolong cedokkan nasi untuk Bang Char. Tadi masa balik tak lapar tapi bila tengok je lauk ni terus lapar balik"

Awni hanya menurut. Nasi dicedokkan untuk abangnya. Lauk pauk biar cedok sendiri.
Perbualan mereka sekeluarga  semakin rancak. Ada saja cerita yang dikongsi.

Awni yang sedang membasuh pinggan tersentak apabila ada tangan yang memeluk bahunya. Dia menoleh, suami kesayangan rupanya. Akim tersenyum manis ke arah istrinya.

"Sayang...biar abang pulak sambung kerja sayang ni. Sayang pergi naik atas dan kemas barang-barang yang nak pindah. Baju-baju abang tak payah tau sebab abang dah pack."  Akim mengambil span yang berada di tangan Awni. Apron yang dipakai Awni diambil lalu diletakkan di tempatnya semula.

"Lahhh sayang menungkan apa tu. Pergi lah cepat. Tak caya eh abang boleh buat. Dah dah.. Pergi cepatt."  Awni yang masih bingung ditolak perlahan menaiki tangga. Awni hanya menurut kehendak suaminya. Bersyukur kerana mendapat suami seperti Ian yang sudi menolong sang isteri.

"Wahhh cantek nya rumah ni. Ni betul ke rumah abang" Akim hanya mengangguk menjawab soalan Awni. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Perlakuan Awni yang sedang menjelajah penthousenya dirasakan mencuit hatinya.

"Ermm betul ke kita nak tinggal sini" soal Awni. Matanya belum habis lagi menjelajah rumah Ian.

Ian mengalihkan muka Awni supaya memandangnya. Awni tertunduk malu dengan perbuatan suaminya.

"Lain kali bila bercakap pandang muka orang. Kan dah malu. Yelah. Habis tu buat apa abang nak bawak sayang jenguk rumah ni. Dulu walid bagi hadiah sebab dapat jadi engineer. Tapi rumah ni sunyi sebab  tak da orang. Abang pon duduk la dengan parents. Sekarang kan dah ada sayang. Nanti dah tak sunyi."

"Sekarang ni jom kita pergi kemas barang dulu. Nanti bila dah duduk tak banyak barang dah nak kena kemas. Jom"

Awni melangkah ke tingkat atas mengikut suaminya. Dah habis barang yang mahu dipindahkan. Ian cakap dia dah mintak tolong dengan kawan. Okeylah kalau macam tu. Sekarang ni tinggal nak kemas sikit-sikit je kat rumah ni. Maklum lahh dah lama ditinggalkan.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now