SP 11

5.4K 327 22
                                    

Disebabkan asyik sangat berbual dengan Akim, Awni tak perasan yang dah masuk waktu zohor. Nasib Akim mengingatkannya. Buat malu je. Memandangkan cafe tersebut ada menyediakan surau kecil jadi Awni hanya solat di situ. Kalau balik pon bukannya ada orang. Abang Awshar dah hantar mesej yang dalam pukul 8 baru sampai balik. Sakan sangat kot shopping tanpa dia.

Nak berborak dengan Akim tak boleh. Maklumlah sibuk sangat layan customer. Jadi kerjanya hari ni hanyalah menghadap laptop.

"Awni, awak tak nak order apa apa lagi ke. Pencuci mulut ke or anything. Dari tadi menghadap laptop je bukannya boleh kenyang pon"

Akim yang baru habis kerja datang menegur aku. Baru tadi je rasanya aku dah order donat ngan puding caramel. Dia nak aku sumbat banyak mana lagi. Ke nak bagi habis stok makanan kat sini. Eh boleh je asalkan free of charge.

"Tak payah la. Saya dah kenyang pon. Tapi kalau awak nak belanja apa salahnya. Saya on je."balas Awni tersengih.

"Apesal tak boleh pulak. Ni kan cafe par... Bos saya."aduhhh. Nasib sempat cover. Kantoi la kalau tersasul. Hancur plan.

"Haa tau pon cafe ni bos awak punya. Awak sebagai pekerja mana boleh ikut suka belanja customer macam tu je. Kalau bos awak tahu mesti dia marah." suka suki dia je Akim ni. Ingat cafe ni mak ayah kau punya. Haihh.

Lain pula di pihak Akim. Dia hanya tersenyum mendengar kata Awni. Sebab cafe ni parents saya punya la saya nak belanja awak Awni oii. Tak mungkin la walid dan ummi nya nak marah. Lagipon semua dah tahu yang cafe ni sekarang dia yang uruskan. Tapi dia tersangat yakin yang tak ada sesiapa pon yang tahu Akimlah owner cafe ni sekarang. Yang mereka tahu, anak kedua Dato Seri Mazlan, Aryan Hakimi. Engineer muda.

"Saya belanja la guna duit gaji saya. Jom la. Kalau tak nak, teman saya makan pun dah okey" Rayu Akim.

"Okey la. Dah alang - alang awak nak belanja saya nak Nasi Pattaya dengan jus carrot susu. Boleh? " Awni tersenyum melihat anggukan Akim. Siap dengan isyarat good lagi.

Baru Awni perasan ada sesuatu yang berlainan pada fizikal Akim. Sebelum ni tak ada pon. Awni menunggu Akim menyediakan makanan terlebih dulu. Kejap lagi baru tanya.

"Jemput makan tuan puteri, makanan awak dah disiapkan." Akim meletakkan apa yang Awni order tadi di hadapannya.

Cepatnya awak sampai, saya baru je nak pasang angan-angan." Awni tersenyum tanda terima kasih kepada Akim. Patutlah cepat, makanan dah siap cuma panaskan jer. Jus carrot pulak cuma perlu blend je then siap. Awni dan Akim bersembang rancak macam dah kenal berbulan-bulan lagaknya. Padahal tak sampai pun tiga bulan perkenalan mereka. Akim juga boleh tahan kelakar. Itulah, kalau dah sekepala tu memang cepat lah kan kamceng. Awni teringat persoalan yang bermain di minda sebentar tadi.

"Akim. Awak pakai contact lens ke?.. Sebelum ni kan mata awak coklat, hari ni tiba-tiba jadi warna biru hijau. Tapi cantik. Pandai awak pilih warna"

Gulp!! Akim merasakan dia seolah-olah dia menelan batu dan bukannya carbonara cheese. Pujian Awni umpama kilat yang menyambarnya. Macam mana lah aku boleh cuai. Apa alasan aku nak bagi ni.

"Saya tengok ramai orang pakai, saya pon teringin jugak. Lagipon kawan saya yang recommend. Lawa kan."

Fuhh alasan yang paling selamat. Dia lega apabila Awni mengangguk. Sempat gadis itu menitipkan pesanan kepadanya.

'Jangan selalu sangat Akim, kalau untuk perubatan, it's doesn't matter. Tapi kalau saja-saja tu tak payahla. Lagipon mata awak dah lawa dah'

Akim hanya mengangguk. Inilah mata original saya Awni. One day, kalau awak memang ditakdirkan sebagai bidadari saya, awak akan tahu kenapa saya buat semua ni. Desis hati Akim. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan. Dia pon tak tahu sampai bila nak kekalkan diri macam ni. Mustahil Awni mahu menerimanya. Perwatakan dan penampilan Awni memang tak layak nak dibandingkan dengan dirinya yang palsu itu.Lain la kalau Awni memang ikhlas menerimanya. Lagipun, perkenalan mereka baru dua bulan.

Awni pulang ke rumahnya setelah solat asar. Dia menolak pelawaan Akim yang mahu membungkus dessert. Cukup-cukuplah Akim sudah membelanjanya tadi. Kesian pulak dia pada Akim. Penat-penat kerja, dapat gaji aku pulak yang habiskan.

Ish ish ish........

Dear my lovely silent reader. Sorry sbb bru nk update. Itulah sapa suruh tak vote banyak ii and komen.

Walupun korang silent reader tapi jangan la jadi silent vote yer. Murung authot dibuatnya nanti.

Saranghae readers.. 😍😎

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now