SP 25

5.1K 238 4
                                    

Mianhae sebab TERPAKSA skip episod diorang pergi Perth tu. Korang bayang kan je lah semuanya baik-baik. Okey.. o∩_∩o

Selepas makan malam. Kedua-dua pasangan itu berehat di ruang tamu. Macam-macam cerita diborakkan mereka. Dari cerita melancong ke Perth sehinggalah ke soal kerja masing-masing.


"Sayang..."Akim sengaja meleretkan panggilan sayang. Tangan Awni digenggam dan diusap lembut. Mata pula fokus ke arah wajah Awni. Awni pula menjongket kedua belah keningnya. Menunggu kata seterusnya dari Akim.

"Boleh tak kalau abang nak request something kat sayang?? "
Akim menunggu respon dari Awni sebelum menyambut ayatnya. Setelah Awni mengangguk barulah dia bertanya.

"Sayang boleh tak berhenti kerja. Errr jadi orang rumah. Bukan apa, gaji abang yang sekarang ni pon dah cukup untuk tanggung sayang. Bagi apa yang sayang nak. Dan kalau kita ada anak pun Insha Allah abang masih mampu. Even kalau kita ada anak ramai pon"

Akim menyusun ayat berhati hati. Bimbang bakal mengguris hati Awni.

Awni menarik tangannya dari genggaman Akim. Dia tunduk memandang permaidani yang dihampar di ruang tamu itu. Awni mengeluh perlahan namun cukup untuk didengari oleh sepasang telinga yang asyik memerhatinya.

"Memang abang mampu, bahkan lebih dari tu. Tapi lecturer tu memang minat Awni. Saya belajar sampai master. Dan kesusahan sayang sebelum jadi lecturer tuu.... " Awni menghela nafas seketika.

"Abang tak kan faham. Abang lain lah. Semua abah dengan along boleh bagi. Sayang lain. Abah petani moden. Ibu bakery. Bang Chad polis. Bang Char pulak doktor. Semua tu bukan dalam bidang sayang."

"Takpa la abang. Nanti sayang cuba fikirkan. Abang suami, sayang isteri. Sayang wajib patuh dekat abang kan"

Awni terus menaiki tangga ke bilik tidur mereka. Meninggalkan Akim sendirian di ruang tamu. Akim membaringkan dirinya di atas sofa. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Mata pula memandang kipas yang berputar perlahan. Sesuai dengan keadaan cuaca yang berterusan hujan sekarang.

Akim sengaja membiarkan Awni bersendirian. Memberi peluang untuk berfikir tentang apa yang dibincangkan sebentar tadi.

Awni berdiri di balkoni biliknya. Dia memandang menara KLCC. Menara berkembar yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara Malaysia. Namun pemandangan itu belum cukup untuk mengusir permintaan dari Akim.

'Aku kerja belum pun sampai 2 tahun'

Awni mengeluh berat. Kelam kabut dia berlari ke katil apabila pintu bilik dipulas dari luar. Siapa lagi kalau bukan Akim. Selimut ditarik hingga ke paras pinggang. Badan pula tidur membelakangi Akim. Tanda merajuk atau protes mungkin.

Akim pula tersengih saja waktu memasuki bilik tidur itu. Bukannya dia tak perasan. Hentakan kaki Awni waktu berlari ke katil tadi cukup untuk memberitahu yang dia belum tidur.

"Sayang kalau nak lari pun at least tutup la dulu pintu balkoni ni. Nanti kalau hujan kang, badan abang ni pulak jadi mangsa pemanas badan" sliding door ditutup rapat lalu dikunci.

Akim baring di sebelah isterinya. Selimut ditarik. Dia memerhati isterinya seketika.

"Sayang. You know what.. Isteri yang tidur membelakangi suami ni kan,  malaikat akan laknat dia. Kalau sayang belum tidur baik kalih cepat. Abang tak sanggup nak.........."

Belum sempat Akim menghabiskan ayat nasihat nya Awni mengalihkan badannya. Tapi mata masih terpejam. Akim berpuas hati. Kantoi dah belum tidur. Bibir ditahan daripada meletuskan tawa.

Badan dirapat ke arah isterinya. Dia mengucup kepala Awni sebelum pinggang itu diraih ke dakapannya. Akim mengucap syukur di dalam hati apabila Awni tidak menolak. Awni hanya diam tidak berkutik. Walaupun masih sedar, namun dia berlagak selamba. Akhirnya kedua mereka terlelap apabila keadaan bertambah sejuk kerana hujan lebat.

******************************

"Attention guys. Ni extra class yang last untuk korang semua. Jawab elok-elok nanti paper saya. Jangan buat bagi saya pening tapi buat bagi saya bangga sebelum saya keluar dari sini. Sebab selepas ni saya dah tak jadi lecture. "

Rata - rata pelajarnya berpandangan sesama mereka. Mereka fokus semula apabila Awni meneruskan ayatnya.

"Terima kasih sebab selama saya mengajar awak, no ones ponteng. Extra class ni pun awak semua sanggup datang walaupun saya difahamkan ada segelintir yang ada masalah. Thanks banyak. Saya terharu sebenarnya. "

Awni menahan air matanya dari keluar. Tidak mahu menitiskan air mata di hadapan berpuluh anak muridnya.

"Saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dengan awak semua. Saya halalkan ilmu yang saya ajar. Guna sebaik mungkin. Bila awak dah berjaya jangan lupa pulak lecturer yang selalu mengajar awak. Ok"

Sesudah itu, semua students nya mengerumuni Awni. Mereka meminta maaf dan yang perempuan pula berpelukan. Banjir sudah. Ada juga yang mengalirkan air mata. Sedih mungkin bakal berpisah.

Ariz juga tak lepas daripada memohon kata maaf. Atas kehendak ramai rakannya, dia beranikan juga untuk bersuara.

"Miss. Kami kan dah sem last. Boleh tak bila konvokesyen nanti miss datang. Saya akan suarakan hajat kami dekat pihak U. Boleh kan??"

Masing-masing diam menunggu jawapan daripada lecturer kesayangan mereka itu. Mereka bersorak apabila Awni mengangguk. Bingit dewan kuliah tersebut dengan suara sorakan mereka.

"Selfie!!!! "

Ariz menjerit memberitahu rakan yang lain. Masing-masing mereka mengeluarkan android. Tak kurang juga yang mengeluarkan monopod. Awni menggeleng dengan kerenah anak-anak muridnya. Tidak ada apa yang boleh dilakukan selain melayan. Elok lah tu. Baik pelajar mahupun lecturer. Dua-dua sporting habis..

Guysss star kat bawah... Tekan tau Y(^_^)Y

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now