SP 36

7.5K 202 6
                                    

"Wahh Syiera Subhanallah. Canteknya " kata Awni sebaik sahaja menjejak kaki di Pulau Pangkor.

Syiera di sebelahnya tersenyum melihat gelagat Awni yang tampak teruja dengan pemandangan di hadapan mereka.

"Awni... Petang karang kita mari lah. Sekarang ni jom lah naik ke hotel. Berehat dulu. Kan baru sampai saja" pujuk Syiera. Awni menurut sahaja kerana badannya juga penat ketika memandu. Walaupun ditegah oleh Syiera tapi Awni tetap berdegil untuk memandu juga. Syiera juga pasti penat sekiranya memandu sorang-sorang. Bukannya dekat.

Awni mengeluarkan telefon pintarnya untuk memberitahu kawan lamanya yang mereka sudah tiba. Awni sudah menempah bilik yang sesuai dengan citarasanya. Dia mahukan bilik yang menghadap ke laut. Mujur kawannya itu baik. Kata dia, bukan selalu boleh berjumpa. Lagipula custemor always right. Taglinenya kawannya itu.

Mereka berjumpa di lobi hotel. Mereka bertiga, Awni, Syiera dan kawannya lamanya, Yana saling berpelukan.

"Sampai jugak kau eh ke sini. Ingatkan dah terlajak ke Pulau Giam tadi. Sihat ke tak ni? " ramah Yana bertanya. Maklumlah sudah lama mereka tidak bertemu. Last perjumpaan mereka semasa majlis perkahwinan Awni.

Awni mengangguk membalas pertanyaan Yana.

"Kau macam mana Syiera? "

Giliran Syiera pula diajukan soalan.

"Kalau Awni yang tengah sarat pun sihat. Aku lagi lah "

Yana menekup mulutnya. Awni dipandang tidak berkedip.

"Kau tak beritahu aku pun. Pregnant eh. Berapa bulan dah? "

Awni menunjukkan empat jarinya. "Empat bulan "

"Congrats ye. Kalau Syiera tak cakap tadi, tak tahu la aku sampai ke sudah"

"Nah kunci bilik korang. Naik la berehat dulu. Petang nanti datang la turun makan tau. Sambil tu boleh buat aktiviti kat pantai"

"Okey. Thanks Yana. Kitorang naik dulu. " Syiera dan Awni melambai kepada Yana. Yana membalas lambaian mereka. Tanpa siapa pun sedari ada sepasang mata yang memerhati mereka bertiga. Dia tersenyum sahaja sebelum turut naik ke biliknya.

******************************

"Abang... Awni beritahu tak yang dia ke Pangkor? " tanya Puan Alyana sewaktu mereka sedang duduk bersantai di gazebo.

"Mahunya tak. Itupun Syiera yang datang beritahu abang. Kalau nak diikutkan Awni tu, abang rasa sampai ke sudah kita tak tahu. " air teh di dalam cawan yang masih panas dihirup perlahan.

"Tak pe lah. Cuma saya harap dia jaga kandungan dia tu elok-elok. Mujur ada Syiera dengan Ian yang tolong tengokkan " pandangannya diarah ke halaman yang berwarna hijau itu. Tenang sahaja mata melihat. Lagi-lagi bagi  orang yang bermasalah.

"Abang pun harap hubungan anak menantu kita tu baik macam dulu. Itu lah kan cabaran kahwin muda. Kita dulu macam lain pulak ujian nye kan? " mata Encik Hisyam dikerjip dituju kepada Puan Alyana. Puan Alyana tersengih dengan kelakuan suaminya itu.

"Ish abang ni. Tak payah laa nak throwback" mereka berpandangan sebelum tawa kedua-duanya meletus. Kenangan mereka sewaktu mula berkahwin juga tersangatlah indah. Mereka juga berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka sehingga sudah bercucu.

******************************

"Awni!! Dah siap ke belum!? Cepatlah sikit Yana dah tunggu ni!! " laung Syiera.

Dia membuat muka masam apabila pintu dibuka. Awni pula boleh keluar dengan muka selamba. Tersenyum bahagia pula tu. Sedangkan Syiera sudah setengah jam menunggu.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now