LAST EPILOG

9.6K 252 15
                                    

"Sayang.... Bertahan sayang. Lagi sikit je lagi! " tangan Awni digenggam kuat. Mengalir air mata lelakinya melihat Awni yang sedang menahan sakit. Beginikah peritnya seorang isteri demi melahirkan zuriat buat sang suami?

"Sikit lagi puan!!. Dah nampak kepala. Encik!! Bantu dia!!"

"Sayang.... Please.... Sikit lagi!!! Abang ada ni sayang! " Akim tidak berhenti mengucup dan mengusap lengan isterinya. Awni pula sudah basah dengan peluh. Tapi bila mendengar suara Akim, dia bagaikan mendapat semangat.

Akhirnya bergema bilik hospital itu dengan suara bayi lelaki. Akim tidak berhenti mengucapkan syukur. Bahkan dia sempat melakukan sujud syukur. Dahi Awni dikucup lama.
Ahli keluarga kedua-dua pihak yang menunggu di luar berdiri serta merta apabila melihat Akim keluar dengan mengendong bayi. Walid dan abah menemani Akim untuk mengazankan si bayi. Selepas itu diberikan semula kepada jururawat untuk di mandikan. Masing-masing mengucapkan syukur.

"Yan..... Bertambah cucu kita ya" Datin Maria memeluk besannya. Dato Seri Mazlan turut memeluk besannya.

"Ermm... Walid, abah, ibu, ummi. Kalau nak tengok cucu, jom Ian bawakkan. Ian nak pergi melawat Awni sekejap" mereka hanya mengikut Akim. Selepas itu, Akim terus pergi kepada Awni.

Apabila sedar tangannya digenggam. Awni membuka mata. Akim mengucup lama dahi Awni. Awni mengusap perlahan dagu suaminya. Jelas tergambar keletihan di wajah itu. Mata Awni menggambarkan kelihatan namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman.

"Terima kasih sayang sebab sudi lahirkan zuriat abang. Abang.... Abang tak sanggup tengok sayang tahan sakit tadi sayang. Terlalu perit. " air matanya hampir mengalir lagi sekali.

"Abang.... " panggil Awni lembut. Akim mengangkat kepala memandang Awni. Tubir mata Akim disapu dengan jari jemarinya. Akim menangkap jari itu dan mengucup lama.

"Jangan la nangis. Terima kasih sebab temankan Awni tadi. Awni nak tengok anak kita. Mana bang? "

Belum sempat Akim menjawab. Pintu wad ditolak oleh Datin Maria. Kelihatan dia mengendong cucunya. Puan Alyana , Dato Seri Mazlan dan Encik Hasyim mengikut di belakang.

Mengalir air mata Awni melihat anaknya.

Datin Maria meyerahkan dengan hati-hati bayi itu kepada mamanya.

"Muka dia serupa dengan Awni masa bayi. "

Awni mengucup lama pipi gebu itu. Tenang dia melihat wajah suci itu yang sudah terlelap. Dia dan Akim saling berpandangan. Benar kata ibu, wajah itu saling tak tumpah seperti wajahnya. Cuma hidung mancung dan bibir yang nipis mungkin daripada abahnya. Aryan Hakimi.

******************************

Seminggu berlalu........

Hari ini keluarga mereka mengadakan majlis kesyukuran beserta akikah anak Akim dan Awni. Bila dah makin membesar, lagi comel anak itu. Gebu dan montel.

Ramai juga hadirin yang di undang oleh kedua keluarga tersebut. Majlis itu diadakan di rumah Dato Mazlan. Rakan-rakan Awni dan Akim turut diundang. Termasuk rakan di universiti yang pernah Awni bekerja.

"Ramai orang kan bang. Seronok Awni tengok" Akim mengangguk setuju dengan kata si isteri. Dia menemani Awni di katil di ruang tamu yang kedua.

"Assalamualaikum " terdengar suara perempuan memberi salam. Awni berkalih. Lebar terus senyumannya.

"Yana! , Syiera! " mereka berdua terus memeluk Awni erat.

"Mana anak kau?  Tak sabar aku nak tengok ni. Tengok dekat video call tak puas."

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now