Awni segera meminta diri untuk ke biliknya setelah memastikan semua kerja sudah beres. Biarpun ini majlisnya tapi biarlah dia turut menolong apa yang patut. Si suami dicari. Tak ada. Mungkin sedang menolong kerja di luar.
Sekarang ini dia mahu ke bilik dan mandi. Dari tadi dia tak mandi. Tolong buat kerja dengan pakai baju pengantin. Baru rare. Biliknya yang dihias dengan wangian dan bunga bungaan itu dipandang. Sepatutnya Akim yang ada di bilik ni. Bukan lelaki tu. Awni mengeluh perlahan sebelum melangkah ke bilik air. Tak ada faedah memikirkan benda yang dah terjadi.
******************************
Akim mencari isterinya. Puas dicari keliling rumah rupa-rupanya ada di bilik. Sedang tidur pulak tu. Akim mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah isterinya. Dalam tidur pon boleh buat muka masam. Haihh.'Muka masam?'
Agaknya sebab aku ke?? Ya Allah... Macam mana perasaan dia sekarang ni?? Memang la yang jadi suami Awni orang yang sama tapi hanya dia yang tahu.
Sekarang dah jadi macam ni dia sendiri yang tak tahu nak menjelaskan situasi sebenar. Biarlah dulu buat masa sekarang. Nanti bila sampai masa yang sesuai dia sendiri yang akan beritahu. Dia tak mahu khabar itu akan mengganggu rumah tangganya. Baru tadi akad nikah.
Tanpa sedar tangannya mengelus perlahan rambut Awni. 'Maafkan saya, sekarang saya tak boleh lagi jujur dengan awak sayang. Awak akan tahu jugak satu hari nanti. Biarlah sekarang awak layan saya macam orang yang tak pernah awak kenal'
Awni membuka mata perlahan-lahan apabila ada merasakan sentuhan di mukanya. Gerangan siapa yang telah mengusiknya. Terkejut bukan kepalang. Lelaki tuuu.
Apa yang dia buat dalam bilik ni??. Kenapa dia pegang aku?? Awni segera menarik selimutnya hingga menutupi seluruh badannya. Tak semena-mena Akim ketawa. Nampak hantu ke isteri aku ni. Dia segera ke bilik air. Tak mahu mengganggu tidur isterinya.
Malam ini akan diadakan sesi pembukaan hadiah. Banyak hadiah daripada family, kawan dan tetamu yang hadir. Kebanyakannya memberi pinggan mangkuk, baju, kain, bunga, coklat dan macam- macam lagi. Bahagian Awni hanya hadiah Syiera yang belum dibuka. Kata sahabatnya itu buka dalam bilik. Entah apa la yang diberi.
Selepas makan malam semua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu. Ahli keluarga yang datang dari jauh turut bermalam di sini.
Kata mereka, esok selepas subuh nak bertolak pulang. Rumah yang sememangnya bingit itu betambah lagi apabila berkumpul beramai-ramai. Ada saja jenaka yang dicipta. Suaminya itu juga tidak melepaskan peluang untuk bercerita.
Suami?? Serta merta wajah Akim muncul di bawah fikirannya. Apa yang jadi sebenarnya. Awni menampar perlahan pipinya. Dia dah bersuami, kenapa perlu memikirkan soal lelaki lain. Biarpun suaminya itu bukan lelaki yang diidamkan, namun sekarang dia dah sah suaminya. Syurganya dah terletak di lelaki itu.
"Adik ooo adik. Dah kenapa tampo pipi tu. Ngantok eh? Kalau ngantok pergi la tidor dulu. Kejap lagi suami adik ni naik la. Bagi dia sembang dulu dengan kitorang ni" bang char bersuara. Tak sangka pulak ada orang nampak. Sekarang ni semua mata beralih kearahnya. Tak menunggu lama dia terus mendaki tangga ke biliknya. Malu.
Pintu ditutup perlahan. Baru teringat yang hadiah Syiera belum dibuka. Awni mengambil kotak purple itu dalam almari. Panjang umur, tuan kotak ni buat video call. Macam tahu-tahu je aku dok sorang sekarang.
"Oii kau dah buka hadiah aku?? " ish perempuan ni. Salam tak bagi terus tanya hadiah dia pulak.
Awni menunjukkan kotak yang elok di atas katil tanda belum dibuka."Laa aku ingat dah buka. Cek abang kau ada tak tu. Kalau tak ada buka la sekarang. Special tu."
" iyelah. Memang aku nak bukak pon. Kau bagi apa. Cer bagi klu dekat aku. Ni tak.." syiera menjuih bibir dengan
pertanyaan Awni."Takk sekarang ni kalau kau nak tahu kau bukak la. Okey aku stop dulu. Jap gi kalau kau dah buka kau vc aku balik tau. Bye Assalamualaikum "
Tanpa menunggu isyarat daripada Awni. Syiera terus menutup fon. Awni tak ada pilihan lain selain buka kotak hadiah itu. Dia membuka dengan cermat. Kelihatan sesuatu berwarna merah. Tangannya mengambil surat yang terletak di atas hadiah itu.
Hai dear,
Aku beli hadiah ni mahal tau. Aku harap kau guna dengan sebaiknya. Jangan hampakan aku dan hadiah aku tau.
#victoriasecret
-syieraWait... Wait.. Victoria.. Awni melihat sekali lagi. Betul lah. Victoria secret tu bukan ke...... Ish!! Apa yang perempuan ni bagi. Hadiah merah itu diangkat tinggi. Homaiiii Syiera!! Baju tidur paras peha tanpa lengan. Dah la merah menyala. Awni meletakkan tangannya di sebalik kain itu. Dia terus menepuk dahinya. Jarang nak mampus. Baik tak payah bagi.
Pintu bilik diketuk lalu terus dibuka. Awni yang terkejut terus menyorokkan baju itu di bawah bantal. Harap-harap dia tak perasan. Baru dia sedar, dia belum bercakap walau sepatah kata dengan lelaki yang merupakan suaminya sekarang. Awni menung sejenak, waktu sekarang la waktu yang sesuai aku nak bagitau dia. Nafas diambil terlebih dulu.
"Awak.. Eh.. Abang. Boleh tak kita cakap sikit. Saya ada something nak beritahu "
Akim terus mengambil tempat di atas katil berhadapan dengan isterinya itu. Dia mengucap syukur kerana Awni dah mula bersuara dengannya.
"Saya nak jujur tentang diri saya."
"Yes i know. Go on" Awni lega mendengar suara suaminya. Awni menunduk. Tak berani nak bersuara face to face.
"Sebelum ni saya ada hati kat sorang laki ni. Senang cerita kami suka sama suka. Kalau ikut perancangan memang dia yang akan minang saya. Dan tiba-tiba kelmarin awak yang muncul. Saya tak tahu jalan cerita tu macam mana tapi saya akan cuba terima awak dalam hidup saya. Saya harap awak boleh bersabar. Saya akan lupakan lelaki tu dan cuba mencintai awak as my husband. Boleh kan??" Awni lega melihat anggukan daripada suaminya.
"Saya pon tak berapa kenal dengan awak lagi. Boleh kita berkenalan?? We must know each other right?? So kita mula dengan nama. Abang dah tahu nama ayang. Ayang mesti nak tahu nama abang kan??"
Giliran Akim pula bersuara."Takpe la saya panggil abang je la. Tapi abang apa ehh "
"Abang ian" Awni mengangguk.
"Ermm sesuai la dengan awak."
"Apa yang sesuai. Handsome ehh" Akim cuba untuk mengusik. Dia gembira apabila Awni mengangguk. Dia lihat pipi Awni dah blushing. Malu lah tuu. Awni terus memandang ke arah lain apabila tangan Akim ringan saja mencubit pipinya.
"Saya nak pergi tandas kejap "tak menunggu lama Awni bingkas bangun.
"Sayang!! Ni yang sayang ke" bulat mata Awni melihat objek yang dipegang Akim. Dia segera berlari semula ke katil. Baju VS tersebut bertukar tangan. Akim pula sudah sakit perut ketawa. Dia mengangkat batal nak perbetul mengikut keselesaannya. Tapi tak sangka pulak boleh jumpa objek tu. Pipi Awni yang dah merah bertambah merah dengan usikan daripada Akim. 'Bagus sayang. Prepare awal awal '
Awni tak jadi ke tandas. Sebaliknya dia baring mengiring membelakangkan Akim. Malu bebenar. Dapat dia rasakan mukanya yang hangat menahan malu.
"Sayang...... " berleret sahaja Akim memanggil isterinya.
"Tak baik tau isteri tidor membelakangi suami." Akim cuba menegur dengan lembut. Dia tersenyum apabila Awni segera mengubah posisi. Tapi kain selimut masih tak lepas dari mukanya.
Akim merapat kan dirinya ke arah Awni. Lantas, badan Awni dipeluk erat..
"Abang tahu sayang bukan nak pergi tandas pun kan. Tapi malu sebab tu nak lari dari abang kan. Baju tu hari lain eh sayang pakai. Hari ni kita sama-sama penat. Sekarang pun dah lewat. Sayang tidur k"
Akim membisik perlahan ke telinga Awni. Sedangkan Awni dah dup dap dup dap menahan debar di hati. Tapi apa yang mampu dibuat hanyalah menjadi patung. Akim bangun menutup lampu dan tukar suhu aircond sebelum kembali baring di posisi yang sama.
Bahagia... Tak lupa dia mengucap syukur.
Jangan lupa vote ye.. Sekarang ni tengah rushing nak update.. 😂😂
YOU ARE READING
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romance[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...