SP 8

5.5K 198 8
                                    

"Kau betul ke tak nak makan Awni. Minum teh o tu bukan boleh kenyang pon."bebel Syiera. Kalau bukan kerana syiera belum breakfast, tak adanya si Awni ni nak terpacak kat kedai mamak ni. Ajak pergi kedai Melayu taknak. Mamak jugak yang dipilihnya. Mengidam nasi kandar konon. Lebih dari orang mengandung. Nasib la kau yang drive.

Awni hanya menggeleng tanda tidak mahu. Balik rumah nanti dia boleh makan lagi. Fried Carbonara Cheese. Memandangkan semua family membersnya ada jadi memang banyak la masak. Cukup lah sekadar teman Syiera makan.

Tengah rancak berborak, ada suara yang menegur.

"Hello Miss. Selamat pagi. Tak sangka boleh berjumpa Miss kat sini."tegur 'suara' itu.

"Oh hai Ariz. Itu lah, saya pon tak sangka. Awak datang dari mana?" tak sangka dia akan terserempak dengan anak muridnya yang seorang itu.

"Saya datang dari rumah. Miss mesti baru balik jogging kan."

"Eh eh. Awak skodeng saya ke. Macam tahu tahu je."

Melihat mulut Ariz menjuih ke arah bajunya baru dia perasan. Dah terang terang aku pakai sut jogging. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap peluh pula elok tergantung di lehernya. Sah sah la baru sudah joging.

"Tak pe la Miss. Saya balik dulu. Kejap lagi nak pergi library dengan kengkawan. Siapkan homework yang Miss bagi tu." terang Ariz. Group mereka dah berjanji untuk berjumpa di library nak bincang tentang homework groups yang diberi oleh Awni. Kang kalau tak siap, melayang lima markah dari carry mark setiap orang. Huh. Naya.

Ariz berlalu setelah Awni mengangguk. Rajin sungguh mereka. Pagi lagi dah pergi library. Ikhlas atau terpaksa tak tahu la. Maybe takut markah akhir kena tolak kot. Time dia jadi student dlu, malam baru pulun buat.Kalau kerja banyak je baru terpaksa korbankan cuti waktu pagi. Lepastu komplen la ngantuk waktu pagi. Kann.

Awni perasan yang Syiera memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

"Yang kau ni ape hal. Tenung aku macam nak telan je." risau juga dengan sahabatnya yang seorang itu. Takkan terpukau sangat kot dengan nasi kandar mamak tu.

"Kau ni memang sampai hati la Awni. Aku dari tadi tunggu je bila kau nak perkenalkan aku. Melepasla rezeki aku pagi ni. Bye bye handsome guy." rungut Syiera.

Awni pelik dengan Syiera. Handsome guy mana pulak ni. Takkan Ariz kot. Kacak kacak Ariz pon, anak murid tetap anak murid. Walaupun ramai je sekarang ni lecturer kahwin dengan student. *maybe yg bca ni salah seorang calonnya😉*

"Kau jangan la tunjuk muka pelik kau tu. Handsome guy mana lagi kalau bukan budak lelaki tadi tu. Aku ni jadi pemerhati je tau tak. Kau tu jangan la bolot sorang sorang. Aku pon nak jugak. Aku tak nak la pegang gelaran andartu ni."

Haa sudah. Kawan aku ni dah melalut ke mana ni. Adoii. Macam-macam.

"Beb. Kau dah kenapa. Dia tu student aku je la. Tak adanya aku nak suka dia. Dia offer sekali pon aku tetap reject. Kau jangan sembang la nak pegang gelaran andartu. Silap ii kau yang naik pelamin dulu. Dah la. Jom balik."

Syiera terus ke kaunter pembayaran. Walaupun kedai mamak, tapi tetap kena bayar kat kaunter. Takkan Melayu je kot yang nak moden. Mamak pon mesti la nak merasa kan. Awni menuju ke kereta. Baik tunggu dalam kereta je. Kena aircond.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now