SP 23

4.9K 191 1
                                    

Perkahwinan dengan Akim dah memasuki 5 bulan. Alhamdulillah mereka belum lagi bertengkar. Hubungannya dengan Akim bertambah rapat dari semasa ke semasa walaupun pada mulanya Awni sendiri agak janggal dengan kelakuan romantik dari Akim.

Awni yang ketika itu sedang membasuh pinggan tersentak apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya. Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi. Awni terhidu bau minyak wangi. De'xandra. Tak perlu menoleh dia sudah tahu gerangan lelaki itu.

"Rajin nya sayang abang ni" Pautan Akim masih kukuh di pinggang Awni. Kepalanya di letakkan di atas bahu Awni.

"Abang kan baru balik. Mesti abang lapar kan. Dah jom" Awni berpaling serta merta tangan Akim terlerai. Dia menarik semula tangannya yang ditarik Awni.

"Memang balik tadi abang lapar. Tapi bila tengok sayang je terus kenyang" mata dikerjip ke Awni.

"Ouh iye ke. Kebetulan pulak sayang tak masak. Alhamdulillah "

Akim membuat muka terkejut. 'Tak masak'

"Haa lain kali guna lagi ayat manis tu. Saya masak la untuk intan payung saya ni"

pipi Akim dipegang lalu digeleng gelengkan. Akim membuat muka lega. Termakann dengan ayat manis sendiri. Dia memimpin tangan Awni ke meja makan. Awni segera mengambil pinggan dan mencedokkan nasi dan lauk ke pinggan Akim.

Seusai makan malam. Akim mengajak Awni keluar. Awni hanya mengikut kehendak suaminya. Dia sendiri tak tahu apa yang mahu dibeli oleh Akim. Awni menunggu dalam kereta saat Akim keluar ke kedai. Sempat dia membalas mesej dari group whatsapp. Awni menyimpan semula smartphone nya apabila Akim dah memasuki kereta.

"Abang beli apa tu" beg plastik seven eleven yang dibawa Akim cuba untuk diambil. Namun tidak berjaya apabila Akim melarikannya.

Akim membuat isyarat senyap kerana tidak mahu memberitahu. Awni menyilangkan tangan ke dada tanda protes.  Akim tergelak kecil dengan sikap Awni. Plastik yang ada di ribanya diletakkan di atas peha Awni. Tanpa berlengah Awni membuka plastik tersebut. Objek di dalam plastik itu dipandang lama.

"Ramen Challenge ??" Akim hanya mengangguk. Mata difokuskan ke jalan raya. Sedar sahaja kereta sudah elok diparkir.

"Sayang.. Jom cepat. Abang dah tak sabar ni." tangan Awni ditarik segera ke dalam rumah. Tiba saat dinanti. Ramen pon sudah siap dimasak. Panas lagi tu. Perencah pula habis kesemua dituang.

Akim membetulkan kedudukan iPhone nya. Dia mahu merakam saat ini. Tangan diangkat ke atas dalam bentuk nombor. Dia membuat countdown.

3...........

2........

1.....

Mereka berdua mula memakan. Baru lima suapan,  gaya awni seperti mahu mengalirkan air mata. Namun dia cuba menahan. Tak mahu mudah mengku kalah. Air susu dutch lady yang diletakkan di antara mereka cuba untuk diambil. Tapi Akim segera menghalang. Dia mengalihkan susu itu. Awni memandang Akim tak puas hati. Akim menggeleng kepala tanda tak boleh. Ramen di dalam mangkuknya dihabiskan. Sapa kata dia tak pedas. Dia cuma tak mahu kalah dengan Awni je. Malu lah kalau perempuan yang menang sedangkan dia yang ajak. Pedas - pedas awni pon tinggal separuh saja lagi. Awni tak dapat buat apa lagi kecuali meneruskan suapan nya.

"Done" awni menolak mangkuk menjauhinya. Kotak tisu dicapai. Dia mengelap peluh dan air hidung yang keluar. Dia lihat ke mangkuk Akim. Nampaknya Akim terlebih dulu menghabiskan ramennya. Tak kisah la. Janji dia dah habiskan.

"Hahh abang menang" kening dijongket. Awni membuat muka cemberut. Menang ke kalah ke dua-dua pedas kan.

"Haa riak riak. Takpe  next time sayang akan kalahkan abang" Awni mengangkat mangkuk ke singki untuk dibasuh. Akim juga membontoti langkah isteri nya. Rakaman tadi sudah selamat disave.

"Sayang tolong ambikkan sampul surat dalam laci abang."

Awni yang baru masuk ke bilik berlalu ke meja. Laci yang dikatakan Akim dibuka. Sampul surat yang berwarna biru muda itu diambil lalu di beri kepada Akim.

Akim membuat isyarat menyuruh Awni yang membuka sampul itu. Sejurus selepas membuka. Mata Awni bulat. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Badan Akim yang bersandar di katil dihampiri. Akim hanya memerhati tindak tanduk isterinya.

Badan Akim dipeluk erat. 'Thanks abang. I love you more'. Kata itu dilafaz perlahan di telinga Akim. Walaupun tidak menjangka perbuatan Awni tapi dia tetap membalas kembali pelukan itu. Awni membaringkan kepalanya di atas ribaan Akim. Rambut Awni yang menutupi separuh wajahnya diselak ketepi.

"Bila abang beli tiket ni??  Sayang tak tahu pon. Jap apasal banyak?? "

Kepala didongak memandang Akim. Akim pula mengambil kesempatan dengan mengucup dahi Awni. Pipi Awni terus bertukar warna.

"Abang dah plan dengan family sayang dan family abang sekali. Kita bercuti dengan diorang. Memandangkan sayang teringin nak pergi situ, so abang rancang dengan kedua-dua pihak. Diorang pon setuju je. Abang pon apa lagi, terus tempah tiket"

Tangan Akim tak henti-henti bermain dengan rambut Awni.
Awni mengangguk beberapa kali sebagai respon. Tidak menunggu lama selepas berborak mereka berdua terus lelap.

!Rushing update!

!Don't forget to vote!

!pisyosemail! *^▁^*

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now