SP 34

6.7K 215 6
                                    

Kereta yang dipandu along laju membelah jalan raya. Ada satu perkara yang sedang berlegar-legar di fikirannya.

"Angah! "

Akim yang duduk di seat sebelah along menoleh. Akim sedikit tersentak kerana dipanggil dengan nada sebegitu oleh along. Along selalunya menggunakan suara keras bila dia tengah marah. Tapi sekarang nak marah ke siapa.

"Aku tak suka  kau buat Awni macam tu! "

Akim terpana. Namun wajah dikawal sehabis mungkin untuk tidak menunjukkan muka terkejut.

"Mak.... Maksud Along? " cuak-cuak Akim bertanya. Along yang fokus memandu dipandang. Jarang-jarang dia melihat muka along yang tanpa senyuman.

"Aku rasa untuk soalan kau tu angah, kau sendiri boleh jawab"

Bidas Along. Akim pula sudah terdiam.

FLASHBACK

Dia melihat jam di pergelangan. Hampir 15 minit menunggu tetapi bayang adiknya masih tidak kelihatan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mamanggil Akim sendiri.

Sewaktu mahu membelok ke bilik yang menempatkan Akim. Along terdengar suara Akim sedang berbual-bual dengan doktor yang merawatnya. Kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak, dia menghampiri mereka dan bersembunyi di sebalik dinding.

Dan alangkah terperanjatnya dia apabila mendengar perbualan mereka. Apabila melihat Akim sudah menyalami doktor itu, along segera turun ke bawah. Dia menunggu di kereta dan berlagak seperti biasa. Sedangkan api dalam hatinya sudah panas membara dengan cerita yang didengarinya tadi.

END FLASHBACK

"Sekarang kau dengar sini aku nak tanya. Apa motif kau buat macam tu dekat bini kau!?"

Pandangan tajam daripada along membuatkannya kecut perut. Soalan itu juga tidak berjawab kerana dia sendiri pun tidak mengetahui alasan yang munasabah.

"Kau yang buat salah dengan dia!! Tapi dia tetap balik sini jaga kau! Dia JAGA kau. Kau tahu tak!? "

Perkataan jaga di tekankan. Amarahnya belum habis setakat itu.

"Kau tahu tak, bila kau cakap yang kau lupa dia kan, aku nampak sepanjang hari tu dia menangis. Sampai sembab habis mata dia"

"Kau pulak boleh rilek je tengok bini kau macam tu!? Kau buta ke nak tengok usaha dia nak pulihkan ingatan kau yang kononnya hilang ingatan tu!!??"

Akim menghadam kata-kata yang keluar daripada mulut along. Dia tidak berani melawan walau sepatah kata. Untuk apa dia membangkang kalau semua yang dikatakan along benar belaka.

Akim melihat ke luar tingkap kereta. Pemandangan yang ada di hadapannya itu membuatkan dia terkenang memori bersama Awni. Rindu nak mengusik Awni. Dia masih ingat, dia pernah menunggu tepi bilik air dengan memakai telekung. Muka diletak dengan bedak sejuk milik sang isteri. Bila Awni keluar, mahu tak menjerit. Sudahnya demam dua hari. Dua hari itu jugalah dia terpaksa memujuk Awni.

Bibir itu mengukir senyuman mengenangkan memori indah bersama Awni dan tanpa dia sendiri sedari, air mata keluar dari tubir matanya. Akim cepat-cepat mengcovernya. Malu andai dilihat oleh along. Dia sudah lama rindu akan wajah itu. Wajah yang sentiasa melekat di hatinya. Tapi dia mengaku. Kerana ego, dia merelakan sang isteri tersakiti buat kali kedua. Adakah ini yang dipanggil dayus!? Jauhkan aku Ya Allah!!

Kereta yang dipandu along selamat tiba ke destinasi utama, rumah mereka. Akim melihat rumah banglo itu penuh dengan keluarganya dan juga keluarga mertuanya. Selepas turun dari kereta, dihampiri mereka lalu disalam satu per satu. Beg sandangnya dibawa turun oleh along. Memandangkan dia baru sahaja sampai, ummi menyuruhnya untuk naik berehat. Sebagai anak yang soleh, Akim hanya menurut.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now