Hari itu hari minggu. Awni telah membuat janji dengan syiera nak berjoging di Tasik Titiwangsa. Saja la nak freshkan otak lepas dua minggu mengajar. Selepas subuh tadi dia menolong ibunya terlebih dahulu buat breakfast. Lagi lagi minggu ni abang abangnya, Awsyad dan Awsyar balik bercuti. Siap dengan anak bini lagi.
Pukul 6:49 kereta syiera dah sedia terpacak di perkarangan rumahnya. Nasib la dah siap awal-awal. Mujur juga anak anak saudaranya masih nyenyak tidur. Malam tadi berjaga sangat sampai pukul 2 dengan abang abangnya semata mata nak join tengok bola. Kalau tidak, mahu meraung nak ikutnya.
Mereka dengannya memang rapat. Al maklumlah Awni la satu satunya acu kesayangan diorang.
Disebabkan perjalanan dari rumahnya ke Tasik Titiwangsa tak berapa nak jauh so perjalanan hanya mengambil masa 12 minit. Selepas memarkir kereta mereka terus ke trek joging. Sebelum tu warming up dulu. Kalau tak, kejang satu badan nanti.
Alhamdulillah cuaca pagi ni memang masa yang sesuai sangat nak berjoging. Awni menghirup udara pagi yang bebas dari dengkuran pagi orang-orang yang belum bangun solat subuh. Pagi weekend la konon.Selepas itu, dia memulakan langkah berjoging bersama syiera.
'Dah lima round ni. Syiera ni nak dera mental fizikal aku ke hape.'
Serius dia memang semput sekarang ni. Mana taknya, lima round non stop. Kau ingat, aku robot pelarian"Syiera!"sedar yang dia sudah ketinggalan di belakang, dan Syiera pulak nampak macam tak dengar ,dia memanggil lagi sekali.
"Syiera!" tetap sama. Syiera masih meneruskan lariannya. Sikit pon tak toleh. Awni di belakang sudah berhenti. Semput.
"Azwa Asyiera!!" Awni memanggil sekuat-kuatnya. Tapi bukan setakat Syiera yang menoleh malah hampir satu tasik tu. Sedar dirinya menjadi tumpuan, Awni berlari sekuat mungkin ke arah Syiera. Malu siot. Udah udahla tu korang tenung aku.
"Kau la ni. Kau dengar kan aku panggil??. Apsal kau buat pekak. Ke kau memang dah lama nak jadi macam badak. Pekak sokmo"marah Awni. Bahu Syiera dicubit perlahan. Tanda geram. Lagi geram + sakit hati bila Syiera boleh tersengih memandangnya.
"Sorry ah. Serius aku memang betol betol tak dengar. Tak laju mana pon aku lari. Kau tu yang tak cukup fitness. Dulu time jadi student kau yang beria ajak aku jogging. Sekarang ni lomah semacam apa hal."
"Iye la. Tu time jadi student. Sekarang ni time jadi lecturer. Kau ingat weekend macam ni dapat enjoy ke. Busy tau tak. Kau tu lain la. Duduk depan laptop makan lolipop je." sedap dia je kutuk aku tak cukup fit. Awni yang dulu bukanlah yang sekarang. Duluku student sekarang aku lecturer. Bajet lagu Tegar sikit.
YOU ARE READING
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romantik[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...