"Bagus!"Puji pengarah apabila semua berjalan dengan lancar. Bangtan bersorak kegembiraan kecuali Jimin. Jimin terasa kepala nya seolah2 dicengkam sesuatu yang kuat. Jimin cuba tahan namun kesakitan itu berganda apabila terasa lehernya seakan2 mengejang. Jimin berjalan keluar dari ruang rakaman secara perlahan2,tidak mahu menganggu bangtan yg sedang meraikan kejayaan mereka. Mereka berjaya menyelesaiakan satu muzik video terbaru mereka selepas berkali2 gagal keranannya jadi mereka layak bersuka ria. Wooshin yang dari awal memerhatikan Jimin terus mengejar Jimin.
"Jimin! kau okay? Kenapa pucat?"soal Wooshin risau setelah dapat menjumpai Jimin.
Jimin tidak mampu bercakap. Badannya seolah2 kaku. Nafasnya putus2.
"B-bawa s-saya ke... ke dr Yoo"Jimin sedaya upaya bercakap. Semakin banyak dia berkata2, badannya makin menengang.
"B-baik lah!" Wooshin memapah Jimin.
"S-sunbaenim.. I-ingat janji sunbae"Tegas Jimin. Wooshin mengangguk laju.
"Sudah!berhenti bercakap!saya tahu!"Arah Wooshin.
####################
Dr Yoo mengeluh sambil memandang Jimin.
"Macam mana dengan Jimin dr?"soal Wooshin risau. Jimin juga memandang kearah dr Yoo dgn pandangan tertanya2.
"sel2 kanser dah merebak ke bahagian2 penting. Fungsi organ terganggu teruk. Bahagian kawalan penafasan dan saraf terganggu... ada risiko Jimin boleh diserang serangan jantung dan kelumpuhan"Dr Yoo menarik nafas panjang sebelum menyambung.
"kenapa kamu skip rawatan? Sebulan kamu tak buat chemotherapy. Rawatan chemo dapat mengurangkan sel2 rosak dan masa sel membiak. Sekarang, bila kamu missed,sel2 dah merebak ke kawasan penting. Saya faham dengan jadual idol tapi kamu perlu pentingkan kesihatan kamu Jimin-shii. Sekarang,Kanser kamu dah ditahap 4,tahap kritikal. Kamu mungkin... " dr Yoo terhenti. Dia mengeluh berat.
"Mungkin mati?"sambung Jimin. Dr Yoo terangguk
"Mungkin dah tak banyak masa yang tinggal.. kanser kamu dalam tahap kritikal "Ujar dr Yoo. Jimin memandang Wooshin yg hanya kaku. Dia bangun dari baringannya lalu mengambil tempat dihadapan Dr Yoo,bersebelahan Wooshin.
"Berapa lama masa yang saya ada? "soal Jimin cuba tenang menghadapi kenyataan padahal hatinya sudah hancur,remuk rendam.
"Tiga bulan? Empat bulan?"Jawab dr Yoo perlahan. Tangisan Wooshin pecah jua.
"Dr dah periksa betul2 ke? Mesti ada kesalahan ni... empat bulan tak cukup. Kami perlukan dia... dr... Dr kena check semula. Mesti ada kesilapan "tangis Wooshin. Jimin mula menangis.
"Empat bulan dah cukup bagus... dah cukup bagus sunbae "ujar Jimin dengan air mata. Empat bulan dah cukup, jujur dia katakan setiap hari dirasakan bagai hari terakhir untuknya.
"Tapi saya tak boleh jamin tepat empat atau tiga bulan.sebab sel2 kanser kamu merebak pada kawasan yang sensitif dan kritikal. Mungkin hayat kamu lebih pendek kalau terjadi komplikasi pada bahagian penting kamu "beritahu Dr Yoo dengan nada pilu.
####################
"Mana Jimin? "Soal Taehyung apabila dia tersedar akan ketiadaan Jimin.
"Entah" jawab Jungkook bersahaja.
"Tadi saya nampak dia keluar "ujar seorang krew. Terangkat kening Taehyung.
"Kemana? " Krew mengangkat bahu. Keluhan dilepaskan. Taehyung terus mendail nombor Jimin.
"Yeobseo?( hello) "ujar Taehyung apabila panggilan bersambung.
"yea" jawab seorg lelaki. Terangkat kening taehyung.
"Wooshin sunbaenim? sunbae buat apa dengan Jimin? "soal Taehyung pelik.
"Err,kami makan diluar. Sambut kejayaan kamu"bohong Wooshin.
"Kenapa tak sambut dgn kami saja? "Soal Taheyung tak puas hati."Jimin... jimin tak selesa..."
"Tak selesa? Selama 4 tahun kami sambut semua bersama kenapa baru kalini dia rasa tak selesa? "Taehyung ketawa sinis.
"Tak... maksud saya..."
"dahlah sunbae. saya ada hal,Saya letak dulu "ujar Taehyung lalu memutuskan talian tnpa mendengar balasan dari Wooshin. Jungkook yang sedari tadi mencuri dengar ketawa sinis.
"Dia nak bodek sunbae nim lah tu" tuduh Jungkook. Taehyung hanya diam.
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...