Warning!
Chapter ni sngat meleret climaxnya. Chapter ni khas untuk beritahu readers tentang perasaan Jimin pda BTS. Chpter ni panjang. Dan mungkin... hmm...n yass, author buat cerita ni merujuk pada sifat bangtan yg sebenarnya. Dan. Chpter ni utk tunaikan permintaan kawan author♥Jin memandang segenap ruang bilik ringkas itu. Dia tersenyum melihat betapa kemasnya bilik Jimin.
"Tak sangka kau mengemas juga akhirnya"bisik Jin,tersenyum hambar. Dia teringatkan betapa dia dan bangtan kuat membebel apabila lihat barang Jimin bersepah. Keluhan dilepaskan. Jin akhirnya bangun ingin keluar dari bilik Jimin tetapi terhenti apabila matanya terpandangkan gambar Jimin dan bangtan diatas kabinet. Dia menggapai gambar itu.
"Kau memang tak pernah berubah. Masih sama"Jin tersenyum hambar. Dia memandang kearah foto2 diatas meja Jimin. Kebanyakan gambar adalah gambar Bangtan. Betapa berharganya Bangtan buat Jimin. Betapa Jimin sayangkan bangtan .
Tiba2 mata Jin terpaku pada sebuah beg hitam. Beg yang dikembalikan oleh Wooshin. Jin membuka beg itu,kelihatan buku hitam di dalamnya. Dia menyelak helaian buku itu. Senyuman terukir di wajahnya. Buku itu penuh dengan gambar bangtan. Gambar ketika mereka memenangi anugerah pertama mereka, gambar ketika mereka bercuti bersama,semuanya,semua gambar peristiwa penting mereka ada dilekatkan. Sedang Jin khusyuk menyelak helaian kertas itu. Tiba2 sekeping sampul putih jatuh ke atas ribanya. Terangkat kening Jin melihat sampul itu. Digapai dan dibeleknya. Di penjuru surat itu,tertulis nama bangtan padanya.
#####################
Jin memandang satu persatu wajah ahli bangtan sebelum membuka sampul itu lalu mula membacakan isi surat itu.
Yahhh... baru jumpa surat ni? Lama saya tunggu tau*_* saya harap kau semua takkan jumpa surat ni. Saya harap saya masih ada untuk halang semua masuk ke bilik saya tanpa kebenaran. Saya harap semua takkan renung dan usik barang saya. Sebab... bila benda tu jadi, maknanya saya dah tiada disisi semua. Saya dah tak ada untuk halang semua dari cuit barang saya.
Jin memandang wajah bangtan sekali lagi. Ingin meminta kebenaran meneruskan bacaannya. Bangtan terangguk perlahan.
Surat ni mungkin tak mampu jelaskan sepenuhnya apa yang saya rasa pada bangtan. Tak ada apa yang mampu jelaskan perasaan saya pada bangtan.
Saya masih ingat masa hari pertama saya datang ke Bighit. Saya sangat takut. Saya rasa macam berpindah ke negara baru. Saya rasa kosong. Saya ingatkan bangtan mungkin sombong atau ada yang akan bencikan saya nanti. Tapi semua salah. Bangtan sambut kehadiran saya dengan kasih sayang. Semua berusaha buatkan saya selesa. Saya masih ingat, pertama kali saya masuk. Benda pertama yang saya nampak... Taehyung dengan seluar dalam merah! Yah!saya rasa betul2 terkejut masa tu! Dengan selambanya dia tegur saya! Saya cepat2 mengelak dari dia... tapi rupanya... semua manusia dalam dorm tu sama. Semua hanya berseluar dalam! Saya rasa malu macam nak mati! Semua separa bogel!kecuali Jin hyung...
Saya ada masalah nak biasakan diri. Tapi lama2 saya dapat juga biasakan diri. Semuanya sebab bangtan yg tak pernah jemu sokong saya.
Tak sangka dah 6 tahun kita kenal satu sama lain. Saya masih ingat masa saya kehilangan keluarga saya. Bangtan tak pernah putus asa pujuk saya hingga saya bangun semula. Bangtan selalu sokong dan bantu saya. Macam mula2 sebelum debut kita.... saya asyik cakap nak putus asa. Mianhe... saya menyesal sekarang. Terima kasih sebab sedarkan saya sebelum saya betul2 putus asa. Saya sangat bersyukur sebab dapat sertai bangtan.
Saya minta maaf, belakangan ni saya banyak susahkan bangtan. Saya banyak lakukan kesilapan... mianhe. Saya minta maaf sebab rahsiakan penyakit saya. Saya nak beritahu bangtan. Saya betul2 nak luahkan pada bangtan. Tapi saya takut... saya takut bangtan akan buang saya. Saya takut bangtan akan berhenti senyum dan bersedih. Saya cuma nak hidup saya disaat akhir dipenuhi senyuman bangtan. Mungkin keputusan saya untuk tetap bersama bangtan agak pentingkan diri sebab saya tahu saya tak boleh buat yg terbaik dan...saya asyik rosakkan bangtan sebab kedegilan saya. Saya minta maaf... maafkan saya...
Sampai satu tahap, Jin tak boleh teruskan bacaannya lagi. Pandangannya kabur kerana air matanya. Dia boleh dengar esakkan di sekelilingnya. Jin menarik nafasnya yg bergetar lalu mengesat matanya,menjelaskan penglihatannya.
Saya lega sebab Jungkook gantikan saya untuk bantu Hoseok hyung. saya betul2 minta maaf sebab buatkan Hoseok hyung berada dalam keadaan tertekan. Saya faham kenapa Hoseok hyung marah saya. Hyung layak buat macam tu. Saya tak ada dendam atau rasa marah langsung pada hyung. Jangan risau. Malah saya bangga tengok ketegasan hyung... memukau saya*_* walau apa pun,Saya tahu hyung masih Hobi hyung saya. Harapan saya... teruskan bersinar hyung... hyung mesin kuasa Bangtan dan abang saya selamanya. Hmm..Tapi saya rasa bersalah pada Kookie,disebabkan saya. Dia terpaksa pikul beban lagi. Maafkan hyung kookie. Hyung faham kenapa kau hilang sabar,kenapa kau marahkan hyung... semuanya sebab kau terlalu ambil berat tentang bangtan. Kau nak bangtan sempurna. Tapi itu tak bermakna kau boleh abaikan kesihatan kau tau... Lepas ni hyung mungkin takada untuk jaga kau. jadi kekal sihat. Jangan diet. Jangan nakal, Jangan over practise. Kau akan muak suatu hari nanti. Jaga diri kau baby kookie bunny golden maknaeee ^^ Rapmonie hyung~ hyung nampak macho bila hyung uruskan urusan bangtan. Saya selalu nak cakap ni. Namjoonie Hyung Ketua Terbaik di... hati saya*_* dan alam semesta ini ! Maafkan saya buatkan hyung terpaksa menipu sebab saya. Saya bangga berada dalam kumpulan pimpinan hyunggg! Berkat hyung bangtan wujud! Berkat hyung bangtan dapat pergi sejauh sekarang. Yeah! .....JJin hyung ah~~saya rindukan masakan hyung. Bila saya sakit saya cuma nak makan masakan hyung. Sebab masakkan hyung dapat hilang kan sakit saya. Hingggg~ Hyung... kalau bukan sebab hyung.. mungkin saya dah putus asa dari bangtan. Terima kasih hyung. Terima kasih byk2 sebab sentiasa sokong saya walaupun saya banyak kekurangan. Hyung macam abang sulung bangtan. Saya kagum tengok macam mana hyung jaga bangtan. Tolong jagakan bangtan buat saya ya^.< dan... Yoongi hyung! Yahh! Mungkin saya masih tak dapat kotakan kata2 saya dulu!Saya kecewa sekarang ni. Saya tak dapat kalahkan hyung.. saya tak dapat jadi cool macam hyung. Saya asyik menangis saja. Saya tak kuat macam hyung. Saya tak dapat jadi seperti hyung. Hyung tahu tak,hyung ni macam bidadari pelindung bangtan! Saya nampak hyung sangat ambil berat tentang bangtan tapi taknak mengaku sebab nak jaga Swag hyung.. haishhh... ego... hyung tak boleh tipu saya! Mata saya yang cantik sentiasa dapat mengesan penipuan. Ja~~Dan... mulai sekarang drpd jadi lawan hyung. Saya nak jadi peminat hyung... Hinggg ♥... Yoongi oppa. ... saranghae.... oppaaa♥~
Yoongi dan bangtan tersenyum pahit mendengarnya. Pipi mereka sudah lencun dgn air mata.
Hinggg~Ya!Taehyungie ah... kau takkan sedar betapa BENCI... BENCInya aku pada kau
"Biar saya pula baca hyung..."pinta Taehyung apabila terdengar namanya disebut.
Tae.. Aku bencikan kau sebab kau selalu menangis diam2! Kau ingat itu nampak kelelakian ke?! Haishhh... lepas ni kalau kau menangis diam2 lagi... Aku akan bertukar jadi hantu dan kacau kau! Huh!.... dan kau salah bila kau cakap kau tak pernah tenangkan aku. Sebab setiap kali kau senyum. Kau berikan kekuatan pada aku. Setiap kali kau bersama aku. Kau buatkan aku nak hidup. Kau kekuatan aku tae... hmm...Aku mungkin tak ada disisi kau lagi lepas ni utk pujuk kau. Main dgn kau. Tapi kau kena tahu sesuatu! aku akan sentiasa bersama kau. Walau bukan secara fizikal. Aku akan perhatikan kau dari atas! Ingat!Kau sangat berharga!takkan ada yg dapat gantikan kau! Kau adalah diri kau. Kau ialah Kim Taehyung. Tak perlu risau dengan kata2 orang.. ~~~ Aku akan rindukan kau... aku akan rindukan bangtan.... tolong jangan menangis! Tolong semua berhenti menangis... Bangtan kuat. Bangtan takkan mudah mengalah. Jaga satu sama lain... jangan Salahkan diri sendiri. Walau macam mana pun semua marah saya. Saya tahu yg bangtan tetap sayangkan saya... Dan... jangan fikirkan saya sangat. Saya pasti akan makan banyak disini dan jadi gemuk bila kita berjumpa lagi!~~ Selamat tinggal,keluarga ^^saranghae ~~
Love♥Jiminie Chim "Taehyung memeluk surat itu sambil meraung. Kalaulah... kalaulah sehari saja dia dapat jumpa jimin.. tak... walaupun untuk sesaat...sesaat cuma,dia mahu beritahu Jimin betapa dia menyayangi Jimin.
"Macam mana dia boleh buat macam ni pada kita..."Raung Taehyung. Jungkook terus memeluk Taehyung lalu menangis bersama Taehyung. Diikuti dengan ahli bangtan yang lain. Mereka meraung dan merintih bersama sambil berpelukkan. Merintih kesedihan mengenangkan keluarga mereka yang sudah pergi. Jika diberi peluang lagi berjumpa Jimin lagi. Mereka takkan lepaskan Jimin. Mereka takkan sesekali menyakiti Jimin atau biarkan Jimin disakiti. Baru mereka sedar betapa berharganya seorang Park Jimin pada mereka. Betapa Jimin penting dalam kehidupan mereka. Park Jimin mereka takkan pernah dapat diganti.
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...