"Ada serangan harini?"soal Dr Yoo sambil memeriksa detak jantung Jimin menggunakan streoskopik. Degupan jantung Jimin kedengaran lemah.
Jimin menggeleng lemah. Dia tidak bermaya. Makanan yg dimakannya semua tidak hadam diperutnya. Semuanya dimuntahkan semula.
Dr Yoo memandang wajah Jimin yg pucat itu.
"Perluke kamu lakukan semua ni Jimin -shi? "soal Dr Yoo serius. Jimin mengerling Dr peribadi bangtan sekali pintas. Dia hanya diam.
"Berbaloike semua ni? Kamu takkan dapat apa2 faedah walaupun kamu hidup untuk seminggu atau sebulan lagi Park Jimin -shi... cukuplah menyeksa diri kamu. Sampai bila kamu perlu terseksa? "Soal Dr Yoo sayu. Jimin tersenyum hambar.
"Kalau semua untuk bangtan. Semua berbaloi. Saya dah kehilangan keluarga saya. Saya taknak kehilangan bangtan pula. Saya taknak mereka sedih " jawab Jimin dgn suara yg hampir tidak kedengaran. Jimin teringat semula disaat semua ahli keluarganya terlibat dlm kemalangan 4 tahun lepas. Tiada siapa yg terselamat. Tiada.. Yg sentiasa mendokongnya hanyalah Bangtan. Hanya bangtan yg dia ada kini.
"Tapi... "
"Saya kan dah berjaya lepasi waktu due yg Dr jangkakan. Kan? Apa salahnya saya cuba hidup untuk lebih lama lagi? sekurangnya sebulan?seminggu? sehari? Atau sejam? Tak mustahilkan? "senyum Jimin.
"Yea.. kamu dah berjaya lepasi waktu jangkauan saya. tapi itu tak bermakna kamu makin sembuh. Chemotherapy hanya bantu melambatkan waktu merebak. Tapi tak hentikan kesakitan kamu. Makin lama kamu bertahan. Makin sakit kamu. Kamu tahukan?"Soal dr Yoo. Jimin termenung mendengar kata2 Dr Yoo. Ya, kadang2 apabila sakitnya datang menyerang. Yg diharapkan ketika itu hanya kematian. Dia mahu mati ketika itu. Tapi apabila terlihat ketakutan dimata Bangtan. Apabila terlihat kesedihan dimata mereka. Apabila terdengar rintihan mereka. Dia tak mampu pergi. Dia tak boleh pergi. Dia tak mahu menghampakan bangtan.
Tanpa disedari dr Yoo dan Jimin. Ada yg mencuri dengar diluar dgn linangan air mata.
###################
Yoongi memandang Jin yg kelihatan terpukul dgn berita yg dikhabarkannya. Yoongi memandang Namjoon pula. Namjoon hanya terdiam melihat lantai.
"Apa yg kau cakap ni yoongi!? kau... kau nak takutkan kamike? "soal Jin seolah2 tidak percaya dgn kata2 Yoongi. Yoongi mengeluh.
"Hyung... kita.. "Yoongi menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung.
"Kita...kita perlu lepaskan Jimin... "air mata Yoongi bergenangan. Hatinya seperti dicucuk2 ketika meluahkan kata2 nya.
"Tak...Tak boleh! Jimin tak boleh pergi..."nada suara Jin menaik.
"Tapi Hyung... "
"Tak! Kau tak nampakke Jimin masih sihat? dia masih boleh bertahan. Dia berjaya lepasi tarikh jangkaan Dr Yoo. Aku yakin dia... "Jin terhenti apabila tiba2 pipinya ditumbuk oleh Yoongi. Dengan deraian air mata, Yoongi mencekak koler Jin.
"Hyung!jangan ulang kesilapan kita lagi! Jangan pentingkan diri lagi. Jimin.. Jimin tak layak terima semua ni. Jimin dalam kesakitan.. dia nak pergi. Dia nak pergi. Benarkanlah dia pergi. Jangan buatkan dia ikut kehendak kita lagi. Jangan seksa dia lagi "buat pertama kalinya Jin melihat Yoongi dalam keadaan begitu. Dalam keadaan tak bermaya. Putus harapan. Yoongi betul2 kelihatan lemah.
Yoongi melepaskan pegangannya di koler leher Jin.
"Kita minta dia jgn tinggalkan kita. Kita minta dia bertahan. Tapi kita langsung tak fikirkan dia. Dia dalam kesakitan hyung... Dia asyik tersenyum. Dia asyik tenangkan kita. Tapi kita langsung tak pedulikan sakit yg dia tanggung..."Yoongi berpaling dari Jin dan Namjoon. Jin terkesima dgn kata2 Yoongi. Air matanya perlahan2 mengalir. Namjoon hanya bungkam.
Jin bangun dari duduknya dan terus berlalu keluar dari bilik rehat itu.
***********************
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...