Taehyung termenung sendiri. Teringatkan kenangannya bersama Jimin. Ada kenangan pahit, manis. Semuanya mereka lakukan bersama. Mereka lalui bersama. Mereka ketawa bersama, menangis bersama. Segalanya. Tetapi kenapa dia tak mampu berkongsi kesakitan Jimin?
Kalaulah... dia mampu, dia ingin menanggung kesakitan Jimin.
Dia bangun perlahan2 dari kerusi menunggu dan masuk ke dalam wad Jimin. Taehyung terkejut melihat Jimin yang kelihatan seperti menahan kesakitan. Taehyung pun berlari mendekati Jimin.
"Jimin!?kau okay!? kenapa pucat!? "soal Taehyung risau. Jimin tersenyum pahit. Dia cuba menahan kesakitannya.
"A-aku okay...aku okay, jangan risau"kata Jimin sambil memegang tangan Taehyung. Bibirnya bergetar menahan kesakitan. Digigit perlahan bibirnya. Dia menarik nafas sedalamnya. Kesakitan yg dirasai beransur pergi.
"J-jangan risau... aku cuma sakit sikit saja tadi"kata Jimin lembut. Air mata Taehyung mengalir.
"Aku takut Jimin... aku takut..."rintih Taehyung. Jimin mengeluh. Dia berusaha utk bangun, duduk. Kepala Taehyung diusap lembut.
"Ya.. aku kan ada? Jangan takut.. aku akan lindung kau, dongsaeng... "usik Jimin , cuba kedengaran kuat.
Taehyung memandang wajah Jimin dgn mata kabur dgn air mata. Dia mengelipkan matanya utk menjelaskan pandangannya. Wajah Jimin yg tenang itu membuatkan hati Taehyung sakit. Jimin masih cuba berlagak seperti tiada apa2 yg berlaku pada dirinya. Taehyung cuba mengukir senyuman walaupun sukar. Dia tahu Jimin hanya mahu menenangkan hatinya. Janji2 itu hanya utk menenangkannya. Tapi kerana janji itu juga Jimin masih bertahan.
Dia.. Dia mahu melepaskan Jimin pergi supaya dia tak lihat lagi Jimin dalam kesakitan. Melihat Jimin dalam kesakitan sama seperti menyakitkan dirinya. Tapi dia tak sanggup.
"Taehyung ah.. lepas ni... "Jimin mengeluh berat sebelum menyambung.
"Lepas ni kau kena janji dengan aku. Jangan simpan perasaan kau seorg diri... Tak salah menangis. kau kena buat ramai kawan... Carilah kawan yg boleh fahami kau dan jaga kau macam bangtan.Jangan terlalu ego. Kalai rasa nak menangis, Menangis saja. Kelelakian kau tak hilang dgn cara tu pun... auta banyak. "senyum Jimin. Taehyung mengigit bibir mendengar kata2 Jimin. Selama ini, kalau dia sedih, dia selalu akan cuba menangis seorang diri tanpa dilihat sesiapa,tapi Jimin.. Jimin selalu dapat membaca perasaannya walaupun dia cuba rahsiakannya.
Kemudian jimin akan datang ke dalam biliknya dan akan menangis sekali bersamanya. Malah kalau dia menangis diam2 dalam tandas pun, Jimin akan datang dan menangis bersama dengannya. Taehyung menahan sebak memandang Jimin yg sedang tersenyum itu. Senyuman itu... dia rindukannya... dan akan tetap rindukannya.
Takkan ada sesiapa akan dapat gantikan Kau. Datanglah beribu kawan dalam hidup aku . Semua takkan sama dengan Park Jimin. Hanua ada satu Park Jimin untuk bangtan.
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...