Jimin masuk ke dalam biliknya dengan langkah longlai. Badannya masih lemah disebabkan oleh serangan pagi tadi.
Jimin terkejut apabila memasuki biliknya. Kelihatan Taehyung yang sedang nyenyak tidur diatasnya. Jimin tersenyum. Dia mendekati Taehyung dan memandang wajah polos Taehyung ketika tidur.
"Haishh, dah besar kau sekarang... "gumam Jimin sendiri. Dia teringatkan kenangan bersama rakan baiknya itu dulu. Betapa mereka berdua banyak menyusahkan Bangtan. Betapa rapatnya mereka sehingga mendapat gelaran the best duo. Betapa banyak sekali senyuman terukir ketika bersama.
Jimin mengusap pipi Taehyung lembut. Taehyung yang rasa terganggu membuka matanya perlahan.
'Jimin!'Taehyung terus tegak.
"Kenapa Kau pergi? kenapa?"soal Taehyung masih mamai. Jimin hanya diam dgn senyuman. Dia merenung setiap inci wajah itu. Hatinya pedih apabila memikirkan mungkin ini adalah kali terakhir dia melihat wajah itu. Wajah yang akan dirinduinya. Wajah kawan yg sangat disayanginya
"Tidurlah, dah lewat "arah Jimin sambil membuka jaketnya lalu disngkut di penyangkut.
"Jawab aku,kenapa kau asyik larikan diri dari kami? kenapa kau macam nak cipta jarak antara kita?"soal Taehyung,dia duduk bersila diatas katil Jimin. Jimin tersenyum pahit memandang Taehyung.
"perasaan kau saja kut. Hah, Kenapa kau ada dalam bilik aku? rindu aku aaaa... "soal Jimin sambil mengosok rambut Taehyung. Cuba hendak mengubah tajuk perbualan.
"Jangan ubah topik!"Taehyung menepis tangan Jimin. Dia mula sedar sepenuhnya. Emosi mula menguasainya.
"Kami tak pentingke untuk kau? kenapa kau banyak ketepikan kami?"soal Taehyung menahan perasaannya. Jimin mengigit pipi dalamny kemudian cuba mengukir senyuman lagi.
"Taehyung-ah...aku... "
"Kenapa kau asyik dengan sunbae? kau dah tak hiraukan aku. Kau dah tak hiraukan kami. Apa yang buat kau jadi berubah macam ni? Kau dah tak suka berada dalam Bangtan?"Jimin terdiam mendengar kata2 Taehyung. Untuk tinggalkan pun tak sanggup,jauh sekali untuk membenci bangtan.
"Kenapa kau diam Jimin? Kau tak tahuke hyung2 perlu lindung kau dari kesalahan kau daripada Bang PD? Comeback kita pun dah ditangguhkan dari tarikh asal. Apa kau nak Jimin? Apa tujuan kau? aku dah macam tak kenal kau. Kau rahsiakan segalanya dari kami. Dari aku. Sekurangnya...sekurangnya bagitahulah aku. Dah lama kita bersama... semua kita kongsi. Kau selalu dengar masalah aku dulu.. kau selalu fahami aku... kau tk pernah tinggalkan aku dulu. Apa salahnya kalau kau kongsi masalah kau dengan aku?apa salahnya kalau aku pula jadi tempat kau bergantung? Kau tak percayakan akuke?" Air mata Taehyung mengalir namun cepat2 disekanya.
"Kau layan aku macam orang asing untuk kau. Kau bukan Jimin yang aku kenal. Aku kecewa dengan kau Park Jimin "kata Taehyung. Sedih melihat perubahan sahabatnya. Jimin tetap diam. Dia tiada jawapan untuk semua soalan Taehyung. Taehyung terus bangun dan berlalu keluar dari bilik Jimin dan menghempas pintu kuat.
"Mianhe(maaf)" bisik Jimin. Air mata mula mengalir sebaik sahaja pintu biliknya tertutup.
"Maaf Taehyungie. Maafkan aku..."Tangis Jimin.
" aku perlukan kau... aku perlukan bangtan.. aku betul2 perlukan Kau semua... tapi aku tak boleh..."Esak Jimin
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Короткий рассказBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...