BAB 19 (The End)

4.9K 307 38
                                    

[4 O'clock-V ft RM]audio

Keesokkan harinya, bangtan berkumpul di dalam wad Jimin setelah mendapat panggilan dari dr Yoo yg mengatakan Jimin sudah tenat dan mungkin akan pergi bila2 masa sahaja.

Hati mereka berat melihat Jimin yg sedang terbaring diatas Katil biru itu. Mereka menilik setiap inci wajah jimin.

Jimin yg terlihat bangtan cuba mengukir senyum. Badannya lemah. Tidak bermaya.

"Kenapa semua muram? "soal Jimin sambil melihat wajah sahabat2nya satu persatu.

"Kenapa? saya... saya dah tak kacak bila rambut saya makin gugur? "seloroh Jimin. Rambutnya kerap gugur sejak belakangan itu.

"Saya baik2 saja... saya takkan tinggalkan kau semua. " Jimin cuba menenangkan suasana apabila bangtan langsung tidak memberi reaksi pada jenakanya.

Hoseok tidak dapat menahan air matanya lalu menangis disisi Jungkook . Dia sedih melihat Jimin yg masih memikirkan bangtan. Tubuh badan Jimin benar2 tidak mampu menanggung kesakitan itu lagi. Tetapi disebabkan bangtan, dia bertahan.

Jungkook yg melihat keadaan hyung2nya tidak mampu lagi menahan perasaan. Dia memeluk Hoseok lalu menangis di bahunya . Mereka menangis sambil berpelukkan sesama sendiri.

"Ke-kenapa menangis? "soal Jimin risau.

"Jimin, hyung tahu kau dah tak mampu tanggung semua ni. Kau nak pergi. Aku tahu. Kau cuba bertahan demi kami.. maafkan kami... maafkan hyung.. kami asyik abaikan perasaan kau..sampai tak sedar apa yg kau lalui "ucap Namjoon sayu. Jimin memandang bangtan dgn pandangan terkejut.

"Sekarang...Kau boleh lepaskan semua Jimin... lepaskan... "Ucap Jin sambil menahan air matanya. Dia perlu kuat untuk adik2nya. Dia perlu kuat walau apa pun yg terjadi.

"A-apa? "soal Jimin tidak faham.

"Jimin... cukup2lah fikirkan tentang orang... sekarang fikirkan diri kau pulak. Kau layak memilih untuk diri kau. Kau layak untuk buat keputusan sendiri. Keputusan dari kehendak kau sendiri"Jin memandang Jimin dgn pandangan yang sarat dengan kesedihan dan kasih sayang.

"Tapi..."

"Kami akan okay... percayalah Jimin..."pinta Namjoon. Tenang.

Jimin menangis mendengar ucapan hyung2 nya. Separuh jiwanya mahu pergi tetapi separuh dari hatinya masih berat untuk lepaskan bangtan. Jimin teresak2 menangis.Dia mula rasa sakit dibahagian belakang kepalanya. Badannya mula menegang. Tetapi ditahannya. Dia memandang wajah bangtan.

"Kami akan okay Jimin.. pergilah. Jangan fikirkan kami lagi. Lepaskan semua "Pujuk Namjoon sambil mengusap ubun2 Jimin. Taehyung tidak mampu melihat suasana itu. Dia menutup mata. Hatinya masih tidak sanggup melepaskan sahabat karibnya itu.

Tangisan Jimin pecah.

"Saya... saya takut.... "Tangis Jimin. Teresak2.

"s-saya... "Tiba2 dadanya sempit. Terasa seperti sesuatu menekan2 dadanya. Nafas Jimin mula tercunggap2.

"Jimin!!!"semua berlari kearah Jimin. Taehyung memegang erat tangan Jimin.

"jangan tinggalkan aku Jimin...Jangan pergi(don't leave)"Tangis Taehyung. Tiba2 dia tersedarkan sesuatu.

Dia perlu lakukannya... dia perlu lakukannya. Dia perlu lepaskannya... Jimin takkan bahagia kalau dia terus begini.

Taehyung cuba mengukir senyuman semampu mungkin. Dia mahu Jimin pergi tanpa kerisauan.

"Pergilah Jimin.. "Ucap Taehyung dengan nada tenggelam timbul. Yoongi sudah tidak mampu melihat , dia terus bergerak keluar dari wad Jimin.

"Kau..."Jimin mula tak bermaya. Nafasnya sesak.

Don't Leave (MALAY)Where stories live. Discover now