BAB 8

3.8K 330 7
                                    

Jimin berjalan dalam kegelapan malam. Hujan renyai2 turun tak dihiraukan. Dia terus berjalan tanpa arah tuju. Menangis.

"Hyung.. mianhae.. "Tangis Jimin. Jimin terduduk. Kakinya terlalu lemah untuk berjalan.

"kenapa semua jadi pada saya!? wae!?(kenapa)" jerit Jimin sambil memukul2 dadanya. Sesak.

"Maafkan saya hyung... "tangis Jimin. Hujan makin lebat tetapi langsung tak dihiraukan Jimin. Terasa dunia seperti kosong untuknya. Kali ni dia rasa betul2 seperti beban buat bangtan. Dia sudah rosakkan show Bangtan. Dia sudah mencederakan hyungnya. Dia banyak memberikan tekanan pada bangtan. Dia tak sanggup tinggalkan bangtan. Dia mahu bersama mereka lebih lama.

Kepala Jimin tiba2 terasa seperti dicucuk. Semuanya berpusing dimatanya.

"Arghhh!!!"Raung Jimin sambil  memegang kepalanya. Jantung Jimin berdegup kencang membuatkannya sesak mencari udara.

"Tolong..."Raung Jimin apabila pandangannya menjadi gelap.

####################

"Mana Jimin?"soal Jin apabila melihat hanya 5 orang ahli bangtan di hadapannya. Semua terdiam.

"Saya suruh dia balik hyung " ujar Namjoon perlahan.

"Kenapa?"soal Jin pelik.

"Dia dah rosakkan show Kita dan cederakan hyung. Perluke tanya kenapa?"celah Jungkook tak puas hati. Jin terdiam sebentar.

'mesti dia tertekan srkarng ni...'keluh Jin dalam hati.

"Hyung nak balik harini jugak"tegas Jin.

"Tapi hyung..  doktor cakap... " Hoseok ingin membantah namun dipotong oleh Jin.

"Ini badan hyung. Hyung tau tahap sakit hyung. Luka kecil saja " potong Jin.

#####################

Jimin membuka matanya perlahan. Dimanakah dia? Semuanya begitu asing untuknya.

"Kau dah bangun Jimin? "Jimin memandang ke arah pintu yang terbuka itu. Terjengul wajah Wooshin disitu.

"Macam mana saya... "

"Aku jumpa kau pengsan di jalan"jawab Wooshin sebelum Jimin sempat bertanya.

"Sunbae bagitahu bangtan ke saya disini?"soal Jimin laju. Dia tak mahu bangtn tahu tentang keberadaannya. Dia tak mahu membebankan mereka lagi.

"Tak,mereka semua masih dihospital "jawab Wooshin ringkas. Jimin menghela nafas lega.

"sunbae tolong jgn bagitahu Bangtan saya ada disini"rayu Jimin. Terangkat kening Wooshin.

"Tapi kenapa kau..." Wooshin berhenti bertanya apabila Jimin mula menangis.

"Saya dah penat... "tangis Jimin.

"Penat? Apa maksud kau Jimin?" Soal Wooshin.

"Saya dah tak mampu berada dlm bangtan lagi. Saya tak layak. Saya dah tak berguna untuk mereka..."Jimin menunduk. Menghalang Wooshin dari melihat wajah sembabnya.

"walau banyak mana saya berusaha untuk mereka. Tapi, diakhirnya saya tetap menyusahkan bangtan. Mereka semua dah... benci saya. semua dah tak perlukan saya.Jadi buat apa saya berada dlm bangtan lagi? Saya tak berguna... saya.. dah tak diperlukan lagi"Jimin teresak. Dia memegang dadanya yang terasa sesak itu.  Wooshin mula menangis melihat Jimin. Dia tak boleh lihat Jimin dalam kesedihan. Selama ini Jimin seorang yang periang. Seorang yg sangat ambil berat tentang orang2 sekelilingnya. Tapi bila dia sakit, dia tiada siapa untuk bergantung. Dia tiada tempat mengadu. Pada saat dia sakit,semua salah anggapan terhadapnya. Orang yang dia perlukan sekarang, semua memulaukannya, menjatuhkannya. Tapi sebenarnya dia tahu walau bangtan berperangai begitu terhadap Jimin. Mereka sangat sayangkannya.

"Saya nak berehat, dah tiba masa saya lepaskan semua. Dan hanya duduk..."

"Dan hanya duduk dan mnunggu kematian saya.. "Jimin berbaring sambil tersenyum tenang. Wooshin teresak mendengar kata2 Jimin.

"Itu yang terbaik buat semua..."

Don't Leave (MALAY)Where stories live. Discover now