BAB 13

4.1K 298 7
                                    

"K-kanser? Kanser doktor?"Hoseok memandang Doktor Yoo tak percaya. Bangtan dibelenggu perasaan terkejut. Semua tergeleng tak percaya kecuali Jin dan Jungkook.

Di mata Jin masih terbayang wajah Jimin ketika dalam kesakitan. Wajah Jimin ketika merintih. Wajah Jimin yang pucat itu. Jin menarik nafas sedalamnya. Terasa beban yg besar menghempap dadanya.

"Doktor Yoo tipu! Jimin tak pernah mengadu sakit pada kami langsung.Tak ada apa2 tanda langsung. Dia sihat. Jimin... "kata2 Hoseok terhenti apabila Jungkook memotong.

"Ubat.. ubat yg ada dlm beg Jimin hyung. Ubat tu.. utk kawal kanser... "kata Jungkook dgn mata berkaca. Hoseok terkedu.

"Jimin dah bagi banyak tanda2 pada kita. Tanda2 dia adalah perubahan dia. Sejak dia berubah. Semua jadi sejak dia berubah"Tambah Wooshin cuba menahan sebak.

"Macam nilah,Jimin dah tahu tentang penyakit dia beberapa bulan lepas. Dia dah dapatkan rawatan Chemo untuk 2bulan tapi tiba2 dia berhenti. Pada awalnya kanser Jimin masa dia mula2 tahu cuma ditahap kritikal 3. Tapi lepas sebulan dia berhenti... kanser tu makin merebak. Sekarang kanser dia ditahap serius."beritahu doktor Yoo.

"Maksud doktor... adakah.. Jimin... berhenti buat chemo sebulan sebelum comeback kami? "soal Namjoon pula. Hatinya sakit apabila doktor peribadi mereka menganggukkan kepala.

"Kali terakhir saya periksa dia masa serangan di rumah Wooshin-shi..."Ujar doktor Yoo sambil melihat Wooshin. Bangtan tertumpu pada Wooshin.

"Kenapa sunbae rahsiakan dari kami!? kenapa!? "pekik Namjoon dgn air mata. Dia mencekak koler leher Wooshin. Wooshin ketawa sinis. Dia memandang Namjoon tajam.

"Semuanya sebab kau orang! Semuanya sebab kai orang yg asyik gesa Jimin! asyik tekan dia! beri dia tekanan! Kalau kau org cuba sikit saja fahami Jimin. Sikit saja cuba selami hati Jimin!dia takkan minta aku rahsiakan semua ni!semuanya sebab kau org pentingkan diri! "Pekik Wooshin sambil menepis tangan Namjoon. Namjoon terkesima.

"Selama ni semua salahkan dia. Aku asyik marah dia. Kita tak pernah peduli apa yg dia simpan dari kita. Yang kita tahu, cuma nk tengok dia ikut kehendak kita "Sebak Wooshin. Semua terdiam.
"Saya taktahu apa masalah kau orang semua tapi... sementara Jimin masih ada. Dia perlukan sokongan"

"Apa maksud doktor?"soal Yoongi resah.

"Kali terakhir saya tengok keadaan Jimin... Kesihatan dia merosot teruk. Sel2 kanser merebak ke kawasan sensitif. Fungsi organnya hampir gagal berfungsi. Sekarang dia... Dia cuma ada masa kurang dari sebulan sahaja dlm jangkaan saya"Ahli bangtan tersandar mendengar kata2 doktor Yoo. Tangisan mereka semua pecah.

Mianhe Jimin...

Don't Leave (MALAY)Where stories live. Discover now