Sejak dari perbalahan pada malam itu, Taehyung mula menjauhi Jimin. Dan lebih meluangkan masa bersama rakan 95liner yang lain.
Tekanan mula dirasai Jimin apabila semua ahli bangtan seperti memulaukannya kecuali Jin. Jin selalu mengambil berat tentangnya.
Pernah terlintas di fikiran Jimin untuk keluar dari Bangtan namun apabila terfikirkan comeback mereka tak lama lagi. Dia memutuskan untuk terus bersama bangtan agar masalah lain tidak tercetus
#################
Malam sebelum comeback show.
Bangtan membuat latihan akhir kerana reputasi tarian mereka yang agak mundur belakangan ini. Segalanya kerana Jimin.
"Jimin ah... Malam ni kau kena kuasai semuanya. Catch up balik kelemahan kau. Esok pastikan tiada kesilapan "Tegas Hoseok. Jimin mengangguk perlahan.
Latihan dimulakan...
Setelah beberapa jam berlatih. Jimin terduduk keletihan.
"Boleh saya rehat hyung?"soal Jimin pada Hoseok.
"Tak boleh!"tegas Hoseok.
"Pergi rehat Jimin "arah Wooshin ,membangkang Hoseok. Dia faham akan keadaan Jimin. Hoseok ketawa tak percaya.
"Sunbae serius? Jimin masih.. "
"Pergi rehat Jimin "potong Wooshin tanpa sempat Hoseok menghabiskan kata2nya.
"Apalah yg dia kata sampai sunbae pun ikut cakap dia" Hoseok berdecih lalu terus keluar dari bilik. Taehyung memandang Jimin dgn pandangan kosong. Yoongi dan Jungkook terus mengikut jejak Hoseok. Jin dan Namjoon mengeluh sambil memandang antara satu sama lain.
#####################
Hari show
Jimin menelan pilnya sebelum persembahan bermula. Disebabkan dia menghentikan chemo, dia terpaksa mengambil ubat pil bagi membantu penyakitnya.
"Pil apa tu? "soal Namjoon yg datang entah dari mana.
"Hyung!?"Jimin terus berdiri sambil menyorokkan botol pilnya.
"Ammm... pil penenang saja... " bohong Jimin. Namjoon terangguk.
"Jimin-ah... tolong jangan lakukan kesilapan malam ni."Pesan Namjoon lembut. Jimin diam.
"Betul cakap Namjoon tu Jimin-ah. Show ni penting utk kita. Sebelum kau rosakkan apa2 tolong fikirkan kami. Kalau kau masih sayangkan Bangtan"Tambah Yoongi. Jimin mengigit bibir dan hanya mengangguk. Dia tidak mampu menjanjikan apa2 kepada mereka kerana dia tahu had mampunya terbatas kini.
##################
Semuanya berjalan dengan lancar hinggalah tiba di persembahan mereka yang terakhir. Jimin mula kepenatan. Kepalanya terasa berpusing. Dia terus menukar baju secepat mungkin lalu menuju kearah pentas namun belum sempat dia bergerak pergi pandangannya tiba2 menjadi gelap. Jimin terkejut. Serentak langkahnya terhenti.Jimin mengagau dan cuba memegang sesuatu di hadapannya namun dia hanya mengapai angin.
"Apa ni?blackout ke" Bisiknya. Tapi kalau blackout mesti suasana menjadi kelam kabut. Tapi kenapa.. Tolong... jangan...
Jimin terus mencari sesuatu utk berpaut. Tangannya terpegang pada lampu prop persembahan.
"Hyung! Apa hyung buat?!"segah jungkook tiba2. Jimin terkejut lalu tertolak lampu itu. Lampu itu mula jatuh menuju ke arah Jungkook. Jungkook terkedu, dia menutup matanya ketakutan.
"Jungkook!!!"Jin yang melihat keadaan itu segera berlari kearah Jungkook lalu menolaknya. Lampu itu jatuh menimpa Jin. Serentak kedengaran suatu raungan, pandangan Jimin terus kembali. Dia terkedu melihat Jin yang dihempap oleh batang lampu bersaiz sederhana besar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"HYUNG!!!"
YOU ARE READING
Don't Leave (MALAY)
Short StoryBangtan, bagi Jimin mereka ialah keluarganya, Baginya mereka adalah segalanya. Hidup mereka selalu dipenuhi dengan memori indah. Mereka saling melengkapi. Tapi,Segalanya berubah semenjak dia disahkan menghidap barah otak peringkat serius. kesilapan...