BAB 14

4.3K 307 6
                                    

Kesan dari peristiwa itu,Bangtan seperti hilang arah. Setiap hari mereka dalam ketakutan memikirkan kemungkinan yg terjadi ketika Jimin tidak sedarkan diri.

Hoseok memegang tangan Jimin.

"Maafkan hyung,Jimin...maafkan hyung..."Tangis Hoseok. Dia teringat semula semua kenangan bersama Jimin. Kenangan ketika dia selalu mengusik dan mengarah Jimin.Jimin tak pernah melawan cakapnya. Betul kata2 Jin dan Wooshin. Jimin seorang dongsaeng yg baik. Innocent. Dia mengusap pipi Jimin lembut.

"Maafkan hyung sebab pentingkan diri. Maafkan hyung Jimin... bangunlah Jimin. Bangunlah, hyung nak bercakap dgn kau"rayu Hoseok. Yoongi hanya melihat sayu. Dia mengusap belakang Hoseok. Hatinya sakit melihat keadaan Dongsaeng2nya. Dia menatap wajah pucat Jimin. Dia menarik nafas berat. Berkali2 dia menyalahkan dirinya kerana pernah memberi tekanan pada Jimin dahulu.

################

Jungkook menangis seorang diri di luar hospital.

"Maafkan saya hyung... maafkan Jungkook..."Tangis Jungkook sambil memeluk kakinya. Kesejukkan suasana luar tak dihiraukannya. Dia terus menangis seorang diri di taman hospital.

Tiba2 terasa pelukkan hangat dibadannya.

"Jungkook ah... jangan duduk diluar. Kau ni demam. Nanti bertambah teruk pulak"suara Jin kedengaran. Jungkook mendongok. Kelihatan Jin dan Namjoon di hadapannya.

"Hyung... Jimin hyung... saya takut... "Tangis Jungkook seperti anak2 kecil. Namjoon dan Jin mengeluh. Namjoon mengambil tempat disisi Jungkook.

"Kami pun Jungkook... Dah dua hari Jimin tak sedarkan diri. "keluh Namjoon. Jungkook memandang kedua2 hyungnya yang kelihatan muram itu.

"Semua salah hyung. Hyung tak mampu jaga adik2 hyung. Jimin sakit pun hyung tak perasan" Jin ketawa hambar. Mengejek dirinya sendiri.

"Semua ni salah saya hyung... bukan hyung..  sepatutnya saya sebagai ketua kumpulan lebih peka dgn keadaan bangtan. Patutnya saya boleh perasan ada sesuatu yg tak kena dgn Jimin. Bukannya buatkan dia hentikan rawatan chemotherapy dia." Keluh Namjoon.

"Jimin tak pernah salahkan sesiapa pun. Saya kenal Jimin macam mana... jangan risau,jimin akan bangun. Percaya lah. Jimin tak pernah hampakan kita. Jimin takkan tergamak buat macam tu" celah suatu suara. Mereka memandang kearahnya.

Kelihatan Taehyung yg berdiri tak jauh dari mereka. Sejak mereka dapat tahu tentang sakit Jimin. Taehyung lebih banyak mendiamkan diri dan bersendiri. . Senyum tidak. Menangis pun tidak. Taehyung seolah2 tiada perasaan. Dingin.

#####################

Taehyung duduk disisi Jimin. Pada hari itu, giliran dia untuk menjaga Jimin seperti yg telah diaturkan oleh Namjoon.

Taehyung memandang wajah pucat Jimin. Dahulu wajah Jimin yang banyak tersenyum. Kini wajah itu hanya kaku. Air mata Taehyung mengalir tanpa disedari.

"Kenapa kau kejam sangat Jimin... Kau selalu nak tahu masalah aku. Tapi kau langsung tak cerita masalah kau pada aku. Kau jahat. Kau kata kau taknak bangtan susah hati. Kau taknak menyusahkan bangtan. Tapi kenapa kau tetap buat? Kenapa kau tak bangun? Semua sedih sebab kau. Susah sangatke? Bangun saja!Jimin... aku... Aku takkan maafkan kau kalau kau tak bangun." Taehyung menekap muka di atas katil Jimin sambil melindungi wajahnya dgn tangan. Dia teresak2.

Tiba2 terasa seperti ada sesuatu gerakkan disisinya yang akhirnya naik ke kepalanya, mengusap rambutnya. Tangisan Taehyung terhenti serta merta. Taehyung kaku. Dia dapat rasakan jejari halus yang membelai rambutnya. Tangan Jimin.

"Kenapa kau menangis hah Taehyungie?Rindukan aku? "Taehyung terus mengangkat kepalanya apabila suara itu kedengaran.

"Mana kau Tae?Tae? Kaukan? " Tangan Jimin mula meraba tengkuk Taehyung. Tangisan Taehyung terhambur semula.Dia terus memeluk Jimin erat.

"Jimin..."Tangis Taehyung. Jimin pada mulanya terkejut dgn reaksi Taehyung akhirnya tenang semula lalu mengusap rambut rambut sahabatnya. Dia menarik nafas berat. Dia terlalu rindukan lelaki itu. Dia ingin melihat wajah sahabatnya. Tapi yang dia nampak hanya hitam pekat yg tiada penghujungnya.

"Shhuuu... Aku ada.. "pujuk Jimin.

Don't Leave (MALAY)Where stories live. Discover now