BAB 15

4K 297 11
                                    

Sejak Jimin tersedar, keadaan kesihatannya makin teruk. Dia tidak banyak bercakap. Semua ahli bangtan sangat risau dengan perubahan Jimin. Tetapi mereka tidak pernah melihat Jimin menangis kerana Jimin hanya memendam perasaannya. Dia tak mahu bangtan bersedih. Di hadapan bangtan ,dia hanya tersenyum tetapi tidak dibelakang bangtan.

Jimin terbatuk sambil memegang dadanya yang sakit. Dia cuba mencari air di tepi kabinet wadnya. Tetapi dia tidak mampu. Dia tertepis gelas kaca diatas meja itu sehingga jatuh di lantai.Jin yg sedang tertidur tersedar apabila terdengar bunyi kaca pecah.

"Jimin? kau okay? Kenapa?"Soal Jin risau melihat Jimin yg sedang memegang dada itu.

"Kau nak airke?"soal Jin apabila mlihat gelas yg pecah diatas lantai. Pasti Jimin cuba mencari air sendiri tanpa bantuannya. Jimin tak membalas kata2 Jin.

"Hyung... saya dah buta... saya dah tak nampak apa2... "Air mata Jimin mengalir lesu dari matanya.

"Saya dah buta... "rintih Jimin. Jin terus menarik Jimin kedalam pelukkannya.

"Saya nak melihat,hyung... saya tak nak buta... "Jimin mula teresak dlm pelukkan Jin.

"Saya rindukan bangtan. Sangat. walaupun bangtan dah ada disisi saya..  tapi saya tak boleh nampak bangtan. Ni hukuman ke untuk saya hyung? "Rintih Jimin.

"Tak Jiminie. kau tak pernah buat salah. Macam mana boleh ada hukuman untuk kau? kau budak yg baik...Ini hanya sementara"Pujuk Jin sayu melihat Jimin.

"Saya... tak sanggup hidup Hyung...Saya dah buta.. cacat..  macam mana reaksi ARMY bila nampak Park Jimin mereka dah cacat? saya tak nak. Lebih baik saya mati"Jimin teresak.

"Ya! Park Jimin-ah! jangan kau berani sebut tentang mati. Kau tak boleh mati! Kau tak boleh tinggalkan kami!faham!?  "Tegas Jin. Hidungnya merah menahan tangis. Dia tak mahu memikirkan tentang Jimin meninggalkannya.

##################

Keesokkan hari, Hoseok datang melawat Jimin. Dia membawa baju sejuk kesukaan Jimin. Berharap Jimin akan lebih selesa dengan baju itu.

"Jiminie... "Hoseok datang lalu meletakkan baju sejuk di sisi Jimin.

"Jimin-ah!"Hoseok menepuk tubuh Jimin perlahan untuk membangunkannya. Tetapi Jimin tak bangun.

"Jimin?" Hoseok mengoyangkan tubuh Jimin tetapi masih kaku.

"Jimin!? "Hoseok mula panik. Dia bangun lalu mengoncang tubuh Jimin dgn lebih kasar.

"Jimin!? "Hoseok sepantas kilat menekan butang kecemasan. Dia kemudian menepuk2 pipi Jimin.

"Jimin!jangan takutkan aku!!"Marah Hoseok.

#####################

Doktor Yoo memeriksa mata Jimin. Semua bangtan memandang doktor Yoo tanpa berkalih. Ketakutan mula menguasai mereka.

"Macam mana doktor?"soal Yoongi,mendekati doktor Yoo. Semua ahli bangtan mengikutinya kecuali Hoseok sahaja yg masih kaku diatas sofa itu. Tangannya bergetar, ketakutan. Masih teringat betapa sejuknya tubuh Jimin ketika Jimin hilang kesedaran tadi.

"Hyung?kenapa? "soal Jungkook pelik melihat Hoseok. Hoseok tidak membalas,masih memandang tangannya.

"Hobbie? Kau okay?tadi doktor kata Jimin cuma hilang kesedaran sekejap saja. Kesan chemotherapy.  "Kata Namjoon. Mengambil tempat disisi Hoseok.

"J-Jimin... badan dia sejuk... dia tak sahut panggiln aku tadi. Dia... tak balas..  "Air mata Hoseok berlinangan. Dia takut. Dia sangat takut ketika Jimin tidak sedarkan diri. Nafasnya seolah terentap dari badannya ketika itu.  Namjoon hanya diam mendengar cerita Hoseok.

"Jimin!? "jerit Taehyung apabila melihat Jimin mula bergerak.

"Kenapa semua orang disini?"rengek Jimin sambil memandang kearah Bangtan. Tiba2 dia tersedarkan sesuatu.

"Hyung dah boleh melihat!?"Pekik Jungkook.(excited)

Jimin memandang Jin.

"Hyung!? Saya dah Boleh..."belum sempat dia menghabiskan kata2 nya. Hoseok memeluk tubuhnya. Dia menangis sambil memeluk Jimin.
"jangan buat macam tu lagi! "Tegas Hoseok dalam tangisan. Jimin terkedu. Tiba2 semua ahli bangtan mendekatinya lalu ramai2 memeluk Jimin sambil menahan tangisan masing2. Jimin mengeluh berat. Melihat keadaan bangtan,Jimin mengagak sendiri mungkin dia hampir mati lagi sebentar tadi. Dia sekali lagi merisaukan bangtan.

Jimin hanya diam dalam pelukkan bangtan.

Don't Leave (MALAY)Where stories live. Discover now