Page 5

547 83 68
                                    

Take note: imagine this story before clap era

******************

Jun Point Of View <POV>

Aku merenung jauh ke luar jendela. Jam sudah menunjukkan angka 1:30 pagi. Sudah sejam lebih aku berada didalam bas untuk ke Incheon, Airport.

Aku nak pergi mana? Ofcourse lah balik rumah. Rumah aku dekat HongKong yang dah jadi wilayah China. Mesti keluarga aku terkejut kan.

Entahlah aku masih fikirkan nak kerja apa balik nanti. Nak sambung karier aku sebagai pelakon? Ohhh mesti ramai peminat rindu muka handsome aku ni kaca televisyen. Cehhh
ヽ(´▽`)/

Dibalik kegelapan malam, aku merenung bintang-bintang yang bersinar indah macam aku.

Setiap kali aku tengok bintang, mesti terbayang muka aku tersenyum tanpa cela.

Jangan marah sebab ini fakta HAHAHAHAHAHAHAHA

Maafin gege ya caratku yang manis  ̄ 3 ̄

Aku tak sedih ke? Ofcourse lah aku sedih. Aku cuma tak nak tunjuk kat orang lain. Kat kawan aku dekat family aku. Seventeen sendiri.

Aku tak nak kitorang bersedih. Aku dah hidup dengan diorang lama dah. Bukan setahun dua. Aku kenal sorang-sorang lebih dari diri aku sendiri. Apa yang diorang suka apa yang diorang benci.

And apa yang diorang rasa.

Action speak louder than word bukan?

Jadi aku tak nak keruhkan lagi keadaan dengan bersedih. Cukup lah kitorang menderita dalam diam. Cukup lah bertahun-tahun kitorang berlatih untuk jadi idol. Dan sekarang karier kitorang musnah macam tu aje. Cukup lah

At least CEO tu tak ambil balik cincin kitorang. Cincin ni masih ada. Maksudnya Seventeen masih ada. Walaupun hanya dibalik tabir.

Aku mengeluh perlahan. Bas awam yang aku naiki sudah berhenti di stesen seterusnya. Aku menarik beg roda aku lalu turun dari bas. Sekali lagi aku mengeluh. Aku memandang Lapangan Terbang Incheon didepan ku.

Tempat pertama aku jejak di korea dan mungkin tempat terakhir aku jejak di korea. Aku mungkin tak akan kembali lagi ke rumah kedua aku ni. Di negera penuh memori indah ni. Memori pahit manis bersama Seventeen yang memang keluarga sejati aku.

Budak-budak tak guna dengan hyung yang gila sakai.

Aku akan rindu korang sangat-sangat.

Air mata aku hampir mengalir apabila mengenang hari-hari aku dengan Seventeen yang lain. Diorang dah jadi sebahagian besar dalam hidup aku. Setiap hari aku habiskan masa dengan diorang. 24 jam menghadap muka diorang dengan perangai yang tak akan habis.

Macam mana aku nak teruskan hidup tanpa diorang nanti? Macam mana aku nak isi kekosongan hidup aku di Hong Kong nanti? Macam mana?

Dengan kenang semua memori aku? Dan menangis sorang-sorang? Meratapi nasib hidup aku? Macam tu?

Memang tak guna lah. Makin aku rindu adalah.

Ujian hebat untuk orang hebat.

Yes thats right! So aku perlu teruskan hidup. Aku akan cuba kekal kan hubungan kitorang walau apa pun yang terjadi. Setakat masalah jarak. No hal lah. Teknologi ada untuk membantu kita.

Aku just harap diorang tak berubah. Masih jadi Seventeen yang aku kenal. Yang selalu tabah menghadapi ujian. Yang sentiasa tersenyum walaupun penat seharian bekerja. Selalu memikirkan member lain dulu sebelum diri sendiri. Yang selalu gila-gila walaupun menghadapi rintangan.

Yang sentiasa bersama.

Aku mendongak ke atas. Memandang sekali lagi langit malam yang indah dengan bulan purnama melengkapi keindahan ciptaan yang satu.

Bintang-bintang kecil diatas sana masih berusaha berkelip-kelip melawan kegelapan malam. Takkan berhenti mencuba walaupun sudah pasti tidak dapat mengatasi.

Jadi kenapa aku harus berhenti tanpa mencuba? Usaha yang kecil dapat membahagiakan seseorang. Walaupun sekecil gugusan bintang di ruangan angkasa. Kecil tapi bermakna.

Tapi sekarang.

Haruskah aku pergi?

Meninggalkan perjuangan aku yang terhenti kerana masalah kewangan?

Hanya kerana masalah ini aku akan mensia-siakan segala usaha aku selama ni?

Tapi bagaimana?

Bagaimana caranya nak perbaiki semua ni?

Atau

Haruskan aku tinggal ?

Tinggal di bumi korea ini?

Dengan harapan yang masih tetap?

Tapi tanpa jalan?

Dengan keyakinan tapi belum dengan usaha?

Dengan keazaman yang penuh?

Tapi seorang diri?

Haruskah aku?

Tolonglah seseorang jawab aku.

Sebelum aku melangkah pergi

Dan membuat keputusan yang salah

*********************

Ok guys go or stay?  Your choice

And siapa akan jadi hero sementara untuk menyatukan balik mereka semua?

Sorry dua hari tak update ada masalah jiwa raga

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now