Take note: Imagine this story before clap era
***************
Jeonghan Point of View <Pov>
Lain pada yang lain. Aku lebih memutuskan untuk ke agensi. Lagipun rumah aku hanya disekitar Seoul. Nak buat apa kat sana? Balas dendam for sure!
Selepas apa yang telah kitorang harungi sedap-sedap dia nak buat macam ni kat kitorang? Hello otak kau letak kat mana? Aku geram betul dengan spesies macam ni.
Nanti kau!! aku cekik sampai mati kau!! Aku cabut kepala kau then buat hiasan rumah aku!!
Dengan geramnya aku menolak pintu Pledis Building. Beg roda aku tinggalka di luar. Tak kesah lah ada orang nak curi sekalipun! Yang penting aku kena lepaskan segala kemarahan aku!!
Penjaga kaunter nampak terkejut melihat kehadiran aku. Aku sedikit pun tak peduli! Panggillah polis sekali pun! Jangan harap aku nak pergi sebelum jumpa dia!!
CEO TAK GUNA KAU PERLU HADAPI API KEMARAHAN AKU DULU!!
Aku menghiraukan panggilan penjaga kaunter tersebut dan lebih memilih berjalan ke ruangan CEO. Bangunan ini nampak gelap dan lebih seram daripda biasa. Mungkin kerana sudah lewat malam. Hanya beberapa lampu dibuka di sepanjang lorong.
Belum sempat aku menaiki tangga untuk ke bilik CEO yang berada di tingkat atas, sepasang tangan terlebih dahulu memelukku dari belakang. Aku ditarik turun dengan kasar.
Aku terasa nak menyumpah -,- kalau bukan tak dosa dah lama aku tanam dia ni dengan sumpahan.
"LEPAS LAH!! AKU ADA URUSAN DENGAN CEO TU!! LEPAS!!!
Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. Kata-kata aku tidak dijawab langsung. Orang yang masih memelukku ini hanya berdiam diri.
Dah lah peluk aku! Kau ingat aku ni bini kau ke nak peluk-peluk !!!
Maksiat betul lah!!!Tatkala aku meronta, tiba-tiba tangan aku tersentuh tangannya. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku mendadak terdiam.
Kau ingat aku ada masa nak jatuh cinta kat dia ni? -,-
Apa kau ingat aku tengah berlakon cerita Melayu kuno? -,-
TANGAN DIA NI SEJUK LAH WOII!!!
My gosh hantu~~!! *tiru suara mr.gebus*
Mungkin makhluk ini tahu aku ketakutan. Dia melepaskan pelukannya. Dan berundur ke belakang. Dia seperti menunggu aku untuk berpaling.
KAU INGAT AKU BODOH??!! BUAT APA AKU NAK TENGOK MUKA KAU YANG TERLAJAKK LARIS TU???!! PUIHHH!! TENGOK MUKA IKAN JOSH LAGI BEST AHH!!
Aku nak buat apa sekarang? Jangan jadi orang bodoh. Jangan jadi macam cerita seram kat Tv. Kalau rasa lain macam dan dah tau apa benda tu tak payah nak berani sangat tengok.
Kita ikut rasa logik guyss. Macam mana?
OTAK KAT MANA??!! LARI LAH WOII!!!!
"Ah-erghh!!!" aku mendesah kesakitan. Tiba-tiba sahaja kaki ku terasa longlai. Aku rebah ke lantai yang tidak dilapisi apa-apa.
Dari sudut begini, aku boleh nampak seseorang tersenyum di atas sana. Senyuman dengan mulut yang terkoyak rabak.
Tup! Tup!
Titisan darah menitis diatas pipiku. Bau karat darah tersebut sungguh jauh dari kata wangi. Terasa pipiku terhakis oleh cairan pekat tersebut.
"AAAAAHHHHH!!!!!" kepala ku ditarik dan dihempas ke lantai. Kepala ku terasa bergegar sekali gus terasa sakit yang amat sangat. Terasa tengkorak kepala ku bergeseran dengan permukaan lantai yang keras.
Seketika kemudian kesedaran aku mula hilang. Mataku mengabur dan hitam. Hitam dan gelap.
Jeonghan point of view <Pov> end
"Maaf tapi kau layak terima semua ni"
Cairan pekat berwarna merah itu laju sahaja mengalir dari kepala Jeonghan. Rambut dan muka Jeongjan dibasahi dengan cairan tersebut.
Badan jeonghan diseret seseorang dan dicampak keluar dari Pledis building melalui pintu belakang.
Membiarkan pemuda tersebut kehilangan darah didalam cuaca sejuk beku yang diselaputi salji putih. Kehilangan darah, kesejukan, menunggu masa untuk mati.
Kesan seretaan darah jelas kelihatan diatas lantai yang pasti akan menjadi tanda tanya keesokan paginya.Dan pastinya dikatakan seseorang jatuh tangga. Melihatkan seretan tersebut bermula dari anak tangga.
Susuk tersebut tertawa sinis sebelum anak matanya bertukar merah.
****************
Lets just say author tak tau bagaimana penghujung cerita ni HAHAHAHAHAHAH kita tengok jelah apa yang terkeluar masa aku tulis. Akhir-akhir nanti keluar lah ending dia
ㅋㅋㅋAku betul-betul terasa nak cekik orange sekarang ni!!
"Nak pergi berapa hari Perlis? Nak packing baju ni"
"Setahun"
Aku awal-awal dah sense mesti duduk dalam umah mak saudara aku je ni -,-
AKU BETUL-BETUL TAK NAK PERGI HUWAAA FAHAMI LAH AKU SEKALI JE!!!!
Kbhaii malam ni dalam bas kalau rajin aku update pulak
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]
HorrorA Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah koma atas sebab-sebab yang tidak dapat diberitahu secara detail. Selama beberapa minggu dunia muzik...