Take note: Imagine this story before clap era
***************
Woozi Point Of View <Pov>
Aku pun tak faham dengan Boo Seungkwan ni. Terjerit sana-sini. Dah macam kematian suami aku tengok. Duhhh tau lah dah berjauhan dengan Hansol Vernon Chwe tu. Takpayah lah nak mengadakan sangat <(_ _)>
Nasib baik lah dah sampai Busan~ Busan bandar metropolitan, kampung halaman aku~ kau Boo Seungkwan boleh berambus dari pandangan aku.
"Hyung!! Hikss tak mau pergi hyung!! Tak bohhh" aku menatap datar Seungkwan yang sedang meniarap memeluk kaki kananku. Airmatanya bercucuran membasahi pipi tembamnya. Apa kau ingat ni cerita anak derhaka? Nak je aku sepak dia ni -_-#
Mujurlah sekarang kitorang beradi di Jeti Busan. Ramai orang yang lalu lalang menggeleng-geleng melihat gelagat kami. Kau ni kan Divabu memang nak je aku selam dalam air. Biar kau berubah jadi dugong. Boleh lah lepas ni teman si Ikan Josh tu.
"Isyhh!! Kau ni!!! Jangan menyerabutkan otak aku pagi-pagi ni boleh tak??!! Pergi berambus!!!" aku memarahinya dan menolak Sengkwang dengan kaki. Dia tersungkur kebelakang dengan beg roda dalam pelukannya.
"HUWAAA EOMMA TIRI JAHAT!!! NAK CAKAP DEKAT APPA HUWAAAA" Seungkwan bergegas pergi sambil terpekik ke sana-sini.
Memalukan betul
Nak cakap dekat appa konon. Ingat aku takut ke? Baling keyboard ni baru tau.
Aku berjalan keluar dari kawasan jeti. Malas nak berlama kat dalam ni. Dah lah ramai langgar aku. Mentang-mentang aku kecik je ingat boleh langgar aku lah? Kau ingat aku minion ke apa??!!
Ada mata tu guna lah! Ke mata kau taruh kat lutut??? Ni lah orang cakap.. Pandai tak boleh ikut, bodoh tak boleh ajar
Menyampah baik pergi mati
Apa? Aku kejam? Yes so what? Ada masalah dengan hidup kau ke? *smrik* (─‿─)
Aku menahan kereta sewa untuk pulang ke rumah. Iya lah sampai je Busan aku dengan Si Boo(lat) tu terus datang sini. Mengada betul budak tu. Nak naik feri lah nak teman aku lah apa lah.
Kalau dia naik kapal terbang kan senang? Murah lagi dari naik feri. Dah lah lama nak sampai Jeju-do tu. 7 jam weh. Aku sedap tidur dah 7 jam tu.
"Ajusshi.. Bawa saya ke alamat ni boleh? " aku menghulurkan sehelai kertas yang tertulis alamat rumah ku. Ajusshi itu mengangguk dan mula memandu memasukki jalanan Busan.
"Kalau tak silap anak ni Woozi kan.. Kumpulan saebeuntin tu kan"
Aku yang sedang sibuk dengan gajet ditanganku tersentak dan segera mengangguk. Aku nampak Ajusshi ini tersenyum melalui cermin pandang belakang.
"Anak ajusshi minat dengan korang semua.. Kalau dia tahu ni mesti dia gembira"
Aku tersenyum mendengarkan kata-kata ajusshi ini. Setiap kali mendengar kami mempunyai peminat, hatiku berbunga-bunga. Walaupun sudah digelar sunbae dalam dunia K-pop, perasaan ini masih sama. Tidak berubah sama sekali.
Bayangkan lah perasaan aku. Hampir seluruh dunia mendengar lagu ciptaan aku. Mendengar hasil usaha aku siang dan malam. Mendengar isi hati aku. Ohh rasanya sungguh membanggakan!
Tapi aku sedar satu benda lepas di 'disband' ni. Tak ada orang akan ambil kisah tentang aku macam dulu lagi. Tak ada orang akan dengar keluhan hatiku lagi. Dunia tak akan dengarkan aku lagi. Tak akan lagi. Tiada siapa lagi.
Korang kena faham. Manusia hidup perlukan perhatian. Ada yang suka kan perhatian dan ada orang bencikannya. Tapi bukan sepenuhnya benci. Diorang cuma rimas dengan perhatian yang berlebihan.
Aku percaya tiada siapa suka berseorangan tanpa kasih sayang.
Manusia ni complicated . Fahami dan ingatlah sentiasa.
Apabila dengar masalah seseorang. Perkara kita perlu buat ialah. Dengar, fahami dan fikirlah. Jangan hanya fikir masalah dia. Fikirkan juga sebab dan akibatnya. Fikirlah perasaan dia.
Hati ada sorang satu weh. Sama je semua. Tapi perasan tu lain weh.
"Woozi? Gwenchana? "
"Ahh n-nae ajusshi.. Tapi sekarang kitorang dah ber-berpecah" aku menggaru tengkukku kerana berasa kekok. Dah lah aku melamun entah ke mana tadi. Hehehe
"Siapa lah tak kena ujian kan.. Tapi ajusshi nak cakap lah.. Pahit manis orang tak sama.. Bukan semua orang rasa. Jangan pernah cakap masalah orang tak teruk sangat. Ajusshi dah tua. Dah banyak kecapi rasa kehidupan. Jangan putus asa dan tetaplah bergembira"
"Ahh n-nae ajusshi.. "
"Ohhh ye dah sampai ~" aku reflect memandang keluar jendela. Ya betul. Aku dah sampai di rumah aku.
Selepas mengeluarkan barang dan membayar tambang, aku mengetuk pintu rumah aku. Sementara menunggu, aku memandang sekeliling. Lepas ni aku nak pergi tenangkan diri kat pantai.
Beberapa ketika aku menunggu. Tapi belum ada balas. Mana diorang? Kenapa sunyi?
Ohhh kejap
Lupa pulak diorang mesti pergi kerja. Aku mana ada adik-beradik. Anak tunggal weh.
Aku menolak barangan aku kesudut rumah. Nak tinggal barang kat sini lah. Tunggu diorang balik lambat lagi.
Aku segera melangkah ke pantai yang tidaklah begitu jauh. Hanya memerlukan bebrapa belah minit untuk sampai.
Deruan angin pantai Busan yang segar lagi nyaman menyambut kehadiran ku. Matahari pagi tidak lah begitu panas. Sesuai dengan suasana pagi walaupun berada di musim sejuk.
Aku berjalan disepanjang pantai. Perlahan-lahan menyusuri pantai ciptaan yang maha esa. Air laut sesekali membasahi kakiku. Sungguh bersih, suci dan indah.
Selepas beberapa minit berjalan, aku akhirnya terduduk di bawah sebuah pokok yang rendang. Fikiran aku mula melayang-layang apabila aku memandang lautan yang luas terbentang didepanku.
Aku hidup tanpa adik-beradik. Ibu bapa aku sentiasa bekerja. Sunyi? Mestilah. Tapi bukan selalu. Aku tahu macam mana nak hiburkan diri.
Tapi macam orang cakap, kasih sayang tu tak sampai. Mungkin sebab ni lah aku membesar menjadi seorang yang introvert. Out-going introvert.
Tak keseorangan tapi terasa kesunyian. Bagi aku inilah erti sebenar kesunyian ataupun lonely.
Bukan semua orang faham ni. Aku pun faham korang.
"Huhhh.. Hidup aku akan menjadi menarik. Tak akan lah aku akan jadi macam ni selamanya"
Something will change
Sooner or later. Just wait!
*****************
I got no feel but i still have a heart.
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]
HorrorA Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah koma atas sebab-sebab yang tidak dapat diberitahu secara detail. Selama beberapa minggu dunia muzik...