Note: Imagine this story before clap era
*******************
"HYUNG TENGOK TU IKAN JOSH CAT MINGYU!!" Mendengarkan pekikan The8 membuatkan Jeonghan menepuk dahinya sendiri. Yang di sangka segalanya akan berlangsung dengan lancar. Rupanya ribut melanda di tengahari. Baru sahaja dia melepaskan beban dengan memarahi S.coups, Woozi dan Hoshi yang tertidur didalam kereta sebentar tadi, kini masalah lain pula mengheretnya.
Jeonghan mahu sahaja menenggelamkan dirinya sendiri di dalam lautan bola warna-warni. Kadang-kadang dia bermonolog seorang diri. Mengapa dia yang mengambil tugasan menjadi yang paling normal (ralat0502).
"AHHH!!!!" jeritan penuh kesengsaraan ini bukan milik Jeonghan tetapi seseorang di bahagian studio yang lain. Dia memegang batang baseball di tangan sambil menggigit bibirnya sendiri.
"Won.. " baru sahaja Jeonghan mahu memanggilnya, Wonwoo terlebih dahulu memukul radio bersaiz besar dengan kayu tersebut. Akibatnya radio tersebut hancur berderai menjadi kepingan-kepingan kecil.
Tanpa diketahui, sang manager yang bertugas sebagai jurukamera merakam aksi ganas Wonwoo yang mempunyai rating 18sx. Dia tersenyum-senyum sendiri dengan idea yang muncul tiba-tiba.
"Mwo? Asal kau ni?" Jun yang juga memegang kamera bertanya. Dia dan The8 sedang bersandar di dinding putih kerana kelelahan. Meraka tadi berbual-bual dalam bahasa ibunda mereka sebelum Jeon Wonwoo tiba-tiba mengamuk.
"HUWAAAAA MINGYU SURUH JADI MODEL DENGAN DIA!! AKU TAK NAK!!!!" Wonwoo mahu sahaja mencekik-cekik Mingyu yang tersenyum sinis ke arahnya. Mujurlah Wonwoo masih waras. Kalau tidak sudah lama kayu baseball itu melayang ke muka tampan Mingyu.
Beberapa member lain yang juga kepenatan mengeluh nafas kasar. Mereka baru sahaja selesai merakam bahagian bermain bola keranjang tanpa bola. Memang lah bunyinya amat seronok dan menggilakan tetapi kepenatan nya merangkumi seluruh badan sehingga ke otak.
Nak dijadikan pula cerita, sebenarnya dari pagi lagi mereka mengadakan rakaman yang jauh dari kata senang. Bermula dengan menyediakan segala peralatan sehingga lah merakam. Itu pun baru Music Video yang lain. Bukannya title song mereka.
"Bila nak habis ni ㅠㅠ Jadi CEO kejam memang kijam hikss" Hoshi merebahkan diri kedalam lautan bola warna-warni. Dia tidur meringkuk. Tangan kirinya dilipat menutupi muka.
"Eleh jadi CEO penat konon.. Aku yang jadi tukang cat ni kau ingat tak letih ke?" Joshua bercekak pinggang. Jika diingatkan balik, tugas mengecat ruangan hampir keseluruhannya dilaksanakan oleh Joshua. Berjalan ke hulu ke hilir dengan berus penggiling ditangannya.
"Kau takpe.. Kau kan bernafas guna insang" S.coups yang sedang berbaring ditengah studio berkata. Dia sengaja menunjukkan senyuma sinisnya kepada Joshua.
Apa kena mengena huwaaa ⊙︿⊙ -Hong
"Mana Verkwan and Dino? " Woozi yang duduk diatas kerusi tertulis 'director' itu bertanya secara umum. Dia sibuk memainkan pembesar suara yang dipegang dari tadi.
"Diorang tiga pergi main game" dengan santainya Jun berkata.
"WHAT?!!! ORANG TENGAH PENAT NI DIORANG BOLEH PERGI MAIN TAK AJAK AKU?!! NO NO DADDY TAK HAPPY" dengan kuasa kudanya, Dk memecut mengalahkan Donkey walaupun tempat Vernon, Seungkwan dan Dini berada hanya berjarak beberapa langkah.
Masalah sekarang dia tu orang ke? -Svt
***************
Beribu kata kesyukuran dipanjatkan. Tepat jam 1 pagi, mereka semua termasuk Doogi Pd akhirnya pulang kerumah. Lelah lah satu kata yang boleh mengambarkan mereka semua pada masa ini. Ada yang sampai ketiduran didalam kereta.
"Guyss udah sampai nih.. Turun ya~ sambung aja tidurnya di kasur.. Da~" mungkin kerana terlalu mengantuk, sang manager juga menjadi kurang siuman sehingga berbicara dalam bahasa Indonesia. Ahli Seventeen yang masih sedar hanya memandang acuh tak acuh sahaja.
"Okey bangunkan diorang.. Hyung masuk dulu" memang satu keajaiban kerana Jeonghan yang masuk dalam senarai sleepy head masih terjaga di jam sebegini. Jeongha tersenyum lalu memapah Dino yang tertidur di dalamnya. Dia meninggalkan member lain begitu sahaja.
Tanpa bersusah payah, The8 dan Jun turun dari kereta dan memasuki rumah mereka. Mereka berjalan seiring dibawah sinaran bulan penuh yang indah dipandang.
Disisi lain, Woozi membaling guitar akustiknya ke tempat duduk belakang. Keempat namja yang ketiduran dibelakang terus sedar dari tidur. Woozi pula dengan santainya mengheret Hoshi memasuki rumah. Tidak ambil kisah pun jika hamster jadian itu kesakitan.
Yang dilemparkan guitar tadi iaitu, Mingyu, Wonwoo, Seungkwan dan Vernon perlahan-lahan mengumpulkan kesedaran. Mereka mendengus kasar kerana perlakuan tidak berhati perut Woozi. Tanpa berfikir panjang, mereka beransur-ansur keluar dari kereta.
Kerana goncangan akibat pergerakan 'lembut' mereka berempat, Dk sedikit terganggu. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan malahan ke belakang dan ke depan mencari member yang lain. Kerana suasan sudah sunyi, Dk cepat-cepat menarik Joshua disebelahnya untuk masuk ke rumah.
Dan tinggal lah S.coups yang masih tertidur di kerusi hadapan bersebelahan tempat duduk pemandu. Dibuai mimpi indah di bawah sinaran bulan bertemankan angin malam yang sejuk membeku.
No sound no horror no music just someone looking at you all the time.
******************
Well hello i'm sleepy but need to update :)
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]
HorrorA Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah koma atas sebab-sebab yang tidak dapat diberitahu secara detail. Selama beberapa minggu dunia muzik...