Take note: Imagine this story before clap era
***************
Wonwoo Point Of View <POV>
Malam di Changwon Gyeongsang-nam yang dingin dipenuhi gugusan salji yang turun sejak beberapa hari yang lalu. Saat aku bernafas, wap air yang kelihatan seperti asap terbentuk. Saat aku terdiam tidak bergerak, kedinginan kian terasa. Saat aku berjalan pastinya perlu berhati-hati.
Ketika aku memandang rembulan malam ciptaan Tuhan, hatiku mula terasa tenang. Langit yang terbentang luas di atasku dihiasi bintang-bintang dan semestinya sang bulan yang bercahaya menerangi kegelapan malam.
Setiap orang perlukan bantuan dan peneman. Malahan sang bulan yang terang pun memerlukan bantuan cahaya matahari apatah lagi aku? Seorang insan kerdil di dunia yang besar ini?
Aku memang ada bakat nak jadi ahli sasterawan sebenarnya HAHAHAHAHAHA :P
Tak adalah.. Aku tak ada niat atau cita-cita pun nak bergelut dalam dunia penulisan. Aku sekadar membaca hasil tangan berberapa penulis. Mahu merasai kehidupan yang berlainan lah katakan.
Aku sekarang tengah terduduk dihalaman belakang rumah aku yang menghadap ke sebuah kawasan lapang. Walaupun suhu salji dingin, aku tetap bertegas mahu duduk diatas tanah. Betul-betul ditengah halaman rumah.
Lampu kecil bernyala di pintu belakang. Ada sebuah bangku diletakkan disitu jikalau mahu bersenang-lenang dalam kesibukan dunia.
Aku keseorangan disini. Memandang kawasan lapang yang seratus peratus putih. Tiada sesiapa disisku. Mereka semua memberikan masa untuk aku bertenang dan berduka.
Walaupun aku tau, eomma tengah intai aku kat tingkat atas. Well anak jantan kesayangan lah katakan :P
Amacam? Pernah ke rasa kasih sayang macam ni?
Tak pernah? :(
PADAN MUKA HAHAHAHAHAHA
Masa kita susah barulah nak ingat tuhan. Baru lah nak menikmati keindahan alam. Baru lah perlukan seseorang.
Time kita senang ada ke kita buat macam tu? Main phone 24/7 ada lah kan.
Perkara biasa tapi sebenarnya sebuah fakta yang menyedihkan
Tau tak apa yang aku rasa sekarang ni? Tak tau? Mehh Mr.Wonwoo nak bagitau bukan mrs.gebus yer cewahh
Korang kenal aku sebagai seorang yang pendiam ataupun introvert . Sifat khas seorang introvert adalah mereka lebih selesa dalam suasana diam dari keramaian. Kecuali out-going introvert la
Tapi kami masih perlukan perhatian. Masih dan perlu! Kamu bukan suka berpisah macam apa yang aku hadapi ni. Ingat aku gembira ke boleh bersendirian?
A big NO!
Aku perlukan seseorang sekarang. Sangat perlukan. Berseorang bukanlah pilihan yang tepat. Apa yang dirasakan bila seorang diri?
Satu benda. Sunyi. Yes sunyi
Hidup terlalu pendek untuk hanya rasa benda ni weh! Ada banyak perasaan lagi kita boleh rasa. Jangan nak buang masa dengan benda ni.
Serious kan aku ㅋㅋㅋ well aku memang tak pandai nak buat lawak..
Maaflah yer :'(
"Malam bulan dipagar bintang~" tiba-tiba terkeluar lagu klasik Melayu hihihihi.. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Dan kenangan serta jasa :)
Nampaknya profesor Wonwoo mahu buat pepatah sendiri!! Sungguh mendalam maksud pepatahnya!! HOHOHO
Bukan nak sambuk hari natal okey~
Nak sambut pun dah tak ada makna..
"Ughhh" aku mengeluh kasar dan merebahkan diri kedalam timbunan salji. Hawa dinginnya merangsang reseptor yang mengesan rasa sejuk dalam kulitku.
Kalau hati si CEO sesejuk ini, mampu kah kehangatan 13 orang memanaskannya kembali?
Wahai CEO yang aku sayang tapi benci~ jangan lah kau bermain dengan api jikalau takut terbakar suatu hari nanti.
Api yang kecil mampu menghangatkan tapi api yang besar mampu membinasakan :)
Apalah yang diorang buat sekarang kan? Dah tidur ke belum? Masih bersedih ke tak? Dah makan tak malam ni? Rindu aku ke tak?
Masih hidup ke dah mati?
Group Line pun dah mula sunyi. Mungkin diorang tak mahu bertambah duka dengan hubungan jarak jauh. Ataupun semua orang dah mula menjauh?
Tak mungkin lah. Diorang tak akan buat macam tu.. Diorang kan family aku. Tak akan lah nak putuskan hubungan kitorang ni kan.
Kan?
Wonwoo!! Jangan fikir benda mengarut!!! Control your brain!! Dont let your brain control you!!
DIORANG TAK AKAN TINGGAL KAN AKU!!! ke?
NO!! NO!!!
Hati kau masih ada. Aku percaya hati ini akan tetap percaya! Semua orang ada hati!! Mereka pun sama!! Jadi pasti diorang akan pastikan kitorang tetap bersama!! Bersama dengan kasih sayang kami!!
Ke? Aku cakap benda betul kan? Bukan hanya kata-kata nak yakin kan diri sendiri kan? Diorang rak akan buat macam tu kan? Kan?
Kan?
Jangan buat aku hilang kepercayaan!! Jangan!!!
*********************
One member left
Mak aku ni kan.. Kejap suruh makan kejap suruh kurus! Kejap suruh rehat kejap suruh buat kerja!
Nampak tak kat situ?
Dunia ni kejap je
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]
HorrorA Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah koma atas sebab-sebab yang tidak dapat diberitahu secara detail. Selama beberapa minggu dunia muzik...