Page 17

513 72 50
                                    

Take note: Imagine this story before clap era

Change Mingyu's sister name from Kim Minkyung to Kim Minseo


****************

Selepas semalaman yang terasa begitu panjang dan menyedihkan, sinar kebahagiaan dalam diri bekas anggota Seventeen perlahan-lahan kembali. Pagi ini semuanya terasa begitu berbeza. Semuanya terasa begitu baru bagi mereka. Seolah-olah baru dilahirkan ke dunia penuh kekejaman ini semalam.

Pagi ini semuanya bangun dengan senyuman paksa dengan keikhlasan yang ingin dipupuk. Sebaik bangun mereka terdiam diatas katil yang terasa begitu asing kerana atmosfera yang cukup berbeza. Tidak mahu kesedihan menguasai diri, mereka segera meninggalkan katil dan bersiap-siap untuk mencipta rutin harian yang baru.      

Tiada lagi namanya 'berperang bangun tidur' dengan lagu yang memekakkan telinga. Tiada lagi sarapan buatan tangan dengan pelbagai eksperimen. Tiada lagi pergaduhan tidak bermoral disetiap waktu. Tiada. No more.

Keluhan berat sering kali keluar dari mulut mereka. Hari mereka terasa cukup kosong. Bukan. Jiwa mereka yang kosong. Segala kebahagiaan yang selama ini terisi sudah hilang bagai ditiup angin lalu.

Seungkwan hari ini sudah pagi-pagi bangun untuk bekeliling kampung. Pulau Jeju adalah nadi kehidupannya. Haruslah dia berjalan ke sekitar dahulu untuk sekurang-kurangnya untuk mencari dan merasai aura kehidupan.

"KWANNIE!!! AHHHH" Seungkwan yang sedang mencuri-curi pandang beberapa yeoja dari luar negara berpakaian bikini terkejut. Reflek dia berpaling ke sumber suara itu.

Dari kejauhan kelihatan beberapa orang yeoja menjerit-jerit namanya dengan banner tertulis 'Boo Seungkwan Be Mine!'. Mereka terlompat-lompat sambil menjerit tak tentu pasal.

Glup. Seungkwan menelan air liur nya kasar. Matanya berkelip-kelip tidak percaya dengan apa yang dilihat. Benarkah dirinya yang sudah dipecat masih mempunyai peminat?

"KWANNIE!! SARANGHAE!! MARRY ME!!" kumpulan tadi sudah berada dihadapan Seungkwan. Mereka sesekali mengambil gambar Seungkwan yang masih kebingungan dengan situasi sekarang.

"Ak-aku kan dah bukan idol"  Seungkwan menjawab sambil menunduk. Hatinya terasa terguris dengan perkataannya sendiri. Bibirnya digigit untuk menahan perasaan.

"Kitorang suka kwannie bukan sebab kwannie idol kan"

"NAE!! KWANNIE ADALAH JEJU PRINCE!! "

Balasan salah seorang yeoja didepan Seungkwan disahut yeoja yang lain. Mereka tersenyum manis sambil menaikkan banner 'Boo Seungkwan Be Mine' setinggi langit seolah mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mencintai Seungkwan setulus hati.

"Hiks...tak sangka hikss tak hiks TAK SANGKA AKU MASIH POPULOR HUWAAAAAA DIVA BOO MASIH BERBISA YEEHA!!!" Seungkwan yang kegirangan memeluk mereka semua. Kumpulan yeoja yang dipeluk itu kaku ditempat mereka dengan muka merona merah. Jantung mereka berdebar tak keruan. Rasanya jantung mereka akan melompat keluar jika situasi ini berterusan.

'Rasanya aku akan kahwin tak lama lagi'

'Jodoh aku dah sampai'

'Kenapa boo ni lembut sangat ><'

'Aku rasa di awanan. Baru keluar dari muntah pelangi'

'Cintaku untuk mu muahhh'

'Maiii goshhh bias cinta kan aku'

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now