Page 23

447 71 86
                                    

Take note: Imagine this story before clap era

*****************

"Josh hyung rumah sape kau rembat ni?  Besar beno" Mingyu bertanya sambil dirinya memandang ruang tamu yang bersaiz cukup besar itu. Rumah yang bagaikan istana itu mempunyai dua tingkat sahaja tetapi keluasannya sangat mustahil untuk dipanggil 'rumah'.

"Of course la rumah aku" dengan santainya Joshua menjawab. Dia menghempaskan diri keatas sofa yang disediakan di ruang tamu. Menyilang kedua belah tangannya keatas untuk dijadikan alas kepalanya.

"Biar betul kau ni josh" Jeonghan yang berpakain hoodie kelabu menatap Joshua dengan muka terkejut. Mana tak nya. Rakan yang dikenali dalam tempoh lama tiba-tiba mempunyai rumah yang sangat besar di bandar Seoul?

"Biasa Ah~ tengok kaki lah weh"

"Ermm ikan josh ada kaki ke?"

"HAHAHAHAHAHAHAHA"

Dino tersenyum-senyum. Dia berusaha tidak memandang Joshua yang pastinya sedang membuat muka ikannya. Tubuhnya bergetar kerana menahan tawa.

Atleast ada otak :) -Joshua

Ikan Josh Versus Dinosaur

Sementara Joshua menahan amarahnya, yang lain sudah terlebih dahulu berpusing-pusing sekeliling rumah. Melihat setiap satu bilik yang dipenuhi perabut mahal dan serba-serbi lengkap.

Bermula dari tingkat bawah dimana terletaknya dapur, ruang tamu, stor dan beberapa buah bilik. Kemudian mereka beralih pula ke tingkat atas. Bahagian atas rumah itu pastinya lengkap dengan bilik. Tapi yang membuatkan mereka gembira adalah ruangan serba putih dengan cermin besar. Pastilah practice room yang sudah lama tidak dijejaki.

"HUWAAA MY SECOND WIFE AKHIRNYA AKU JUMPA KAU BALIK" Hoshi menjerit histeria seraya dirinya berlari memeluk cermin yang berkilat itu. Dia terus melekat di situ seperti cicak man sementara air matanya turun dengan deras.

Yang lain? Buat-buat tak tau dan meneruskan touring.

Seterusnya ada ruangan sederhana besar. Rak-rak dipenuhi buku dan dicat dengan warna ungu lembut. Ruangan yang disertakan dengan pendingin hawa itu mempunyai jendela besar di tengah-tengah yang memaparkan kawasan halaman rumah.

Dan dipintu paling hujung. Ruangan yang diduduki makhluk hampir 24 jam. Bertungkus-lumus menyiapkan berpuluh buah lagu. Apa lagi kalau bukan studio?

Joshua memang sengaja menyusun atur ruangan tersebut seperti studio lama Woozi. Dicat dengan warna hitam putih. Sofa hitam sederhana besar diletakkan seperti di studio lama.

"Apa macam hyung? Terharu ke tak?" Seungkwan yang berada disisi Woozi menepuk bahu hyungnya pelan. Dia tersengih-sengih sambil mengenyit mata kepada woozi.

Woozi hanya menjeling dan memasuki studio barunya. Membelek-belek apa-apa yang patut dengan muka datar.

Tak guna!!  Jangan ignore BOO SEUNGKWAN!!!

Mujurlah mereka semua selamat 'menyeludup' keluar Jeonghan dan S.coups dari hospital sakit jiwa tanpa ada masalah. Jikalau tidak pastinya rancangan mereka untuk kembali teguh hancur begitu sahaja sebelum langkah pertama dimulai.

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now