Take note: Imagine this story before clap era
****************
Sang suria perlahan-lahan terbit seperti hari-hari biasa di negara Korea. Warga korea mula bersiap untuk ke tempat kerja semestinya untuk mencari rezeki demi mempertahankan hidup diri sendiri serta keluarga.
Selain bekerja ada juga yang mengambil kesempatan untuk beriadah terlebih dahulu mengingatkan cahaya matahari siang tidaklah begitu membaham. Kawasan taman berdekatan sudah dipenuhi beberapa warga tua dan muda walaupun masih belum sepenuhnya cerah.
Cahaya mentari sedikit-sebanyak mencuri-curi masuk ke dalam sebuah bilik di dalam salah sebuah bangunan yang berdiri gah di bandar Seoul. Bilik tanpa katil itu memang sudah sah bukan bilik tidur tapi dapat didengari sayu-sayu suara denguran halus dari dalam bilik tersebut.
Bilik yang jauh dari kata sempit itu masih gelap dengan hanya sedikit pencahayaan dari tingkap yang tertutup dengan langsir putih. Cahaya seperti bergelut sesama sendiri untuk memasuki bilik yang gelap itu.
Samar-samar kelihatan seorang lelaki tertidur nyenyak walaupun posisinya yang tidak begitu selesa. Kepalanya ditangkup dengan kedua tangan ke meja sementara dirinya terduduk diatas kerusi berwarna biru.
"Ughh" keluhan kasar kedengaran keluar dari mulutnya pelan. Mungkin akibat rasa lenguh di kawasan badannya terutama di leher. Dia mengerakkan kepalanya kekiri dan kekanan sebelum menyambung tidurnya yang sedikit terganggu akibat keadaannya sendiri.
Dirinya tidak terurus. Butang kemeja yang dipakai terbuka beberapa biji. Hujung kemeja yang sepatutnya dimasukka kedalam seluar sudah tidak kemas. Kedua lenggan bajunya pula dilipat hingga ke siku. Rambut hitam miliknya kusut masai.
Kepingan kaca pecah dengan kesan darah bertaburan dilantai. Tompokan darah yang sudah kering juga turut kelihatan jelas. Beberapa butir ubat juga bertaburan bersama kepingan kaca tersebut.
Aksara hangul pada papan nama kaca sudah tidak lengkap. Separuhya masih tercantum cantik manakala separuh lagi sudah berderai. Ternoda dengan warna darah di sana-sini.
‘한성수'
**********************
"Wehh josh bangun lah" nama yang dipanggil itu perlahan-lahan membuka kedua matanya. Dia berkelip beberapa kali sebelum matanya dapat menangkap visual namja didepannya.
"Jeonghan? Kau buat apa kat sini?" Joshua berkerut. Seingatnya baru semalam dia check in hotel selepas mereka bertiga belas berpisah. Jadi macam mana Jeonghan boleh berada didepannya sambil bercekak pinggang?
"Kau dah nak mati ke joshua oii? Aku bagi dengan kuali baru tau" Joshua hanya mampu tersenyum kekok sambil menatap pemergian Jeonghan. Keadaan hotelnya semalam sudah bertukar menjadi dorm asalnya. Lengkap dengan semua member yang sedang melakukan aktiviti pagi mereka.
Joshua menolak selimut yang menutupi badannya. Dia duduk bersila di atas katil empuknya. Memerhati keadaan bilik yang sudah cerah.
"Hyung? Coups hyung cakap dia nak ajak hyung tangkap biawak ._. Haohao tak tau lah kat mana" The8 tiba-tiba sahaja muncul dibalik pintu. Hanya kelihatan bahagian kepalanya dengan senyuman ikhlas diwaktu pagi.
"Ermm siapa nak makan biawak? ⊙︿⊙"
"HYUNG LAH HAHAHAHAHA"
"AHHHHHHH!!"
"HAHAHAHAHAHA"
Joshua segera bangkit dari katilnya untuk mengejar maknae line yang sudah berani melempar ular-ular mainan kepadanya. Dengan sepantas kilat dia memecut ke ruang tamu di mana maknae line tertawa riang. The8 pula hanya mampu memandang sambil membuat muka cute ⊙▽⊙
"INGAT LAWAK KE??!! AKU SELAM DALAM AIR BARU TAU!!" Joshua memekik kuat sehingga mukanya yang asli putih bertukar merah padam. Dia bercekak pinggang didepan Dk, Seungkwan, Mingyu dan Dino.
"Hikss huwaaaa ikan josh mengamuk!!! Hikss tolonglah kembalikan dia ke laut (ಥ_ಥ)" keempat mereka meluntut dengan tangan memohon ke udara. Masing-masing membuat muka sedih dengan bibir yang memuncung kehadapan.
"Siang je buat sushi HUHUHUHU" semuanya terdiam memerhati Jun yang tergelak seorang diri di sudut bilik. Dia tertawa terbahak-bahak sambil sesekali menjulingkan matanya sendiri.
Marilah kita ignore dia sama-sama
"Ermmm dia salah makan tu.. Bini dia buat cupcake hangit tadi huhu" Vernon yang dari tadi terduduk diatas sofa menonton siaran cartoon berkata. Matanya tidak lari dari memandang cerita 'Pingu' yang hanya tahu menyanyi lagu happy birthday dalam bahasa English.
Apa? Ingat aku yang macam Leonardo Dicaprio tak boleh tengok pingu ke? Pfttt -Vernon
"Wehhh tepi aku nak tengok Minion... Biawak tu nanti lah" S.coups mengambil tempat ditepi Vernon. Dia merampas remote TV yang berada ditangan Vernon dengan sekali gerak.
"Hyung aku nak tengok Pingu"
"No tak boleh aku nak tengok Minion!!!"
"Pingu!! "
"Minion!!! "
"MEHH BAGI AKU NAK TENGOK THE SHERRY SHOW!!!! " kedua namja tadi memandang Hoshi yang tersengih didepan skrin TV dengan remote ditangannya. Kelihatan dia tidak sedikit pun berpaling ataupun berasa takut dengan mata yang mengancam itu.
"Biasalah dia mana ada mata.. Tu tak takut" Woozi yang sedang menikmati sarapan iaitu cereal di kaunter dapur berkata. Dia hanya melihat dengan hujung matanya. Tidak mahu membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
"Cumi cumi cumi cumi cumi cumi cumi~ lek lah semua.. Meh kita berputus centa dulu" suara dalam Wonwoo yang juga berasal dari ruang dapur itu hanya bak angin lalu sahaja. Tiada siap yang mendengarkan suaranya.
Takpe reader dengar aku :P -Wonwoo
Splash!!
"WUHUUUU MAIN AIR JOM!!! " Jeonghan yang tadi menghilang tiba-tiba muncul dan menyimbah Joshua dan maknae line dengan air. Dia bersorak keriangan sambil melompat memeluk Joshua.
"Joshua ahh bogoshipeo"
"JEONGHAN!!!! " Joshua terbangun dari tidurnya. Seluruh badannya basah kuyup akibat berpeluh. Dia memandang kekiri dan kekanan. Memang sah tadi mimpi. Tapi kenapa rasanya seperti betul?
"Jeonghan? "
*****************
Dah nak mula sekolah.. Aku update malam ni for semua yang dah nak pergi sekolah (daftar) esok.. (Aku dah daftar ㅋㅋㅋ)
Aku takut tak sempat nak ucap benda kat korang yg duk hostel..
Happy new year guys.. Sorry kalau aku tersinggung perasaan korang dalam Ff aku.. Maaf aku tak dapat update hari-hari.. Aku sayang korang semua :(
Bye night.. Dah takde teman overnight 〒▽〒 Prk_HyoIn
GotNoFeel_
YOU ARE READING
[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]
HorrorA Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah koma atas sebab-sebab yang tidak dapat diberitahu secara detail. Selama beberapa minggu dunia muzik...