Part 3

703 26 0
                                    

"Aathif dah tidur ke?" soal Farah setelah melihat kelibat Aimi yang menuju ke arahnya sambil membawa dua mug yang berisi air milo. Satu diletakkan di hulurkan kepada Farah.

"Thanks", ucap Farah. Aimi mengambil tempat bersebelahan dengan Farah.

"Haah. Dah tidur dah." Balas Aimi pendek.

"Hermm..kesian Aathif. Tak pasal pasal kena marah dengan kau." Farah mula berbicara dengan serius. Aimi menoleh kea rah Farah. Mata Farah masih lagi melekat dekat skrin televisyen. Melihatkan reaksi Farah yang selamba, membuatkan Aimi mengeluh.

"Aku tak sengaja. Aku ter'emo' tadi." Balas Aimi perlahan.

"Aku tahu. Ni mesti sebab kau terbayang bekas laki kau bila tengok Aathif kan?" Aimi diam. Farah tahu tekaannya itu betul. Farah meletakkan mug yang dipegangnya di atas meja yang berdekatan dengannya. Perlahan lahan dia memusingkan badannya menghadap Aimi.

"Sampai bila kau nak simpan rahsia ni? Kau tak nak ke Aathif kenal siapa ayah kandung dia? Kau tak kesiankan Aathif ke?"

"Sampai bila bila aku akan simpan rahsia ni, Farah. Aathif tak perlu tahu siapa ayah kandung dia. Cukup lah aku seorang untuk dia."

"Tak boleh macam tu, Aimi. Bekas suami kau berhak untuk tahu yang dia ada anak lelaki."

"Tak, Farah. Aku yakin yang dia takkan mengaku yang Aathif tu anak dia. Aku pasti, Farah." Aimi mula sebak.

"Aimi...." Pujuk Farah.

"Kau tak tahu macam mana aku lalui sepanjang aku kahwin dengan dia. Ya, kami memang sayang antara satu sama lain. Aku ingatkan mama dia terima aku. Depan bekas suami aku, elok je dia layan aku. Tapi kau tahu apa yang mama dia buat bila bekas suami aku tak ada, dia layan aku macam aku ni tak ada perasaan. Dia paksa aku suruh pujuk bekas suami aku untuk kahwin dengan perempuan lain. Pedih hati aku, Farah. Dia serang emosi aku. Hampir tiap tiap hari dia kata aku ni mandul. Tak mampu untuk lahirkan zuriat padahal masa tu kami baru bernikah. Tak sampai lagi 3 bulan. Aku tak berani nak cerita semua yang dia buat dekat bekas suami aku. Aku takut nanti aku kena tuduh nak memburukkan mama dia." Cerita Aimi, teresak esak ni bahu Farah. Farah mula rasa bersalah bila membangkitkan hal itu.

"Maafkan aku, Aimi." Aimi kembali tenang. Perlahan lahan dia meleraikan pelukan Farah. Aimi menarik nafas panjang sebelum dia sambung bercerita.

"Kau tahu, satu hari tu, aku keluar untuk tenangkan perasaan then aku terjumpa Rayyan. Kami pergi makan. Bekas suami aku nampak. Dia tuduh aku curang. Dia kata patutlah aku beria ia suruh dia kahwin dengan perempuan lain rupanya aku ada lelaki lain. Kami bergaduh besar bila balik. Dan apa yang paling buat aku takkan lupa, dia pusing badan dia membelakangkan aku dan dia lafazkan talak satu. Dia keluar rumah tanpa mendengarkan penjelasan aku. Dan kau nak tahu apa mama dia buat, dia heret aku macam anjing kurap. Lempar semua pakaian aku kat luar. Dia buat aku ni macam tak ada maruah. Masa tu, hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku. Aku dah tak ada siapa siapa masa tu. Aku sebatang kara, Farah."

"Sabar, Aimi. Benda dah lepas. Sekarang ni, kau ada aku kan? Aku akan sentiasa ada bersama kau dan Aathif."

"Aku bersyukur ada sahabat macam kau. Kalau bukan kerana kau ajak aku stay dengan kau dekat Australia, aku pun tak tahu apa yang terjadi dekat aku sekarang ni."

"Nasib baik aku tak pernah tahu wajah bekas laki kau, kalau tak, masa aku balik Malaysia awal awal dulu, dah lama aku pergi ganyang dia dengan mama dia tu."

"Kau tahu tak, masa majlis kahwin aku dulu, aku sedih tahu. Sebab sahabat baik aku tak ada kat Malaysia. Tapi tak sangka selepas 6 bulan aku kahwin, aku dapat jumpa dengan kau balik."

"Dan siapa sangka, kau datang bukan seorang tapi berteman."

"Tu lah. Aku sendiri tak sangka yang sebenarnya perut aku berisi masa tu. Cepat masa berlalu. Aathif pun dah makin besar."

"Kau pun dah pandai berdikari. Dah boleh hidup kat Australia walaupun tanpa aku lepas aku habis belajar dulu."

"Lagipun Rayyan ada, tolong aku kat sana."

"Eh, sebut pasal Rayyan, dia apa khabar sekarang?"

"Aku sebenarnya tak telefon lagi dia sejak sampai Malaysia ni. Aku rasa dia sihat la kot."

"Eh, kau! Cinta buah hati tu. Takkan tak ambil tahu pasal dia kot."

"Banyak lah kau. Dia tu Cuma kawan baik aku je. Sama macam kau. Kawan baik aku juga."

"Eh, tak. Tak. Level aku tinggi sikit dariapada dia."

"Ale ale ale...yelah..kau la sahabat baik aku dunia akhirat. Yang paling aku sayang dalam dunia ni." Aimi memeluk Farah. Farah ketawa senang hati.

**********

'Yosh! Hari pertama kerja aku. Ganbatte nee! I can do it. Fight ohh!', bisik Aimi sambil menggenggam penumbuk tanda dia sudah bersedia untuk memulakan kerja di situ. Perlahan lahan Aimi menjejakkan kaki ke dalam bangunan tersebut dengan lafaz bismillah. Aimi menuju ke arah lif dan menekan punat untuk naik. Selang beberapa minit, pintu lif terbuka. Aimi bersama beberapa orang yang lain masuk ke dalam lif. Aimi menekan punat bernombor 4 untuk ke tingkat 4.

Kelihatan seorang perempuan berumur dalam 20an sedang mengemas di kaunter hadapan pintu masuk. Aimi mendekati kaunter tersebut dengan perlahan lahan.

"Assalamualaikum." Ucap Aimi, lembut

"Waalaikummusalam. Ya cik, ada apa apa yang boleh saya bantu?" soal gadis itu.

"Saya Aimi. Hari ni hari pertama saya mula kerja kat sini. Kat mana ya saya kena lapor diri?" Ketika itu seorang lelaki sedang lalu melepasi Aimi.

"Good morning, Balkish!" Sapa lelaki itu dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua.

"Tunggu Encik Faris!" Balkish menghentikan Faris. Faris menoleh kea rah Balkish.

"Yes?" Soal Faris.

"Encik Faris, ini Aimi. Katanya dia mula kerja hari ini." Encik Faris memusingkan kepalanya kea rah Aimi.

"Oh yes! You! Ok,come with me. Thanks, Balkish." Encik Faris tersenyum kea rah Balkish. Balkishtersenyum melihat Faris. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.Yelah, siapa je yang tidak terpesona dengan jejaki tampan seperti Faris. Hampirseluruh pekerja wanita di situ menaruh harapan dengan Faris.   

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang