"Aku sebenarnya dah bertunang." Farah menunjukkan cincin di jarinya."Eh? SERIUS?!" Aimi terjerit.
"Hermm!" Farah mengangguk lemah.
"Dengan siapa?" Soal Aimi.
"Entah la. Aku sebenarnya tak tahu dengan siapa. Mak aku yang paksa." Ujar Farah, sayu.
"Eh? Kau biar betul? Takkan kau langsung tak kenal? Macam mana mak kau boleh terima senang senang macam tu pulak?" Soal Aimi, bertalu talu.
"Mak aku la yang berkenan sangat dengan tunang aku tu. Dah kalau dia berkenan sangat, ambil la buat husband dia."
"Eh, kau! Ayah kau tu nak letak mana?" Aimi menggeleng kepalanya. Farah tersengih.
"Mak aku cakap tunang aku tu baik, sopan. Entah dia pujuk apa mak aku sampai mak aku boleh terima. Mak aku pun satu hal, bukan nak tanya aku dulu. Suka hati dia je terima. Yang nak kahwin, aku ni ha! Patutlah lepas aku outstation tu, bukan kemain dia suruh aku balik. Ada emergency katanya. Kau tahu, aku sampai je rumah, tengok siap pasang khemah depan rumah aku. Bila tanya, baru nak cakap yang esoknya tu aku akan ditunangkan." Farah mengeluh.
"Kau dah tengok muka tunang kau tak?" Soal Aimi.
"Masa tunang hari tu, dia tak datang pun. Mak aku ada bagi gambar. Tapi aku yang taknak tengok. Aku tak terasa nak tengok la muka dia tu. Tak hingin!" Farah menjuih bibirnya.
"Eh, kau! Mana boleh macam tu."
"Entah la Aimi. Aku sebenarnya..herm..aku ada suka kat someone ni.." Luah Farah.
"Eh? Biar betul kau? Siapa weih? Kau ni.. Sampai hati kan? Tak pernah nak share dengan aku." Aimi mula berpura pura sedih.
"Sorry la Aimi. Aku bukan tak nak share tapi aku malu. Sebab aku tahu, yang aku ni bertepuk sebelah tangan. Orang yang aku suka tu, tak nak pun kat aku." Farah menunduk kepalanya.
"Aku nak tahu siapa boleh?" Soal Aimi, teragak agak. Farah mengangguk kepalanya.
"Kau kenal orang tu.." Jawapan Farah menimbulkan kerutan di dahi Aimi.
"Rayyan.." Sambung Farah. Aimi melopong mendengar jawapan Farah.
"Ehhh?!" Aimi terjerit kecil.
"Dah. Tak payah nak tanya bila apa semua tu. Sebab aku pun tak tahu. Aku ingatkan aku suka dia sebagai kawan je. Yelah, dia kan selalu ada dengan kita. Tapi bila dia selalu gurau dengan kau, cakap dia sayang kau, aku jadi macam tak selesa. Cemburu mungkin. Bila aku balik Malaysia, aku tengok dia selalu update gambar dengan rakan sekerja dia yang rambut blonde tu, aku jadi tak keruan. Dari situ, aku tahu yang aku sukakan dia lebih dari seorang kawan. " Farah mengeluh.
" Rambut blonde? Maksud kau, Alice?", soal Aimi.
" Entah lah. Aku tak tahu nama dia. " Farah senyum kelat. Aimi memeluk lembut Farah.
" Aku harap kau kuat. Mungkin tunang kau ni jodoh yang terbaik untuk kau. Apa yang kita suka, tak semestinya yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. "Pujuk Aimi.
" Aku tahu. Entah la Aimi. Aku buntu sebenarnya. Aku pernah terfikir nak confess kat Rayyan. Tapi kau tengok la cara dia layan aku. Asyik cari pasal dengan aku je. Tak pernah pun dia layan aku macam mana dia layan kau. Aku bukan cemburu. Sumpah tak! Cuma kadang kadang aku terasa hati. Hati ni kadang kadang jahat. Aku tak boleh nak kawal perasaan aku." Farah mula teresak kecil.
" Farah, sabar. Soal hati dan perasaan ni complicated. Sangat complicated. Kau doa banyak banyak. Mintak petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Buat solat istikharah. Minta apa yang terbaik untuk kau."
"Aku tak suka berada dalam keadaan ni. Aku tersempit. Nak terus simpan perasaan untuk orang yang anggap aku sebagai kawan je atau move on dan terima orang yang aku tak kenal."
"InsyaAllah Farah. Kau masih ada masa lagi kan? Bila parents kau nak langsungkan majlis kau?" soal Aimi.
"Aku pun tak tahu. Aku memang betul betul tak ambil tahu pun pasal semua tu.."
"Takpe la Farah. Kau sabar je. Kau doa je banyak banyak. InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kau."
"Thanks Aimi." Farah mengesat air matanya. Pelukan mereka terlerai.
**********
"Ibu, cepat la ibu. Abi dah sampai ni..", jerit Aathif, tidak sabar. Dia melompat lompat di depan pintu pagar. Rafiqin ketawa kecil melihat gelagat comel Aathif."Iya. Ibu datang ni. Kejap ibu buka kunci pintu pagar ni." Aimi menyarung sandalnya. Lalu menuju ke arah pintu pagar. Kunci manga pintu pagar dibuka. Rafiqin terus mendapatkan Aathif.
"Anak abi ni tak sabar eh?" Rafiqin mendukung tubuh kecil Aathif.
"Haah! Tadi pun Aathif bangun awal. Ibu tak kejutkan Aathif pun. Aathif sendiri yang bangun. Aathif tak sabar nak pergi berkelah dengan Abi dan ibu. " Aathif bercerita dengan penuh semangat. Aimi terus masuk ke dalam rumah meninggalkan dua beranak itu di luar rumah.
Tidak lama kemudian, Aimi kembali keluar dengan mengangkat barang yang hendak dibawa berkelah. Melihat keadaan Aimi, Rafiqin meletakkan Aathif kembali ke bawah. Dan cuba untuk menolong Aimi.
"It's okay. Saya boleh angkat." Aimi menolak pertolongan Rafiqin.
"Aku boleh tolong angkat. Berat tu." Ujar Rafiqin.
"Saya boleh angkat la. Encik tolong buka bonet kereta encik je." Pinta Aimi. Degil! Gumam Rafiqin. Rafiqin menuju ke arah bonet keretanya. Aimi terus meletakkan barang tersebut ke dalam bonet.
Aimi kembali masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang yang lain. Rafiqin memimpin tangan Aathif dan mengekori Aimi.
Baru sahaja Aimi ingin mencapai bakul yang berisi makan di atas meja, Rafiqin menghalang perbuatan Aimi.
"It's okay. Biar aku yang angkat." Aimi menjuih bibirnya. Rafiqin mengangkat bakul tersebut.
"Nak angkat sangat kan, lepas ni tolong bawak tikar kat pintu masuk tu sekali. Saya tunggu kat dalam kereta dengan Aathif. Ni kunci pintu rumah, nanti encik tolong kunci pintu masuk ni." Aimi meletakkan kunci rumah tersebut atas meja. Lalu dia mengangkat Aathif keluar rumah dan menuju ke arah kereta.
Rafiqin mengangkat keningnya. Tergeleng kepalanya dengan gelagat Aimi. Moodnya sekarang dalam keadaan baik memandangkan dia akan meluangkan masa dengan keluarga kecilnya.
**********
P/s : Hi guys. Lamanya tak update part baru. Sis betul betul minta maaf. Sis sibuk dengan paper projek, viva, praktikal lagi, final exam lagi. Ni Alhamdulillah fasa kritikal sis dah hampir lepas. InsyaAllah ada masa terluang lagi, sis cuba untuk update lagi. Sorry sebab part ni tak banyak sangat. Bagi sis masa untuk cari idea untuk next part ya. Dan terima kasih sebab korang masih setia untuk follow novel ni. Serius, sis betul betul appreciate readers semua. Thank you ya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia milikku.
RomanceSetelah beberapa tahun Aimi dibuang, Aimi kembali dengan semangat dan dirinya yang baru. Namun Aimi kembali dengan rahsia. Rahsia yang Aimi berharap si dia tidak akan pernah tahu. Walaubagaimanapun, takdir mereka kuat. Akhirnya mereka dipertemukan k...