Part 11 (Edited)

623 25 2
                                    

"Aimi, tak pergi lunch ke?" Soal Fatin

"Tak kot. Kerja banyak nak kena settle ni." Balas Aimi.

"Nak tapau apa apa tak?"

"Eh, tak apa. Saya dah bawa bekal. Thanks." Aimi senyum.

"Okay. Saya pergi dulu." Aimi mengangguk tanda okay. Fatin melangkah keluar dari bilik Aimi. Aimi menyambung kerjanya yang terhenti sebentar tadi.

"Wah, sibuk nampak?" Aimi tersentak mendengar suara yang menegurnya. Suara yang paling dia tidak mahu dengari.

"Salah ke kalau saya sibuk?" Balas Aimi, sinis.

"Tak salah pun. Cuma kagum" Rafiqin juga membalas dengan sinis. Rafiqin mengambil tempat duduk di kerusi yang bertentangan dengan Aimi.

"So, ada apa apa yang saya boleh bantu Encik Rafiqin?"

"Nothing. Saja datang nak melawat kau."

'Kau'. Aimi memejam matanya seketika. Kalau dulu, hanya panggilan sayang yang meniti di bibir Rafiqin untuk dia. Tapi sekarang..

"Well, just so you know, I'm fine. Thank you for your concern, Mr Rafiqin".

"Tak sangka kan kita boleh berjumpa lagi."

"Takdir. Apa boleh buat."

"Ya. Takdir." Rafiqin senyum sinis.

"Look! Kalau encik taknak saya kerja sini. Saya dengan senang hati berhenti."

"Dont you dare!" Potong Rafiqin. "Aku tak benarkan kau berhenti. Kalau kau berhenti pun, aku akan make sure takkan ada yang terima kau kerja. Aku akan pastikan. Kau tahukan dengan duit dan connection aku, aku boleh buat semua tu." Rafiqin mengugut Aimi.

"Sekarang ni, apa masalah encik sebenarnya? Encik sendiri bencikan saya. So buat apa nak simpan saya kerja kat sini lagi?" Aimi mula berkeras. Dia mula rimas dengan Rafiqin.

"Sebab aku benci kau. Aku nak hidup kau merana di tangan aku." Rafiqin bangun dan melangkah keluar dari bilik Aimi. Aimi mengeluh.

'Aku nak kau merana macam mana merananya aku bila kau hancurkan hati aku.', desis Rafiqin.

**********

"Ini apa?! Ini Sampah! Kalau macam ni kau buat kerja, budak tadika boleh buat lagi baik la. Kau pandai buat kerja ke tak ni?!" Jerit Rafiqin. Dia membaling fail tersebut ke lantai. Aimi diam tak terkutik di situ.

"Eh, kalau kau nak diam kat situ, baik kau jadi patung. Buat kerja simple macam ni pun, tak boleh harap! Lembab!" Sambung Rafiqin lagi.

"Maaf Encik." Akhirnya Aimi membuka mulut.

"Maaf! Maaf! Kau ingat maaf kau boleh jual? Kau ingat dengan maaf, semuanya boleh jadi okay?!" Jerkah Rafiqin lagi.

Aimi mula sebal. 'Aku diam, kau marah. Aku buka mulut pun, kau marah. Gila ke apa?', gomel Aimi dalam hati.

"Aku tak kira. Aku nak kau buat balik. Dah berambus!" Aimi menunduk, mengutip fail dan kertas yang berteraburan di atas lantai.

Deringan nada calling handphone Aimi menyedarkan Aimi daripada lamunannya sebentar tadi. Dia mengeluh teringatkan kejadian semalam yang dia dimarahi dengan teruk oleh Rafiqin.

Aimi tahu Rafiqin sengaja mencari kesalahannya disebabkan kebencian Rafiqin pada dia meluap.  Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia berhenti kerja tapi ugutan Rafiqin sebentar tadi membantut niatnya. Macam mana apa yang diugut Rafiqin itu betul? Beranikah dia untuk mengambil risiko?

Aimi mengangkat panggilannya.

"Hello, Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam. Aimi, kau apa khabar?"

"Rayyan! Alhamdulillah. Sihat. Kau?" Suara Aimi berubah ceria mendengar suara sahabat karibnya.

"Aku pun Alhamdulillah. Sihat. Apa cerita kau? Lama tak call aku. Mentang mentang dah balik Malaysia. Tinggal aku sorang sorang kat sini." Rayyan gelak perlahan.

"Siapa suruh taknak ikut. Padan muka kau!"

"Kerja kat sini lagi best la."

"Yelah. Tapi best kat tempat orang, takkan mampu nak lawan tempat kita sendiri."

"Tu dia. Dah start ceramah free dah." Aimi tergelak dengan kata kata Rayyan.

"Anak sedara aku apa cerita? Boleh adapt tak kat sana?" Soal Rayyan.

"Alhamdulillah. Aathif okay. Tak meragam pun."

"Okay la tu. Oh ya, aku nak bagitahu nanti aku nak balik Malaysia kejap."

"Serious la weih?" Soal Aimi meminta kepastian.

"Serious la. Tapi tarikh aku tak confirm lagi. Papehal aku bagitahu balik la."

"Cun la. Aathif pun rindu kau sangat tu."

"Siapa je yang tak pernah rindukan aku. Semua orang rindukan aku k." Rayyan menyambunv gelaknya.

"Ehh, perasan gila kau."

"Okay la. Nanti aku call kau balik untuk confirm kan tarikh aku balik. Aku chow dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

**********

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk." Jerit Aimi dari tempat duduknya.

"Ganggu ke?" Soal Faris, melangkah masuk menuju ke arah Aimi. Dia melabuhkan punggungnya  diatas kerusi berhadapan Aimi.

'Pagi tadi si singa. Petang kawan si singa pula', bisik Aimi dalam hati.

"Tak pun. Kenapa, Encik Faris? Takkan nak datang melawat saya macam kawan encik Faris tengahari tadi?"

" Oh, Rafiqin ada datang office tadi?" Aimi mengangguk kepalanya.

"Dia rindu awak kot." Sambung Faris. Aimi mencebik. Faris tersenyum.

"Awak tak rindu dia ke?" Duga Faris.

"Encik, straight to the point please?" Pinta Aimi. Dia tidak selesa hal Rafiqin dan dia dibangkitkan.

"Hahaha! Sorry. Didn't mean to hurt you.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang