"Aimi, awak okay?" Soal Faris yang muncul secara tiba tiba. Aimi yang sedang meneliti dokumen di hadapan terperanjat.
"Allah!" Hampir tercampak pen yang dipegangnya.
"Hahaha! Sorry..." Faris meminta maaf.
"Encik, at least ketuk pintu dulu. Terperanjat saya.." Faris ketawa. Dia menutup kembali pintu dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Aimi.
"Awak okay, Aimi?" Soal Faris lagi.
"Eh? Saya okay je. Kenapa ni, Encik Faris?" Aimi hairan.
"Saya tahu apa yang berlaku semalam.."
"Oh.." Aimi mengangguk kepalanya.
"Maria yang bagitahu saya tadi. Luka awak macam mana? Okay ke?"
"Alhamdulillah. Okay.."
"Kalau awak nak mc, boleh je.."
"Eh, tak apa la encik. Saya okay je."
"Hermm..kalau macam tu, okay la. Cuma kalau boleh, lain kali awak jangan bertindak melulu. Nyawa ni kita ada satu je tau."
"Baik encik. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya." Aimi tersenyum.
"Orang lawa macam awak ni, semua orang ambil berat.."
"Amboii encik. Saya tak ada hadiah la nak bagi kat encik, sebab puji saya, tau."
" Betul la. Awak tak rasa awak ni cantik ke?" Faris mengangkat angkat keningnya. Aimi tergelak.
"Ada ada je encik ni kan.."
"Okay la. Saya minta diri dulu. Take care." Aimi senyum. Faris bangun dan melangkah keluar dari bilik Aimi.
**********
Aimi memandu keretanya untuk menghadiri jemputan dinner mama Rafiqin, Datin Ruzaifah. Pintu pagar besar yang tersergam indah terbuka. Aimi memarkirkan keretanya di dalam halaman rumah Datin Ruzaifah.Matanya melilau melihat keadaan rumah banglo itu. Tersimpan 1001 memori manis dan pahit di situ.
Di halaman itu, dia pernah bergurau senda dengan Rafiqin. Dan di situ juga pakaiannya pernah di campak ketika dihalau oleh bekas ibu mentuanya. Aimi memejam matanya. 'Ya Allah. Kuatkan semangat aku.', doa Aimi. Perlahan lahan dia menuju ke arah pintu. Loceng pintu di tekannya.Muncul Datin Rufaizah di muka pintu.
"Aimi!" Datin Rufaizah memeluk erat tubuh Aimi. Aimi membalas pelukannya.
"Datin.."
"Hish! Panggil mama.." pinta Datin Ruzaifah. Pelukan mereka terlerai.
"Jom masuk. Mama terharu kamu sudi datang. Terima kasih,Aimi.."
"Aimi yang patut ucap terima kasih sebab ajak Aimi datang sini.." Kebaikan Datin Rufaizah membuatkan Aimi serba salah untuk percaya kebaikannya bukanlah satu sandiwara.
"Aimi, jom duduk sini dulu. Raf ada kat atas. Nanti dia turun.."
"Ohhh.." Aimi mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu. Datin Ruzaifah pula duduk di sebelah Aimi.
" Aimi, mama nak minta maaf. Mama tahu mama jahat. Mama buat macam macam untuk sakitkan hati Aimi.."
"Mama. Dah la. Benda tu dah lepas kan. Tak payah la ungkit balik. Biarkan je ia berlalu.."
"Tapi Aimi, mama tetap rasa bersalah. Kalau bukan sebab mama, kamu dengan Rafiqin mesti bahagia sekarang. Entah entah mama pun dah ada cucu sekarang ni."
Perkataan cucu membuatkan tekak Aimi terasa pahit. Dia risau sekiranya Rafiqin dan keluarganya tahu akan kewujudan Aathif.
"Kamu okay, Aimi?" Soal Datin Ruzaifah apabila melihat Aimi mendiamkan diri.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia milikku.
RomansaSetelah beberapa tahun Aimi dibuang, Aimi kembali dengan semangat dan dirinya yang baru. Namun Aimi kembali dengan rahsia. Rahsia yang Aimi berharap si dia tidak akan pernah tahu. Walaubagaimanapun, takdir mereka kuat. Akhirnya mereka dipertemukan k...