Part 29

1K 46 9
                                    

Aimi melepak santai di hadapan televisyen bersama Aathif. Kedengaran tombol pintu dipulas. Terjengul Farah yang sedang membimbing bagasinya.

"Assalamualaikum.." Farah memberi salam.

"Waalaikumusalam, Farah." Jawab Aimi.

"Ahhh, penat gila!" Farah menghempas dirinya di atas sofa.

"So, macam mana kau punya outstation? Okay?" Soal Aimi. Aathif hanya memberi tumpuan pada tontonan televisyen. Memandangkan cerita yang ditayangkan itu cerita kegemarannya.

"Macam biasa la. Penat yang amat.." Farah mengeluh. Farah membuka tudung yang menutupi kepalanya.

"Eh, kau dah makan ke? Aku dah siap masak dah tadi. Ada atas meja tu.." ujar Aimi. Dia menunjuk ke arah meja makan.

"Belum lagi. Kau dah makan?"

"Belum lagi. Ni si Aathif tengah duk ralit tengok cerita ni sampai lupa nak makan ni. Jom la makan sekali.." ajak Aimi.

"Tapi aku nak mandi dulu."

"Okay. Kau pergi mandi dulu. Nanti kita makan sama sama.." Farah mengangguk. Dia bangun dan mengambil beg bagasinya. Farah membuka langkah dan mendaki tangga untuk ke biliknya.

*********
"Farah, aku minta maaf sangat sangat. Hari ni aku balik lambat sikit la. Boleh tak kalau kau tolong ambil Aathif petang ni?" Ujar Aimi. Kerjanya yang bertimbun harus diselesaikan hari ini juga. Macam dia tidak kenal dengan Rafiqin, kalau dokumen itu dia perlukan waktu itu, waktu itu juga dia mahu. Tidak ada alasan. Kalau tidak, bersedia la mendengar segala caci makinya. Dasar panas baran! Kutuk Aimi.

"Eh, takpe. Aku okay je. Nanti Aathif, aku ambik.." balas Farah.

"Aku minta maaf. Padahal kau baru je balik dari outstation semalam. Sorry beb." Aimi mengeluh.

"Tak ada hal la. Jangan lupa nanti belanja aku. Upah. Upah.." Kedengaran Farah ketawa kecil.

"Boleh je, beb. Aku pergi dulu. Assalamualaikum. Kalau ada apa-apa call aku.."

"Okay beb." Aimi mematikan panggilan itu.

**********
Aimi masih menyiapkan kerjanya. Jam menunjukkan jam 1 tengahari. Patut la perutnya sudah berbunyi. Aimi membuat keputusan untuk berhenti sebentar untuk makan tengahari. Aimi menuju ke arah meja Fatin yang sedang berkemas kertas kertas di atas mejanya.

"Fatin, jom lunch.." pelawa Aimi.

"Hihihihi..maaf Aimi. Tengahari ni saya lunch dengan tunang saya.." ujar Fatin, tersipu sipu.

"Alaaa..saya lunch sorang la ni?" Aimi pura pura kesedihan. Fatin tersengih.

"Maaf, Aimi. Tunang saya dah cop saya dulu."

Aimi tergelak.

"Hahahaha. Takpe. Enjoy your date, then.."

"Thank you.."

Aimi berjalan keluar. Makan sorang sorang la ni maknanya.

**********
Zafran tersenyum melihat kelibat Aimi yang sedang sibuk memilih lauk makanannya. Terasa hari itu hari bertuahnya kena dipertemukan gadis yang diminatnya. Kali pertama matanya memandang Aimi di malam dinner syarikat clientnya membuatkan hatinya tertarik. Apatah lagi selepas persembahan yang dilakukan oleh Aimi. Disebabkan itu la, dia berani untuk menghadiahkan bunga kepada Aimi.

Zafran menghampiri Aimi. Tanpa melengah, dia menegur Aimi.

"Aimi, hai!" Sapa Zafran.

"Eh, Zafran! Hai.." Aimi yang hendak menuju ke meja makan setelah memilih lauk tengaharinya terkejut.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang