Part 4

645 24 1
                                    

Faris mengambil tempat di kerusinya manakala Aimi di kerusi berhadapan Faris. Faris senyum memandang Aimi. 'Boleh tahan. Cantik, manis, sopan. Perempuan melayu terakhir', bisik Faris. Aimi tidak selesa dengan pandangan yang diberi Faris. 'Mamat ni miang ke apa pandang aku sampai tak berkelip mata. Jaga pandangan oii', kutuk Aimi.

"Oh lupa nak kenalkan diri. Saya Faris. Sepatutnya awak kena laporkan diri dengan bos tapi buat masa ni bos kena pergi HQ. Jadi sementara itu, saya jaga kat sini." Terang Faris, serba ringkas. Aimi menggangguk kepalanya.

"Nama saya Aimi Nadia Mohammad Amir. Boleh panggil saya Aimi." Aimi memperkenalkan dirinya.

"Setahu saya, awak pernah bekerja dekat Australia. Kenapa balik Malaysia? Why not terus menetap kat sana je?" Soal Faris.

"Herm. Sebab dah lama sangat saya kat sana, jadi saya kena la balik sini. Rindu dengan tempat kelahiran sendiri. Tempat orang dengan tempat sendiri, memang jauh berbeza. Macam mana best pun kat Negara orang, takkan dapat tandingi dengan Negara sendiri kan." Aimi tersenyum. Lagipun, sebolehnya dia mahu Aathif mengenali kehidupan masyarakat di sini.

"Betul juga tu. Oh ya, jom. Saya kenalkan awak dengan pejabat awak." Aimi mengangguk kepalanya tanda setuju. Mereka berdua melangkah keluar daripada bilik Faris.

Setelah sampai di ruang pintu yang tertera label 'pengurus projek', Faris melangkah masuk keruangan itu dan diikuti oleh Aimi.

"Ni ruang kerja awak. Sekejap ya. Saya panggilkan Fatin." Ujar Faris membuka langkah menuju kea rah meja yang berada di hadapan mereka. Faris menekan interkom dan mengarahkan Fatin supaya masuk ke situ. Tidak sampai beberapa minit, terjengul muka Fatin di pintu ruangan itu.

"Fatin, sila masuk." Arah Faris. Fatin mengambil tempat di hadapan Faris, bersebelahan dengan Aimi.

"Fatin, saya kenalkan ini Aimi. Pengurus projek baru kita. Aimi, ini Fatin, pembantu awak." Faris memperkenalkan mereka berdua.

"Hai, selamat berkenalan. Saya Aimi." Aimi tersenyum sambil menghulurkan tangannya.

"Selamat berkenalan. Saya Fatin", Fatin menyambut tangan Aimi.

"Aimi, kalau ada apa apa yang awak tak faham atau ada masalah apa-apa, awak boleh la tanya dekat Fatin atau terus datang jumpa saya." Ujar Faris.

"InsyaAllah, Encik Faris." Jawab Aimi, sopan.

"Fatin, awak tolong perkenalkanlah Aimi dekat semua. Saya ada hal kejap."

"Baiklah, Encik Faris." Faris terus keluar meninggalkan mereka berdua. Dia perlu menghadiri satu temujanji bersama Rafiqin berkenaan projek terbaru mereka.

"Cik Aimi, jom ikut saya. Saya nak perkenalkan pekerja pekerja di sini." Ujar Fatin.

"Panggil saya Aimi je, cukup. Lagipun kita ni kan satu team." Aimi tersenyum.

"Eh, tak boleh Cik Aimi. Cik Aimi ni kan bos saya. Jadi dah panggilan mesti kena formal."

"It's okay, Fatin. I don't mind. Lagipun saya lebih selesa macam tu."

"Oh. Ye ke? Baiklah macam tu."

"Kalau macam tu, jom kenalkan saya staff kat sini." Pinta Aimi. Fatin menggangguk kepalanya.

**********

Fatin menuju kearah pantri sambil membawa mug kosong yang telah dipakai. Sedang Fatin melalui meja Maria dan Diana, mereka berdua sempat saling menjeling antara satu sama lain. Menghantar isyarat melalui pandangan mata mungkin. Seakan akan dapat membaca pandangan masing masing, mereka berdua mengangguk kepala dan bangun meninggalkan meja kerja masing masing dan menuju ke arah pantri.

Fatin menuju ke sinki untuk membasuh mug yang dipakainya. Setelah selesai membasuh, Fatin meletakkan mug tersebut di atas rak dan mengambil mug yang lain. Fatin membuka penutup balang yang berisi pek minuman 3 in 1.

"Haii..buat air lagi? Banyak kau minum air?" Soal Maria sambil bersandar di kabinet bersebelahan Fatin. Diana pula mengekeh gelak. Fatin mencebik menandakan dia tidak senang dengan kehadiran mereka.

"Ada aku kata aku buat air untuk aku?", soal Fatin, sinis. 'Menyibuk betul la minah minah ni'.

"Oo..jadi ni untuk bos baru kau la ni?", soal Maria lagi.

"Eh, tepi la sikit." Fatin menolak bahu Maria. Menyebabkan Maria hampir terjatuh.

"Kau!!", Maria tidak puas hati dengan tindakan Fatin.

"Apa? Apa? Tak nampak aku nak isi air panas ni? Nak aku curah kat atas muka kau?" Fatin geram. Dia mengisi air panas dan kemudiannya dia menuang air mineral ke dalam mug.

"Hei! Aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau. Ni, aku nak tanya pasal bos baru kau tu." Diana mengangguk angguk kepalanya tanda setuju dengan kata Maria. Fatin menjeling sekilas kearah Diana. 'Persis burung belantuk. Terangguk angguk!', kutuk hati Fatin.

"Nak tanya apa?" Soal Fatin, malas.

"Tu, bos baru kau tu pandai ke buat kerja? Nampak macam tak berapa nak cemerkap je. Dah la tak berapa cantik." Diana mula membuka mulutnya.

"Kan! Entah apa apa. Kata dari oversea. Tapi tengok pakaian macam orang kampung je. Tak ada fashion sense langsung. Tak macam kita.", Maria menyokong kata kata Diana.

"Kan!" Diana mengipas tangan kanannya. Mereka gelak ketawa. Fatin menggeleng geleng kepalanya. 'Dah keluar dah pontinak siang hari', kutuk Fatin. Fatin meletakkan mug yang dipegangnya di atas cabinet.

"Hah! Sebut pasal tu kan, korang nak tahu tak?" Kata kata Fatin menarik perhatian mereka berdua.

"Apa? Apa?" Soal mereka berdua, tidak sabar.

"Meh dekat sikit. Nanti orang lain dengar pulak." Mereka berdua mendekati Fatin.

"Kalau korang nak tahu, Cik Aimi tu sejuta kali lebih cantik daripada korang tau. Aku yakin Encik Faris pun kagum dengan kerja dia. Dan mungkin Encik Faris pun ada hati kat Cik Aimi kot. Agak agak macam mana agaknya kalau Encik Rafiqin jumpa Cik Aimi kan?"

"You say what?!", Maria hampir menjerit. Diana pun seakan melopong mendengarkan kata kata Fatin. Fatin mengekeh dalam hati. 'Padan muka!'. Fatin mengambil mug yang diletakkan sebentar tadi.

"Dah tepi, aku nak lalu!" Fatin menolak bahu kedua-dua mereka.

"Eiiii!!!" Mereka berdua menjerit kegeraman sambil menghentak kaki. 

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang