Rafiqin berang dengan sikap Aimi yang selalu melawannya. Salahkah dia untuk mengambil tahu apa yang terjadi terhadapnya? Aimi miliknya dan dia berhak untuk tahu apa yang berlaku padanya.
Rasa amarah yang tidak dapat dikawalnya membuatkan Rafiqin menghentak penumpuknya di atas meja.
**********
"Balkish, kalau ada parcel sampai atas nama saya, awak bagitahu saya, ya.." pesan Aimi.
"Baik cik Aimi. Order online ehh?" Soal Balkish.
"Haah. Dah lama tak shopping Shoppe." Aimi tersenyum.
"Wow..Cik beli apa tu?"
"Baju anak je.."
"Baju anak?" Soal Balkish, hairan. Setahunya Aimi masih single. 'Aimi ada anak?', terdetik di hati Balkish. Aimi yang tersedar akan keterlanjuran katanya seperti mahu menampar mulutnya itu.
"Haah. Anak buah saya.." cepat cepat Aimi memperbetulkan kata-katanya.
"Oooo.."Balkish mengangguk kepalanya. Aimi lega melihatkan Balkish percaya dengan ayat coverlinenya itu.
Sedang mereka rancak berbual, datang seorang lelaki di situ membuatkan Aimi dan Balkish menghentikan perbualannya.
"Selamat datang, boleh saya bantu encik?" Soal Balkish, tersenyum manis. Bekerja sebagai penyambut tetamu menjadikan senyuman adalah satu kemestian bagi Balkish.
"Encik Rafiqin ada?"
"Maaf Encik. Encik Rafiqin baru je keluar tadi.."jawab Balkish.
"Encik Rafiqin ada meeting dekat HQ."sampuk Aimi. Aimi dan lelaki tersebut bertentangan mata.
"Eh, cik Aimi! Tak sangka kita jumpa kat sini.." Aimi mengerutkan dahinya. Terasa seperti dia pernah melihat lelaki di hadapannya, namun dia lupa di mana.
Reaksi muka Aimi yang berkerut menyebabkan terletus ketawa kecil dari mulut lelaki itu.
"Lupa la tu. Bunga ros. Lupa?" Lelaki itu memberi hint.
"Zafran?" Terukit senyuman di bibir lelaki tersebut apabila Aimi menyebut nama itu.
"Thank god! You still remember me.." Aimi tersipu di situ.
"So, what made you here?" Soal Aimi. Balkish hanya memerhati mereka berdua tanpa menyampuk.
"I need to meet with Rafiqin about our collaboration project. But since he is not here..well, nevermind. Since i can meet you again.."Zafran mengenyit mata kanannya. Aimi ketawa kecil untuk menutup rasa janggalnya. Balkish hanya tersenyum mendengar kata kata Zafran.
"Encik Zafran takde buat appointment dulu ke dengan Encik Rafiqin?" Soal Aimi, dia cuba untuk mengubah topik.
"Tak ada pulak. Silap I la kot tak buat appointment dulu. Btw, Encik Faris ada?"
"Kalau Encik Faris, ada la kat bilik dia." Jawab Balkish. Zafran mengangguk kepalanya.
"Kalau macam tu, I nak jumpa dia la."
"Boleh Encik. Encik.."
"Tak apa. I already know where his officeroom is.." Belum sempat Balkish menghabiskan ayatnya, Zafran menyampuk.
"I pergi dulu. Nice to meet you again. Hope we will have a chance to go out someday." Zafran mengenyit mata kanannya lagi dan dia melangkah pergi meninggalkan Aimi dan Balkish.
"Wow! Untung la ada peminat baru.." usik Balkish.
"Ada peminat baru? Siapa?"
"Buat buat tanya kita pulak. Cik Aimi la. Tu peminat baru Cik Aimi tu.." Balkish menjuih bibirnya ke arah Zafran yang makin menjauh dari mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia milikku.
RomanceSetelah beberapa tahun Aimi dibuang, Aimi kembali dengan semangat dan dirinya yang baru. Namun Aimi kembali dengan rahsia. Rahsia yang Aimi berharap si dia tidak akan pernah tahu. Walaubagaimanapun, takdir mereka kuat. Akhirnya mereka dipertemukan k...