Part 32

744 48 6
                                    

Kereta yang di pandu Rafiqin mula memasuki ruangan parkir bangunan apartment. Melihatkan keretanya dimatikan, Aimi cepat cepat membuka pintu kereta kerana mahu melarikan dirinya. Namun cubaannya gagal. Pintu kereta tidak dapat dibuka.

"Well, child lock is really useful, isn't?" Soal Rafiqin, sinis.

"Buka la pintu ni!" Desak Aimi.

**********
Rafiqin menarik lengan Aimi supaya Aimi mengikuti jejaknya. Aimi ditolak masuk ke dalam apartment setelah pintu apartment itu dibuka. Pintu itu dikunci kembali. Melihatkan langkah Rafiqin mula mendekatinya, Aimi menapak ke belakang.

"Stop! Jangan dekat dengan saya.." pinta Aimi. Badannya menggigil ketakutan. Terbayang di matanya kejadian semalam. Aimi memeluk tubuhnya.

"Aimi..Aimi..Aimi.."Rafiqin berjalan mengelilingi Aimi.

"Look at me.." Rafiqin berhenti dan memaut bahu Aimi supaya Aimi menghadapnya. Tangan kanannya mengangkat dagu Aimi. Aimi masih menundukkan pandangannya.

"Look at me!" Jerkah Rafiqin. Bahu Aimi melompat kerana terkejut dengan jerkahan Rafiqin. Perlahan lahan pandangan Aimi beralih ke muka Rafiqin.

"What have you done? I told you already, right? Jangan lari daripada aku. Kenapa kau perlu berdegil macam ni?" Soal Rafiqin lembut. Tangan kanannya mengusap lembut pipi Aimi.

"Ma...maafkan..sa..ya, en..cik" balas Aimi, terketar ketar.

"Dah banyak kali kau lawan cakap aku. Do you deserve my apology? Hermmm?" Tangan kanan yang tadi mengusap pipi Aimi mula mencengkam kemas lengan kiri Aimi. Aimi meronta ronta minta dilepaskan. Tangan kiri Rafiqin memaut pinggang Aimi membuatkan Aimi makin susah melepaskan diri daripada Rafiqin.

"Please..stop harassing me, encik. Sa..ya..min..ta maaf, encik.." Aimi masih tidak putus asa bergelut untuk melepaskan dirinya. Ketakutannya makin bertambah. Nafasnya makin tersekat. Rafiqin masih tidak sedar keadaan Aimi yang kesesakan untuk bernafas.

"St..oo..op.." suara Aimi makin perlahan. Rontaannya makin lemah. Rafiqin terkejut apabila merasakan rontaan Aimi menghilang.

"Aimi? Aimi..." Rafiqin lihat Aimi sudah tidak sedarkan diri dalam rangkulannya.

"Allahh..apa yang aku dah buat ni? Aimi..bangun, sayang. Aimi, please wake up sayang.." Rafiqin menampar lembut pipi Aimi untuk membangunkan Aimi namun tiada respond. Tanpa membuang masa, Rafiqin mengangkat Aimi ke bilik tidur. Lalu diletakkan Aimi di atas katil. Tudung yang dipakai Aimi dibukanya.

"Sayang, bangun sayang. Please, sayang. Jangan tinggalkan abang.."Rayu Rafiqin. Timbul rasa menyesal di hatinya. Rafiqin meraup wajahnya beberapa kali.

**********
Kepalanya terasa berat namun digagahkan juga untuk membuka matanya. Matanya memandang ke arah sekeliling. Keningnya berkerut. 'Di mana aku?' Soal hati Aimi. Aimi menukarkan posisi baringnya kepada duduk.

Tiba tiba tombol pintu bilik dipulas. Kelihatan kelibat Rafiqin yang membawa dulang makanan melangkah masuk.

"Dah sedar? Kau okay?" Soal Rafiqin, mendekati Aimi yang sedang duduk di atas katil. Terus terbayang kejadian yang berlaku semalam di mata Aimi.

"Ja..jangan dekat!" Arah Aimi. Rafiqin mengeluh.

"Its okay. I didn't do anything to you. No worries.." pujuk Rafiqin. Dulang yang dibawanya diletakkan diatas meja kecil bersebelahan katil.

"Liar! I dont trust you!" Jerit Aimi.

"Please Aimi. Calm down.." pujuk Rafiqin. Rafiqin melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya merangkul tangan Aimi.

"Calm down my ass!" Aimi merentap tangannya. Rangkulan Rafiqin terlepas.

"Encik hina maruah saya, encik..encik cabul maruah saya, sekarang ni encik suruh saya bertenang?!" Jerit Aimi. Tangisannya mula jatuh berjurai.

"Aimi..."

"Dah la encik. Saya tahu encik berdendam dengan saya. Encik bencikan saya. Please encik, biarkan saya dan Aathif pergi. Saya janji saya tidak akan muncul lagi depan encik.." Aimi memotong percakapan Rafiqin. Rafiqin tersentak dengan kata kata Aimi.

"No! I wont allow that! You can never leave me!" Rafiqin bangun. Rafiqin menggeleng kepalanya.

"Kau jangan sesekali lari dari aku. Aku tak benarkan. You only belong to me! Only me!" Tegas Rafiqin.

"Please encik. Cukup la encik seksa saya. Kita mulakan hidup baru.." pujuk Aimi.

"Yes. Kita mulakan hidup baru. Kau akan kahwin dengan aku.."

"What? No!"

"Atau kau nak hilang hak penjagaan Aathif?" Ugut Rafiqin. Mata Aimi membulat.

"No!"

"Then good. Minggu depan kita nikah."

"Tak! Saya takkan berkahwin dengan encik!" Tegas Aimi.

"Well, up to you. Kita nikah, you can have Aathif. If not, you lose Aathif. You choose.." Aimi hilang kata kata.

"Aku keluar dulu. Kau pergi la mandi dulu. Aku dah bawakan luggage kau tu.." Rafiqin menunjuk ke arah luggage Aimi di hadapan almari baju.

"Jangan lupa makan breakfast kau. Lepas tu kita balik rumah mama ambil Aathif. Baru aku hantar kau ke rumah kau." Sambung Rafiqin lagi sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Air mata Aimi tidak berhenti mengalir. Dia sudah tidak dapat menanggung perasaannya. Aimi menjerit sekuat hati. Rafiqin di luar pintu memejam mata.

"Maafkan abang. I dont want to lose you anymore.."

**********

P/s : oh my god! Rafiqin started to change? Hohoho! Dah nak habis ke ek series ni agak agaknya ? Sis pun tak sangka dah sampai part 32. Mulanya nak pendekkan je dalam 20 part je tapi tak sangka panjang gak. Btw, do enjoy this part. Feel free to drop any comment and dont forget to vote. Terima kasih sebab setia follow cerita ni. Love you guys.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang