Aimi terkaku di situ apabila dia memandang susuk tubuh di hadapannya. 'Tak mungkin!', jerit hatinya.
"Aimi, saya kenalkan boss kita. Encik Rafiqin." Suara Faris memecahkan lamunan Aimi.
"Rafiqin, ni Aimi. Yang kau nak jumpa sangat tu", sambung Faris lagi.
"Hidup lagi kau kan." Gumam Rafiqin. Walaupun perlahan tapi masih didengari oleh Aimi. Aimi membatu.
"Eh, kau cakap apa? Aku tak dengar", ujar Faris. Rasanya Rafiqin ada cakap sesuatu tapi tidak jelas di pendengarannya.
"Selamat datang" Rafiqin tersenyum sinis ke arah Aimi. Aimi tahu maksud senyuman itu. Kebencian di dalam mata Rafiqin jelas terpancar. Rafiqin menghulur tangan untuk berjabat tangan.
"Terima kasih Encik Rafiqin. Dan maaf, kita bukan mahram", ujar Aimi lalu menunduk sedikit tanda hormat.
" Oh, lupa. Dah haram kan". Sinis Rafiqin membalas. Faris tahu ada sesuatu yang tidak kena di antara mereka berdua.
"Heii! What is wrong with you both? Asal tegang semacam ni?" Faris menyampuk. Dia memandang Rafiqin dan Aimi bergilir gilir.
"Encik Faris, saya keluar dulu. Ada hal yang saya belum settle lagi." Tanpa menunggu jawapan, Aimi terus melangkah keluar daripada pejabat Faris.
Rafiqin tidak lepas daripada memandang Aimi sehinggalah tubuh itu hilang daripada pandangannya.
"Kau pun, agak agak la. Jaga sikit pandangan tu. Macam nak terkam orang je", usik Faris. Rafiqin mengeluh. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Faris.
"Kau memang saja nak kenakan aku ke?" Soal Rafiqin, serius. Faris tahu ini bukan masa untuk bergurau. Raut wajah Rafiqin benar benar tegang ketika ini
"Maksud kau?"
"Kau memang tak kenal ke dia tu?"
"Boleh tak kau terus terang je? Aku tak faham maksud kau". Kesabaran Faris menipis apabila Rafiqin masih bermain teka teki dengannya. Rafiqin mengeluh kasar.
"Aimi tu...bekas isteri aku.." Perlahan Rafiqin membalas. Terlopong Faris seketika.
"Wait! Tu..tu bekas isteri kau?! Serious la weh?" Faris meminta kepastian. Rafiqin mengangguk lemah.
"Weh, lainnya dia sekarang. Makin lawa. Aku tak perasan pun. Serius lain dia sekarang". Faris masih tidak percaya.
"Dah 4 tahun..." Gumam Rafiqin perlahan.
**********
Aimi duduk di kerusinya. Satu badannya menggigil. Dia memejam matanya. Sungguh dia tidak menyangka yang dia bekerja di bawah satu bumbung dengan Rafiqin. Bagaimana dia mahu menghadap hari hari seterusnya. Perasaan dia tika ini bercampur baur.'Tak! Aku kena pergi'! Tegas hatinya. Aimi mengambil tas tangannya lalu keluar dari biliknya.
"Aimi, nak ke mana?" Soal Fatin apabila kelibat Aimi melintas di hadapan mejanya. Aimi berhenti melangkah.
"Saya nak ke klinik. Rasa macam tak sihat. Kalau sesiapa cari, cakap saya EL", jawab Aimi, lemah.
"Baik lah. Get well soon." Aimi berlalu pergi dengan seribu perasaan di hatinya. Air matanya hampir tumpah namun di tahannya.
'Kenapa aku harus berjumpa dia semula?!'. Timbul rasa menyesal dengan keputusannya pulang kembali ke Malaysia.
**********
Usai mereka keluar makan tengahari, Rafiqin membuat keputusan untuk tidak kembali ke HQ. Rafiqin kembali ke pejabatnya."Aimi...tak sangka kita berjumpa kembali" ujarnya perlahan.
Sungguh satu kebetulan untuk mereka berjumpa kembali setelah 4 tahun. Jauh perubahan pada Aimi. Makin cantik daripada dulu. Raut wajahnya yang lembut, ayu dan sopan. Wajah yang pernah membuat dia tergila bayang suatu tika dahulu.
Dia tersenyum tapi senyumannya hilang apabila dia teringat pengkhianatan yang dilakukan oleh Aimi dahulu. Hatinya penuh dengan kemarahan dan dendam.
Rafiqin tersenyum sinis. Dia mencapai telefon pejabat di atas mejanya lalu menekan interkom.
"Siti, panggil Aimi jumpa saya." Perintah Rafiqin.
"Baik encik."
Tidak sampai 5 minit, Siti muncul di muka pintu bilik Rafiqin.
"Maaf encik. Tadi pembantu Cik Aimi bagitahu Cik Aimi El hari ni." Rafiqin mengerut dahinya.
"Okay. Awak boleh keluar!" Siti menutup pintu lalu berlalu pergi.
Rafiqin bengang. 'Jadi kau nak lari daripada aku?! Kita tengok sejauh mana kau mampu lari, Aimi'. Sekali lagi Rafiqin tersenyum sinis. Dalam kepalanya seperti merancang sesuatu.
*Tak tahu la ada orang tunggu cerita ni update ke tak tapi papehal sis nak mintak maaf. Since sekarang ni kelas pun dah bermula. So agak busy. Nak handle appointment patient lagi, kerja kerja kat dalam bilik rawatan lagi. Hahaha! Sis redha. Nak update cerita pun macam lambat sikit. Maaf ye korang. Kalau rasa macam ada yang tak kena dengan cerita ni, komen je bagitau. Dan kalau rasa nak promote cerita ni atau nak vote, dengan besar hati, dipersilakan. Cuma jangan curi hasil kerja sis dah la ye. Thanks sebab sudi baca cerita sis.*
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia milikku.
RomanceSetelah beberapa tahun Aimi dibuang, Aimi kembali dengan semangat dan dirinya yang baru. Namun Aimi kembali dengan rahsia. Rahsia yang Aimi berharap si dia tidak akan pernah tahu. Walaubagaimanapun, takdir mereka kuat. Akhirnya mereka dipertemukan k...