Part 22

664 34 2
                                    

Ketiadaan Rafiqin seminggu membuatkan hidup Aimi tenang. Tenang menjalankan tugasnya di pejabat tanpa gangguan daripada lelaki itu.

Deringan handphonenya menghentikan kerjanya. Lantas Aimi menyambut panggilan itu.

"Assalamualaikum." Ucap Aimi.

"Waalaikumusalam. Aimi! Kau apa khabar?"

"Rayyan! Aku sihat. Alhamdulillah. Kau?" Soal Aimi teruja dengan panggilan daripada sahabat baiknya itu.

"Aku pun sihat Alhamdulillah. Weih, hari tu aku ada cakap nak balik Malaysia kan?"

"Haah. Jadi tak kau balik sini?"

"InsyaAllah esok aku sampai. Nanti ambik aku kat airport, tau."

"Weihhh!!" Jerit Aimi. "Asal kau tak bagitahu awal awal yang kau sampai esok?!"

"Sorry beb. Ni pun last minit punya plan. Sebab aku ada hal. Tu yang terpaksa mempercepatkan tarikh aku balik.."

"Ooo. Okay okay. Esok aku datang ambik kau. Confirm Aathif tak sabar nak jumpa kau ni.."

"Tu la. Aku pun rindu dengan Aathif ni. Dah lama tak tengok celoteh dia depan depan. Asyik dalam video call je.."

"Hahahaha..tu la kau. Lain kali rajin rajin kan balik Malaysia ni. Jangan nak jadi lupa daratan sangat.."

"Amboii. Mengata orang. Mentang mentang dia dah menetap Malaysia terus.." Aimi gelak mendengar sindiran Rayyan.

"Kau balik sini, lama mana?"

"InsyaAllah dalam dua tiga hari je.."

"Kejapnya?"

"Jadual kerja aku pack lately. Aku balik sini pun atas urusan kerja jugak ni.."

"Ooo..takpe takpe. Aku faham.."

"Okay la. Aku blah dulu. Nak settle apa apa yang patut dulu sebelum naik flight nanti.."

"Okay. Be safe. Aku doakan perjalanan kau selamat tiba.."

"Thanks Aimi. Kirim salam Assalamualaikum kat Aathif dengan Farah.."

"No hal bro. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." ucap Rayyan sebelum panggilan mereka dimatikan. Aimi dapat membayangkan kegembiraan Aathif dan Farah bila mengetahui Rayyan akan sampai ke Malaysia esok.

**********
"Abang, saya kalau boleh nak sangat tengok Rafiqin dengan Aimi berbaik semula. Kan bagus kalau jodoh dorang ada lagi.." ujar Datin Ruzaifah. Datin Ruzaifah dan suaminya, Datuk Marzuki bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Sengaja Datuk Marzuki tidak masuk ke pejabat kerana dia mahu melatih Rafiqin untuk menguruskan HQ. Baginya sudah sampai masanya untuk dia menyerahkan segala kerjanya kepada anak terunanya itu. Tambahan pula kesihatan dia sekarang yang agak tidak menentu.

"Abang pun harap macam tu. Kita doakan la yang terbaik untuk dorang.." Balas Datuk Marzuki.

"Ifah rasa berdosa sangat, bang. Kalau la bukan sebab Ifah, mesti sekarang ni anak kita bahagia kan. Entah entah kita pun dah ada cucu sekarang ni. Rafiqin pun dah banyak berubah selepas dorang cerai. Ifah perasan baran Rafiqin makin menjadi jadi. Pantang ada salah sikit, mula nak marah marah. Semuanya salah Ifah. Ifah yang buat anak kita menderita.." Datin Ruzaifah tidak dapat menahan air matanya. Dia rasa berdosa dengan perbuatan dia yang lalu.

"Ifah, Ifah mengucap, sayang. Kita ni manusia yang tak lari daripada buat kesilapan. Ifah sendiri yang cakapkan Aimi dah maafkan Ifah. So kita mulakan hidup baru. Lupakan yang lama. Jadikan yang lama tu pengajaran, ya sayang.." Datuk Marzuki mengusap usap bahu isteri kesayangannya itu. Datin Ruzaifah melentokkan kepalanya di bahu suaminya.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang