Part 26

794 43 17
                                    

"Bye Aathif. Kita jumpa lagi esok." Ujar Rafiqin.

"Bye, uncle. Jumpa lagi.." Aathif melambai tangannya. Aimi dan Aathif melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aimi..." panggil Rafiqin. Aimi menghentikan langkahnya. Aimi memusing badannya menghadap Rafiqin.

"Aathif, Aathif masuk ke dalam dulu. Nanti ibu masuk." Aathif mengangguk kepalanya. Aathif mula masuk ke dalam rumah.

"Esok pagi aku datang ambik kau.."

"Tak apa la Encik. Saya boleh naik grab atau uber je esok" tolak Aimi. Keretanya ditinggalkan di parking pejabat memandangkan Rafiqin memaksa Aimi menaiki kereta bersamanya untuk menjemput Aathif daripada taska petang itu.

"Jangan degil, boleh tak? Makin degil kau sekarang ni. Kuat membantah.."

"Yang encik suka memaksa saya tu, tak apa pulak?" Lawan Aimi.

"Hah menjawab!" Aimi membuat muka menyampah. 

" Aku harap kau tak lupa dengan pilihan yang aku bagi tadi. Kau jangan risau. Aku takkan paksa kau untuk buat pilihan tu sekarang. Take your time, sweetie. Cuma aku nak kau berterus terang kat Aathif siapa aku sebenarnya as soon as possible." 

"Tapi encik..."

"You do it or I'm the one who tell him the truth now?" Ugut Rafiqin.

"Okay Fine!" Aimi mengaku kalah.

"And tomorrow's night, aku nak kenalkan Aathif pada mama dan papa."

"Sekejap! Yang encik terburu buru sangat ni kenapa? Saya takkan lari la kalau itu yang encik takutkan sangat..." Aimi bengang dengan sikap Rafiqin. 

"Aku tak takut pun kalau kau lari sebab aku tahu kau takkan mampu untuk lari daripada aku. Aku cuma taknak lagi buang masa. Masa aku dengan Aathif dah banyak hilang gara gara sikap selfish kau tu.."

"Oh yeaahh..saya lupa. Everything is my fault, isn't?"

"Of course! Kalau kau tak curang dulu, kita takkan berpisah.."

"Whatever, Encik Rafiqin. Walau berjuta kali saya bagi penjelasan pun, hati encik tetap keras, ego untuk terima penjelasan tu, kan. Dah la encik, saya masuk dulu. Kalau bergaduh dengan encik, sampai bila bila pun takkan habis." Aimi berlalu meninggalkan Rafiqin di luar. Dia sudah malas mahu bertengkar dengan Rafiqin. Dia penat. Penat untuk melayan kerenah Rafiqin.

**********
"Ibu, Uncle Rafiqin baik la. Aathif suka dengan Uncle Rafiqin.." ujar Aathif. Aimi mengusap perlahan rambut Aathif yang sedang berbaring di atas katil. Aimi mengambil tempat di tepi katil.

"Iya? Aathif nak jumpa Uncle Rafiqin lagi?" Soal Aimi.

"Nakk!" Jawab Aathif, teruja.

"Esok pagi Uncle Rafiqin hantar Aathif pergi sekolah.."

"Betul ke ibu?"

"Iya, sayang.."

"Yeayyy!!" Aathif menjawab dengan rasa gembira.

"Aathif tidur dulu. Esok nak bangun pergi sekolah kan?"

"Okay ibu."

"Jom, kita baca doa tidur" Aimi dan Aathif menadah kedua belah tangan. Mereka mula membaca doa tidur bersama sama. Selesai membaca doa tidur, Aimi mengucup dahi Aathif.

"Mimpi indah, sayang.." Bisik Aimi. Aimi bangun dan membuka langkah untuk keluar daripada bilik Aathif. Aathif memejamkan matanya. Aimi menutup lampu sebelum menutup pintu bilik Aathif.

**********
Selesai solat Isya', Aimi membaringkan dirinya di atas katil. Fikirannya melayang mengingatkan kejadian di dalam pejabat Rafiqin petang tadi.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang