Part 18

655 32 6
                                    

Walaupun kesakitan akibat tikaman semalam masih belum hilang sepenuhnya, Aimi tetap pilih untuk masuk kerja seperti biasa. Pagi itu, Farah yang menghantarnya ke pejabat.

"Thanks, Farah." Ujar Aimi. Dia membuka pintu kereta Farah.

"Kalau ada apa-apa, kau call je aku.."

"Okay". Aimi mengangkat ibu jarinya. Dia keluar dari kereta Farah sebelum menutup kembali pintu kereta. Aimi melangkah masuk ke ruangan bangunan pejabatnya.

**********
Aimi melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja kerjanya. Tangannya mencapai suiz plug komputer. Lalu menekan untuk menghidupkannya.

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Aimi mengeluh apabila kelibat Rafiqin memasuki biliknya.
'Aduh! Orang tua ni nak apa pulak datang sini? Nak spoilkan mood aku pagi pagi la ni..', Aimi merungut dalam hatinya.

"Aku nak sampaikan pesanan ni..." Rafiqin mengambil tempat di kerusi yang bertentangan dengan Aimi. 'Dah la masuk bilik orang, tak bagi salam.', rungut Aimi lagi.

"Pesanan apa, encik?", Aimi cuba menjadi sesopan yang mungkin.

"Mama ajak kau dinner kat rumah malam ni.."

"Huh?" Aimi terkejut.

"Kau pekak ke apa? Aku cakap mama ajak kau dinner kat rumah malam ni.." Rafiqin mengulangi sekali lagi.
Aimi menahan diri daripada membuat muka. Takut akan dimarahi oleh Rafiqin. 'Aku dengar la! Aku tak pekak lagi..', jawab Aimi dalam hati. Gatal mulutnya ingin menjawab begitu tapi ditahannya.

"Tapi kenapa?" Soal Aimi, pelik dengan ajakan yang dia dapat secara tiba tiba.

"Banyak soal kau kan? Aku suruh datang, datang je la. Banyak songeh kau ni.." Jawapan Rafiqin membuatkan Aimi makin geram.

"Maaf, Encik Rafiqin. Tu saya punya keputusan untuk pergi atau tak."

"Eh, perempuan! Kalau aku minta kau buat something, kau kena buat! I wont take no for an answer!" Rafiqin menghentak tangannya di atas meja.

"Encik tak berhak untuk membuat keputusan untuk saya." Aimi cuba bertegas. Rafiqin mengetap giginya menahan amarah.

"Kau suka cabar aku kan, Aimi." Rafiqin bangun. Dia melangkah ke sebelah Aimi. Aimi yang tersentak, turut bangun.

Langkah Rafiqin yang semakin hampir dengannya membuatkan Aimi berundur ke belakang. Tindakan Rafiqin benar benar membuatkan Aimi kecut perut. Ketakutan Aimi bertambah apabila belakangnya tersentuh dinding menandakan ruang untuk dia mengundur telah tiada. Aimi tersepit di antara Rafiqin dan dinding. Kedudukan mereka yang rapat menyebabkan tindakan refleks kedua tangan Aimi menahan badan Rafiqin daripada terus mendekatinya. Aimi benar benar terasa kecil apatah lagi bila tingginya hanya paras dada Rafiqin. Daya tolakan badan Rafiqin menambahkan lagi sakit di luka tikaman semalam.

"Ok..okay..okay. Saya pergi.." Akhirnya Aimi mengalah. Namun, dia masih belum berani untuk menatap mata Rafiqin.

"Kan senang kalau dari tadi kau setuju.." Rafiqin tersenyum sinis.

"Malam ni, make sure kau datang. Datang awal. Before 8 p.m."

"Awalnya!" Spontan kata itu terlepas daripada mulut Aimi. Jawapan Aimi memburukkan lagi keadaan mereka. Lagi lagi dalam kedudukan mereka sekarang. Rafiqin mendekatkan mukanya. Aimi terpaksa menoleh mukanya ke tepi untuk menghalang daripada muka mereka bersentuhan. Aimi merasakan daya tolakan tangannya sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan Rafiqin di hadapannya itu. Apalah nak dibandingkan kekuatan perempuan dengan kekuatan lelaki. Lagi lagi bagi lelaki yang bertubuh tegap dan berdada bidang seperti Rafiqin.

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang