Part 5

646 25 1
                                    


Fatin mengetuk pintu pejabat Aimi. Kedengaran suara Aimi menyuruhnya masuk. Fatin membuka pintu lalu melangkah masuk menuju kea rah meja kerja Aimi.

" Aimi, ni air untuk Aimi." Fatin meletakkan mug yang berisi air milo suam di atas meja.

"Oh, terima kasih, Fatin. Awak macam tau tau je yang saya tengah dahaga ni",ujar Aimi.

"Sama sama. Kalau tak ada apa apa lagi, saya keluar dulu lah". Aimi mengangguk kepalanya tanda setuju.

Aimi ralit menyiapkan kerjanya sehingga dia lupa waktu sudah melepasi jam 5.30 petang. Fatin hairan melihat Aimi yang tiada ura ura untuk pulang ke rumah.

"Aimi, awak tak nak balik lagi ke? Dah pukul 5.45 petang dah ni. Rasanya jalan pun dah start nak sibuk ni." Aimi tersentak dengan soalan Fatin yang tiba tiba muncul di muka pintunya. Cepat cepat Aimi melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan tepat 5.45 petang.

"Allah. Anak ibu!", Aimi terjerit kecil sambil menampar lembut dahinya.

"Huh? Anak?", Soal Fatin meminta kepastian yang dia tidak tersalah dengar Aimi menyebut perkataan anak.

"Eh, Fatin. Thanks sebab bagitahu.", Aimi tergesa gesa mengemas fail di atas mejanya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan juga tas tangan, menuju kea rah pintu biliknya.

"Fatin, saya pergi dulu. Sorry dan sekali lagi thanks."

"Eh, taka pa. Hati hati pandu kereta."

"Hai. Jaa matta!" Aimi terus menuju ke arah punch clock. Setelah menanda punch cardnya, Aimi berlari lari anak kea rah lif lalu menekan punat arah ke bawah.

"Jaa matta? Apa tu?" Fatin kebingungan.

**********

Keadaan di dalam lif agak kepadatan. Timbul menyesal di hatinya kerana tidak turun menggunakan tangga. ' Huihh. Macam macam bau ada.' Gomel hati Aimi. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka menandakan sudah sampai di tingkat G. Mungkin masing masing tergesa gesa untuk keluar membuatkan mereka yang menunggu untuk naik ke tingkat atas di rempuh. Aimi hanya pandang sekilas lalu, kelihatan seorang lelaki mengutip dokumen yang berteraburan di atas lantai. Timbul rasa kesian tapi memandangkan dia sudah lewat, Aimi mempercepakan langkahnya menuju ke arah tempat parking keretanya.

**********

Rafiqin terasa mahu menyumpah nyumpah mereka yang melanggarnya sewaktu dia sedang menunggu lif untuk naik ke atas. Habis berteraburan dokumen dokumennya. ' Dasar mentaliti budak budak. Tak reti nak bersabar agaknya. Keluar lif tu elok elok la sikit. Dah la langgar aku lepas tu tak reti nak tolong, ucap maaf pun tak!', kutuk Rafiqin. Selesai dia mengutip dokumen tersebut, Rafiqin menekan punat lif untuk ke tingkat atas.

**********

"Eh, Rafiqin, asal ketat semacam je muka kau ni? Apa kes weih?", Soal Faris, melihat muka Rafiqin semacam. Rafiqin meletakkan dokumen yang di pegangnya di atas meja kerja Faris. Dia kemudiannya melangkah kea rah sofa lalu berbaring di situ.

"Manusia mana entah rempuh aku tadi. Dah la aku tengah panas, dengan letihnya lagi." Rungut Rafiqin.

"Alah, rilek la. Macam kau tak tahu. Dalam dunia ni macam macam jenis manusia ada."

"Yelah. Tapi agak agak la. Common sense kot. Dah tersalah langgar, ucap la maaf paling kurang. Tu pun susah." Faris tergelak.

"Dah ah. Cakap pasal lain la pulak." Sambung Rafiqin lagi.

"Pasal apa pulak?" Soal Faris lagi.

"Tu, newcomer apa cerita? Hari tu bukan main kau puji dia, Lawa la. Baik la. Sopan la. Mana dia? Tak nampak pun?"

Dia milikku.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang