#PelacurPerawan
#Part28
By; _j.y_
"Anakku.."
Pelan-pelan tebuka mata c Evy bila dia dengar ada suara pigi bisik di telinga dia.Pertama dia nampak adalah muka bapa sama mama dia.Dorang pakai baju putih yang berkilau betul.Dia nampak manis betul senyuman dorang.Kalah-kalah lagi tu air tebu yang tua sudah batang dia.Sebab kalau dibandingkan dengan gula,kalah sudah tu gula tu.Tu gula kan kena buat dari air tebu.kalau kena proses sudah mestilah kena campur sudah bahan-bahan lain kan.Maknanya nda original manis dia biarpun gula dikategorikan sebagai makanan manis.
"Sayang.."
Mama dia cepat-cepat pigi tolong dia duduk.Dia tingu lagi sekeliling dia.Dorang di rumah dorang sekarang.Bekerut sudah tu dia punya dahi.Bila masa dia balik pula ni?.Bukan dia di hospital kah?.Bukan dia kena tembak kah tu?.Dia kasi guyang tu badan dia.Teda pun dia rasa sakit.
"Sayang..Kamu mimpi sekarang.Jangan risau,mama sama bapa singgah sekejap saja.kami mo pesan sesuatu saja sama sayang"
Dia tingu mama dia.Pelan-pelan dia kasi sandar kepala dia di bahu mama dia.Mama dia usap kepala dia.Dia rasa tenang betul sekarang.Beginilah kalau kena sayang olwh mama sendiri.Semua benda yang kacau pikiran kompom hilang.
"Sayang...dalam hidup kita mesti kena duga oleh yang di atas.Yang kita perlu buat adalah kita mesti bersabar.Percayalah.Satu hari nanti,apa yang kita rasa bikin sakit hati tu swmua ada balasan dia.Mama sama bapa mau sayang tabah.Kami tahu puteri kami adalah orang kuat.Jangan putus asa sama dugaan hidup kita."
Teberenti sekejap bapa dia becakap bila ada suara yang panggil nama dia.Dia tingu kiri kanan teda juga orang.Dorang tiga ja ni sekarang.Pedulilah tu..dia salah dengar kali.
"Sayang..mama sama bapa yakin,lepas ni sayang akan bahagia sama dia.Kami yakin yang dia akan jaga sayang.Sebab kami selalu perhatikan dia dari jauh.Jangan ragu kalau sayang memang suka dia.Sebab kamu berdua sememangnya saling suka.Cuma degil saja mau terus terang.Dan kami boleh jalan sudah sebab abang jumpa adik dia sudah.Bergembiralah sayang."
C Evy ikut tu mama sama bapa dia bediri.Dia peluk mama dia erat-erat.
"Janganlah jalan lagi.Evy mo ikut.."
Dia minta kesian sama mama dia tapi tu mama dia senyum saja.
"Evy...evy.sayang..baliklah..please..."
Nah bergema lagi tu suara.Entah suara dari mana.
"Pulanglah nak.Kembali ke tempat asal.Jangan sedih.Satu hari nanti kita pasti akan bekumpul satu kali.kita berempat pasti akan kembali bersatu.Kami setia menunggu.Baliklah nak.Dia sedang tunggu kamu tu."
Pelan-pelan badan mama sama bapa dia mau pudar sudah.Dorang lambai dia sambil senyum.Nda lama lepas tu hilang tu bapa sama mama dia.Tinggalah dia yang teheran balik.Dia mimpi lagi ka.
'Tik!'
Tiba-tiba ada air menitik pigi mata dia.Dia tingu di atas bumbung.Dari mana pula ni air ni.Hujan pun nda tiba-tiba menitik.
"Evy...baliklah..."
Dia dengar lagi balik tu suara.Pelan-pelan dia jalan pigi ikut dari mana tu suara muncul.
C Norman tahan ja hati air mata dia bila dia nampak c Iskandar menangis macam budak-budak.Tu lelaki nda dapat terima yang c Evy nda benafas sudah.Siap saja darah dia kena kasi masuk di badan c Evy,tu perempuan tiba-tiba berenti benafas.Padahal darah dia sama dengan darah c Evy.Doktor pun bingung sekejap.Jarang ada benda macam ni terjadi bei.C Iskandar nampak sedih betul.Memang terbuktilah tu lelaki memang suka c Evy.Pelan-pelan dia pigi dekat c Iskandar.
YOU ARE READING
PELACUR PERAWAN (Completed)
عاطفيةWRITTEN BY LOYLENCY YANSOI SINOPSIS; Kerana harta,Evy gadis 16tahun dihalau dari rumah dengan sehelai sepinggan.Tidak ada duit,tidak ada ic dan dengan berkaki ayam dia dibiarkan di tepi jalan.Nasibnya malang apabila dia ditemui oleh sekumpulan orang...