EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
"REGRET?" Nadaku kedengaran begitu sinis mempersoalkan amaran dia. Penyesalan tidak wujud di dalam kamus hidupku.Bibir kupasak senyuman manis. Kutentang mata dia berani. Tidak gentar dengan ugutan dari suara dingin dia. Yang penting apa yang kumahu berada di dalam genggaman.
"You yang pilih jalan ni. Remember this well!"
"Don't worry. I takkan salahkan you," balasku bersahaja. Tidak kisah dengan pandangannya yang jelas jijik denganku.
Tawa sinis meletus di bibir dia. Tiba-tiba dia menghapuskan jurang di antara aku dan dia. Lantas menyambar daguku. Mencengkam kuat di situ hingga menimbulkan kerutan di dahiku.
Aku tidak cuba melawan. Membiarkan sahaja dia memperlakukanku begitu. Aku tahu dia marah. Dan dia berhak untuk marah.
"Do you think I will believe you?" Nada dia tidak kurang sinis dari nadaku. Malah lebih lagi. Membuat jantungku berdetak tidak selari. Gerun.
Aku menelan liur yang terasa kesat. Sedar tanpa dia bersetuju, rancanganku takkan berhasil. Semuanya terletak di tangan dia. Aku tidak punya kuasa untuk memutuskan apa-apa.
"No. You don't," balasku jujur.
Senyuman sinis terlorek di bibir dia mendengar jawapan jujur itu. Sepasang mata hitam dia cuba tembus ke dasar hatiku yang paling dalam. Mahu melihat warnanya mungkin. Merah atau hitam?
"What? Do you want me?" soalku dengan nada yang sengaja kulunakkan. Menggoda dia dari terus cuba menduga hatiku.
"Takut, hurm?"
Aku tertawa kecil. Takut? Aku sudah mengambil langkah ini. Untuk apa lagi wujud perasaan yang tidak sepatutnya ada?
Dia tidak perlu tahu tentang hatiku yang sudah kubuang jauh dari hidupku. Hati yang tidak diperlukan di dalam dunia yang tidak menjanjikan apa-apa buatku.
"Takut?" Soalan kubalas dengan soalan. Jemariku naik menyentuh tangan yang masih setia mencengkam daguku.
"I berani pilih you. Tak ada apa yang I takutkan," tuturku lembut.
'Not you!' desis hatiku.
"Berani," komennya sinis seraya melepaskan cengkaman di daguku. Bagai jijik dengan sentuhan tanganku.
"I hope you will never regret your own choice," ucapnya sebelum melangkah pergi. Meninggalkan aku sendiri merenung belakang tubuh lebar yang kian menghilang dari pandangan tanpa sebarang emosi.
"Regret?" Soalan itu terletus di bibir. Tak mungkin.
YOU ARE READING
Biarkan Kulupa
RomanceSekali salah melangkah, sukar untuk membetulkan segalanya. Lalu lebih baik melupakan dan mengorak langkah baru. Antara aku dan dia, tidak wujud rasa indah itu. Hanya satu jalan yang menjadi pilihan. Tiada apa yang diharapkan. Saat dia menjadi lelak...