Teaser 13

2.2K 52 1
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
KAKI terhenti kala tiba di bilik yang punya keluasan sama seperti sebuah rumah teres. Tidak perlu bertanya pun aku sudah dapat mengagak di sini tempatku selalu beradu ketika tinggal di sini. Atau lebih tepat lagi bilik aku dengan dia. Itu pun kalau dia sudi pulang.

Dari cerita Widad, Zafran jarang pulang kerana tidak suka dengan kewujudanku. Lebih banyak menghabiskan masa di syarikat di mana tersedia bilik khas untuk lelaki itu.

Senyuman sinis tersugil di bibir. Kalau aku berada di tempat dia, aku juga tidak ingin pulang. Lelaki mana mahu bersama perempuan seperti aku? Menggunakan taktik keji demi memastikan punya status di syarikat.

Ya, aku mempergunakan dia demi kepentingan diri. Dan lelaki seperti dia yang tentu punya ego melangit masih membenarkan aku menjadi isteri. Di mana logiknya?

Lambat-lambat kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Meliarkan mata pada susun atur mewah tetapi ringkas. Maskulin.

3 tahun aku hidup di bilik ini? Boleh percaya ke? Kenapa tiada langsung sentuhanku yang kelihatan? Tak mungkin aku sukakan susun atur begini.

Bagaimana aku menghabiskan hidup selama 3 tahun ini? Akal mula tertanya-tanya.

Terasa semua ini sekadar ilusi. Aku seperti hilang jati diri. Tidak hidup demi diri sendiri. Seperti hidup dalam bayang-bayang lelaki itu.

Susun atur bilik ini cukup untuk menjadi bukti. Jika benar aku benar-benar hidup di sini, sudah lama aku memastikan bilik ini digubah mengikut citarasaku.
Sama ada aku tidak tinggal di sini atau aku sudah lama hilang jati diri. Itu sahaja penjelasan yang ada.

Tidak berpuas hati dengan penilaian itu buat aku melangkah ke arah almari besar melihat koleksi pakaian yang ada. Sebaik pintu ditolak, mataku buntang bagai tidak percaya.

Apa yang berlaku sebenarnya hingga aku tersasar begitu jauh dari landasan hidup yang kupegang selama ini? Benar-benar mengelirukan. Bagaikan aku berubah menjadi manusia lain dalam sekelip mata.

Tangan mencapai dress biru yang tergantung rapi. Dress yang berkilau menyilaukan mata kupandang lama. Pakaian jenis apakah ini? Mahu ke mana berpakaian seperti ini? Ke kelab malam? Berdisko?

Kepala tergeleng-geleng sendiri. Apa yang cuba kubuktikan sebenarnya? Sukar untuk percaya jika Widad tidak membuka cerita.

Jika aku tidak tahu kisah sebenar, pakaian ini tentu sahaja dianggap milik perempuan simpanan lelaki itu. Bukan milik seorang isteri.

Jauh. Terlalu jauh perbezaan yang berlaku. Sukar untuk dihadam perubahan ini. Aku masih kenal diri sendiri. Biarpun aurat tidak ditutup sempurna, belum lagi sampai tahap untuk memakai dress bertali spageti. Terlalu seksi.

Jalan apa yang kupilih sebenarnya? Hanya kerana seorang lelaki, aku merendahkan maruah diri? Atau lebih tepat kerana mahu menentang keluarga sendiri, aku mengambil jalan ke arah kehancuran.

Ke mana hilangnya akalku? Kenapa gagal berfungsi dengan baik? Memilih merosakkan diri sendiri. Untuk apa? Bahagiakah yang kudapat?

Ternyata bila berfikir menggunakan emosi mampu membawa kemusnahan pada diri.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Kehilangan memori membuka jalan baru untukku. Biarkan kulupa tentang kesilapan yang berlaku. Kembali pada diriku yang dulu. Yang masih tahu untuk menghargai diri sendiri.

Aku melangkah ke katil. Merebahkan tubuh di tilam empuk. Terlalu banyak perkara bermain di fikiran. Buat tubuh mula terasa lesu. Tidak lama untukku tenggelam dalam mimpi yang panjang.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now