Teaser 23

253 8 8
                                    

TELEFON BIMBIT di tangan hampir kubaling ke dinding. Setiap jawapan yang diterima begitu menyakitkan hati. Dapat kuagak apa yang berlaku. Dia pastinya terlibat mempermainkanku di sebalik tabir.

Tiada siapa ingin menjual hartanah padaku. Ada sahaja alasan diberi. Aku tidak tahu bagaimana dia mampu mengawal semua agen hartanah untuk memastikan aku tidak dapat membeli rumah kediaman sendiri.

Dia bukan sahaja melarang, malah bertindak kejam di belakang tabir. Kalaupun aku tidak rela berputus asa, tiada siapa sudi menjual padaku.

"Zafran!" jeritku bengang.

Jika lelaki itu muncul di hadapan mata, tahulah diajar biar dia kenal langit itu tinggi atau rendah. Hati berbicara begitu. Hakikatnya, lain yang berlaku.

Dia yang muncul di hadapan mata, memaku tubuhku di kerusi buat lidah kelu seribu bahasa. Marah di hati seperti disimbah air. Padam begitu sahaja. Diganti risau yang berpanjangan.

"Degil," komennya sinis.

Kuketap bibir menghalang diri dari menghamun dia. Faham kenapa diri dilabel degil.

"You tak dengar arahan I, Balqis. You patut lupakan niat you untuk tinggalkan I," tuturnya bersahaja.

"Why?" soalku setelah lama terdiam.

"Why?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Just let me go. I takkan ganggu hidup you lagi. I mengaku... salah I heret you dalam hidup I. Dan I tak salahkan you atas kemalangan yang berlaku. You ada hak untuk pilih perempuan yang you suka. I yang salah heret you dalam masalah I. So, just let me go. Tamatkan semua ni," ucapku berlagak tenang. Berani menentang renungan tajam yang menikam hingga ke dasar hati. Tidak ingin dia tahu betapa jantungku berdegup laju kala tubuh aku dan dia hampir bertaut rapat.

Aku tidak menyalahkan dia di atas kemalangan yang menimpa. Tidak juga kisah dengan layanan dingin dia. Aku yang tidak silu mengheret dia ke dalam masalah hidupku.

Aku yang bersalah. Aku cuma mahu menghentikan semua ini. Menamatkan hubungan yang tidak punya masa depan.

"Just because you want me to let you go, huh? Why should I?" soal Zafran dengan nada yang cukup sinis. Membiratkan hati yang mendengar.

"I... you..."

"You dengar sini baik-baik, Balqis. I takkan ulang ayat yang sama sekali lagi. You isteri I. You sendiri yang pilih untuk jadi isteri I. I tak pernah paksa you. Seumur hidup ni... you akan kekal jadi isteri I. I will never let you go. Sama ada you suka atau tak... you kena terima hakikat tu. Jangan ingat you boleh pergi bila you rasa you nak pergi. Tak semudah tu, Balqis."

Aku terdiam tanpa kata. Setiap bicara dia ditekan seperti cuba memasak hakikat itu ke dalam benakku. Menyedarkan aku tentang realiti yang takkan berubah.

Dia takkan sesekali lepaskan aku!

"You don't love me!" bentakku.

Tawa sinis terletus di bibir dia. Tawa yang jelas mengejek. Jemarinya naik ke daguku. Memaut kemas di situ. Memastikan aku tidak berpaling daripada dia.

"Sejak bila you pandai bercakap tentang cinta?" soal Zafran sinis.

Kutelan liur yang terasa berpasir. Benar. Sejak bila pula aku peduli tentang hati dan perasaan?

"3 tahun dulu... you tak pernah sebut tentang cinta. You tak kisah pun serahkan diri you pada I. I tak perlu bayar sesen pun untuk..."

"Shut up!" jeritku marah. Tak perlu untuk dia mengulang perkara memalukan itu. Tangannya kutepis kasar. Malangnya makin kuat pautan di daguku.

"Kenapa? Tak sudi dengar apa yang you sendiri dah lakukan?" selar Zafran tanpa belas.

Ya, aku tidak sudi mendengar tentang perbuatan sendiri. Terlalu memalukan!

"You nak cinta? I will give it to you," ucap Zafran bersahaja. Seolah cinta itu permainan buatnya. Tidak bernilai di mata.

"I don't need anything from you!"

Siapa mahu cinta daripada dia? Aku cuma mahu bebas.

"Really? That's not what you said 3 years ago."

"3 tahun dulu I mungkin tersalah langkah. Sekarang... I nak mulakan hidup baru. Just let me go," ucapku lirih. Mengharap dia mengerti.

"Mulakan hidup baru? Tanpa suami you?"

"Hidup you takkan terjejas tanpa I di sisi you. I ada atau tak ada... tak ada beza buat you."

"3 tahun dulu I sanggup terima you dan I tak pernah berniat untuk lepaskan you. Apa yang buat you rasa 3 tahun lepas tu I akan biarkan you pergi macam tu aje, hurm?"

"I..." Aku hilang kata. Hujahnya mematikan segala alasan yang cuba kulemparkan.

3 tahun dulu bukan sahaja dia menerimaku malah memberi aku status isteri tanpa aku perlu berbuat apa-apa. Tidak pernah timbul soal cerai biarpun aku dilayan dingin.

Apa alasan untuk dia menceraikan aku hari ini? Tiada!

"Apa yang I patut buat untuk you lepaskan I?" Soalan itu terletus di bibir. Masih tidak rela mengalah.

"You tak perlu buat apa-apa, Balqis. Sebab I takkan lepaskan you. Isu ni tamat kat sini. I tak nak dengar you cari rumah lain lagi. Dan I tak nak dengar lagi permintaan yang sama keluar dari bibir you ni." Jemari Zafran melata di bibir. Bermain-main di situ seolah cuba memberi amaran keras supaya aku berputus asa.

Soalnya sekarang, sanggupkah aku menerima hubungan yang wujud di antara aku dan dia? Selama mana aku perlu hidup dengan lelaki asing itu?!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now