Teaser 21

290 8 3
                                    

Lama Muna tak update kisah Balqis kat sini. Good news for all citer ni Muna dah jadikan versi ebook. Untuk esok sahaja RM15 on promo. Sape yang berminat boleh grab ASAP!

SEPANJANG hari aku berkurung di bilik menghadap komputer riba. Mencari potensi kediaman yang menarik perhatian. Sesekali membuat panggilan bertanya tentang status dan harga semasa.

Kuurut perlahan mata yang mula lesu akibat terlalu lama memandang skrin komputer riba. Menarikan jemari di pelupuk mata untuk seketika.

Kutarik nafas dalam-dalam. Dilepas perlahan. Beberapa kali kuulang perkara sama. Menyegarkan kembali diri yang hampir tertidur. Aku bangun dari duduk. Meregangkan otot.

Saat ini telinga dapat menangkap deruman enjin kereta memasuki laman. Bertaut dahi tanpa sedar. Terganggu dengan kepulangan lelaki itu.

Setiap kali lelaki itu pulang, tekanan mula menghimpit diri. Tidak sudi berhadapan dengan dia.

Aku punya banyak sebab untuk itu. Pertama, dia cukup asing bagiku yang hilang memori. Kedua, aku tidak mampu membaca apa yang dimahukan dia. Hubungan apa yang cuba dipertahankan? Ketiga, dia sesuka hati sahaja menyerangku tanpa sebarang amaran.

Keempat? Bila difikir kembali, terlalu panjang alasan yang mampu kusenaraikan. Penat untuk dihuraikan.

Tidak lama untuk pintu bilik dikuak dari luar. Buat kakiku tanpa sedar mengundur sendiri. Cuba mencipta jurang sejauhnya. Masih trauma dengan 'serangan' semalam.

Melihat aku begitu, senyum sinis terlorek di bibirnya. Mengejek aku yang jelas dihantui ciuman hangatnya.

Ingin sahaja kucarik senyuman di bibir itu. Biar tidak lagi boleh mengejekku begitu. Atau lebih tepat tidak lagi mampu menciumku sesuka hati!

Zafran melangkah ke meja yang tadinya menjadi tempatku bertapa. Aku resah kala tangannya jatuh ke komputer riba. Mahu sahaja aku lari menutup skrin agar dia tidak dapat membaca apa-apa di situ.

Dipandang sekilas skrin komputer riba sebelum renungannya tajam menikam mataku. Jantung mula lari rentak. Aku tidak suka bila diriku begitu mudah terkesan dengan setiap tingkahnya.

"You cari rumah?" soal Zafran senada.

Aku tidak membalas. Sudah nampak untuk apa tanya lagi?

"Untuk apa?" soal Zafran lagi. Kali ini nadanya berubah diktator. Memaksa aku membuka mulut.

"Untuk apa lagi?" Soalan kubalas dengan soalan.

Zafran tertawa sinis. Kali ini tiada soalan yang dilontarkan. Sebaliknya kaki bertindak menghampiriku. Aku serentak itu mengundur.

Setapak dia maju, selangkah kuundur. Hingga akhirnya tubuhku terpaku di dinding putih dengan tangannya terpasak kemas di sisiku. Menutup sebarang ruang untuk aku lolos.

"Balqis," serunya lembut. Namun dapat kutangkap nada bahaya penuh amaran.

"You mungkin hilang memori. Tapi you tak patut pura-pura tak tahu status you sendiri. You isteri I. Tempat you di rumah ni. Tak perlu rajinkan diri you untuk cari rumah lain. I tak benarkan. Faham?"

Nada dia kedengaran bersahaja. Pun begitu mampu menegakkan seluruh roma di tubuhku dengan ugutan yang menidakkan hak aku untuk berpindah keluar dari rumah agam ini. Rumah yang sepi tanpa rasa 'hidup'.

"You faham tak?" tekan Zafran mahu mendengar jawapan seorang isteri.

Aku menelan liur yang terasa pahit. Dalam keadaan aku dan dia begitu dekat begini, bibir tak berani untuk memprovok dia seperti semalam. Tidak rela perkara yang sama berulang lagi.

Akhirnya kuangguk sekilas tanpa suara. Bagai ada batu besar tersekat di kerongkong ketika ini.

"Good girl. Kalau you tetap tak faham... I tak kisah guna cara lain untuk buat you faham."

Ugutan demi ugutan dilemparkan padaku. Cukup untuk membuat wajahku berubah keruh. Hati diamuk marah. Malangnya perlu ditelan sendiri marah itu.

"Memandangkan you dah lupa... I tak kisah nak ingatkan you biar you tak lupa sekali lagi," ucap Zafran sinis. Nafasnya menghembus lembut ke batang leherku. Menyedarkan aku betapa intimnya kedudukan aku dan dia. Terlalu rapat dan dekat. Seolah ingin menggoda seorang isteri.

"You yang pilih jalan ni, Balqis. You sendiri yang pilih I jadi suami you. Jangan sesekali lupa pilihan yang you buat. Menyesal pun dah tak berguna," tambah Zafran menekan setiap baris ayat seperti cuba memasak kemas ke dalam ingatanku. Seolah takut benar aku lupa.

"I tak pernah menyesal," balasku lemah. Walau apa pun yang berlaku, satu perkara tidak pernah terdetik di hati. Kesal? Never!

Aku mungkin cuba mengubah jalan hidupku. Tidak bermakna aku kesal dengan apa yang berlaku. Cuma agak sukar untuk aku menghadam bagaimana aku boleh berubah sekelip mata.

Biar betapa bodoh pun keputusan yang pernah kulakukan, semua itu menjadi satu pengalaman untukku. Tiada penyesalan di hati. Malah dijadikan sempadan agar tidak terus tersalah langkah.

Malangnya lelaki itu ingin terus berpegang pada status yang tidak membawa makna apa-apa. Menyakitkan hati betul. Lepaskan sahaja aku. Untuk apa disimpan isteri yang jijik di mata?!

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now