Teaser 8

2.8K 59 1
                                    

"CERAIKAN I." Itu permintaan pertama aku pada dia. Permintaan yang kukira tidak keterlaluan memandangkan tiada apa yang bermakna di dalam hubungan aku dan dia.

Untuk apa terus bersama lelaki yang tidak menghargaiku sebagai isteri? Lagi pula aku langsung tidak ingat tentang dia. Di mataku, dia hanya lelaki asing!

Dia jongket kening bagai tidak percaya dengan permintaanku. Tersugil senyum sinis di bibir dia.

"Ceraikan I," tekanku. Mahu dia tahu aku benar-benar serius.

"Ceraikan you?"

"Ceraikan I."

Apa yang pelik? Aku langsung tidak mengenali dia. Dan dia tidak perlukan seorang isteri. Lalu untuk apa meneruskan hubungan yang tidak membawa makna apa-apa?

Aku yakin andai memoriku kembali sekalipun nanti, aku tidak ingin terus menjadi isteri lelaki ais batu yang hanya tahu merendahkan suhu bilik di mana aku berada. Dingin!

"No!" balasnya tanpa emosi.

"No?" Kali ini aku yang menjongket kening tidak percaya dengan jawapan itu.

Aku kira dia tentu senang dapat melepaskan diri dari isteri sepertiku. Jika benar cerita yang disampaikan Widad, aku sendiri mampu membenci diri. Lagikan dia yang menjadi mangsa.

"You heard me."

"I tak faham."

"I will never divorce you."

"Why?" soalku dingin.

Dia tidak membalas. Sebaliknya melangkah ke pintu. Menamatkan bicara di antara aku dan dia.

"I akan buat you setuju ceraikan I!" bentakku yakin sebelum dia menghilang di balik pintu. Tidak ragu untuk itu.

Aku akan pastikan kebebasan itu menjadi milikku kembali. Aku tidak mahu terus terikat dengan dia. Malah aku tidak mahu meneruskan apa yang telah kulakukan selama 3 tahun ini. 3 tahun yang telah kulupa.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now