Teaser 16

2.3K 52 0
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
PINTU terkunci rapat. Mata tetap tertunak di situ. Bimbang jika ada yang berani menceroboh masuk. Detik demi detik berlalu begitu lambat. Mengharap dia tidak muncul di hadapanku.

Hati berbisik bimbang. Bimbang dia datang menuntut hak. Jika dia mahu, bagaimana aku boleh menolak? Apa dayaku untuk menolak.

Susuk tubuh sasa dan tinggi lampai dia sudah cukup untuk membuatku kalah. Tidak perlu berjuang. Buang masa sahaja.

Kantuk yang datang buat mata hampir terpejam. Sudah berkali-kali terpejam sebenarnya. Kupaksa celik semula. Tidak berani tidur selagi tiada kepastian dia takkan muncul.

Lama aku berjaga-jaga. Akhirnya bunyi deruman enjin meninggalkan laman buat aku menghela nafas lega. Benar kata Widad. Dia jarang benar pulang ke rumah ini. Tidak sudi bersama seorang isteri yang jijik di mata dia.

Baguslah begitu. Untuk malam ini aku masih selamat. Dan aku berharap hari-hari seterusnya pun aku tetap selamat.

Kurebahkan tubuh di katil. Membiarkan kantuk yang cuba kulawan menang akhirnya. Mata terpejam rapat. Menanti hari baru muncul bersama mentari pagi. Menyusun semula hidup yang masih panjang.

SUBUH. Aku membersihkan diri setelah memastikan tiada lagi darah kotor yang mengalir keluar. Di dalam keadaan koma pula aku datang bulan. Semalam masih lagi bersisa. Pagi ini telah kering sepenuhnya.

Setelah puas mensucikan diri, kaki melangkah keluar lalu mencari sejadah. Puas meliarkan mata tidak kutemui.

Pelik. Biarpun aku bukan sebaik mana, solat menjadi tiang hidupku. Dahi bertaut rapat.

Mungkinkah aku sudah lama meninggalkan solat? Tidak mustahil untuk itu berlaku kala mengenang kembali koleksi pakaian yang menjadi pilihan.

Rasa bersalah menggigit hati. Pincang sungguh langkahku. Tidak hairanlah aku tersasar jauh bila tiada tiang dijadikan panduan.

Lambat-lambat aku melangkah keluar. Mencari Kak Masni. Mungkin wanita itu tahu di mana tersimpan sejadah dan telekung.

"Puan nak apa ya?" soal Kak Masni penuh hormat.

"Kat mana simpan telekung? I nak sejadah sekali."

Wajah Kak Masni jelas terkejut dengan permintaanku. Sekejap cuma sebelum dia tersenyum padaku.

"Kat rumah ni tak ada telekung."

"Tak solat?" soalku senada.

"Solat. Cuma ada telekung Kak Mas punya aje."

"Pinjam," pintaku. Tidak kisah akan status aku dan dia yang jauh berbeza. Yang penting solat perlu kutunaikan.

Terkebil-kebil Kak Masni seketika sebelum bergegas mendapatkan telekung miliknya. Mungkin tidak menyangka aku sanggup menggunakan barang pembantu rumah.

"Thanks," ucapku kembali ke bilik. Tidak susah untuk tahu di mana arah kiblat. Kompas di dalam telefon bimbit digunakan untuk menunjukkan arah.

Usai solat, aku mengembalikan telekung dan sejadah pada Kak Masni. Kuhela nafas berat. Terlalu banyak dosaku rupanya.

3 tahun ini, apa lagi yang berlaku sebenarnya? Widad pasti tidak tahu segalanya.

Argh, tak guna menyeksa diri. Tidak perlu ingat kembali. Biarkan kulupa. Lebih baik begini. Untuk apa mengenang segala perkara buruk yang berlaku? Biarkan kulupa!

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now