Teaser 7

2.9K 56 0
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
"AKU nak tahu, Wid," tegasku memandang tepat ke wajah Widad yang serba salah mahu membuka cerita.

Aku ingin tahu dan perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kehilangan memori tidak bermakna aku perlu dibiarkan dalam gelap. Tertanya-tanya sendiri bagaimana aku boleh menjadi isteri.

"3 tahun lepas... kau sendiri yang pilih dia jadi suami kau," tutur Widad mula membuka cerita.

"Aku... yang pilih?" soalku sukar untuk menerima kenyataan itu. Lainlah kalau aku dipaksa untuk menerima lelaki itu. Mudah untukku percaya.

Bagaimana aku boleh memilih lelaki begitu? Lelaki yang begitu dingin. Yang beku tanpa emosi.

Cukup sekali bertentang mata untukku membaca karakter lelaki itu. Langsung tidak menarik perhatianku.

Seingatku, walau aku tidak punya kekasih, aku tetap mengharapkan kehadiran lelaki yang mampu menyentuh hatiku. Lelaki yang akan mengasihi dan menjagaku sehabis baik. Mimpi indah setiap gadis.

Untuk apa mengikat diri dengan lelaki seperti itu? Mendera perasaan sendiri. Lebih baik membujang selamanya.

3 tahun? Bermakna aku berkahwin ketika masih di kampus? Tidak sampai setahun pun mama pergi.

Aku tergeleng-geleng sendiri tidak percaya. Kenapa aku begitu terdesak? Kenapa perlu berkahwin sebelum tamat pengajian?

Usiaku terlalu muda ketika itu. 21 tahun terlalu mentah untuk berkahwin. Tentu ada alasan yang kukuh hingga aku mengambil keputusan menyerahkan hidupku pada lelaki itu.

"Kau yang pilih, Qis. Malah cara kau..."

"Wid... aku nak tahu semuanya," tingkahku.

"Kau..."

Widad menceritakan kisah yang aku sendiri sukar mahu percaya kala mendengarnya. Kisah yang tak pernah terfikir mungkin berlaku di dalam kehidupanku.

Jauh benar aku berubah. Aku sanggup melakukan semua itu? Demi mencapai matlamat, aku sanggup menggadai masa depan sendiri.

Tidak hairanlah aku punya suami beku seperti dia. Mana mungkin dia menghargai kehadiran isteri yang menggunakan taktik kotor. Isteri yang tidak diingini.

Saat ini, aku hilang kata. Tidak tahu apa yang perlu diungkap ketika ini. Sukar untuk menghadam kisah yang ditaburkan Widad.

Jika bukan Widad sendiri yang membuka cerita, kerat 10 jari pun belum tentu aku percaya. 

Aku tahu Widad tidak akan menipuku. Biarpun aku hilang memori, aku tidak boleh menidakkan apa yang telah berlaku.

Tidak hairanlah memoriku hilang. Terlalu pahit untuk dikenang. Lebih baik memori itu tak kembali sampai bila-bila.

Ada benar kata doktor. Mungkin aku sendiri yang cuba memadam memori yang tidak diingini. Menyebabkan aku hanya lupa kejadian yang berlaku saat dia muncul di dalam hidupku.

"Qis..."

Aku diam tanpa kata.

"Qis..." Widad terus menyeru bimbang bila tidak mendapat respons dariku.

"Kau okey tak ni?"

"Aku nak rehat."

Widad mengeluh kecil. Dia bingkas bangun. Memberi ruang untukku berfikir. Langkahnya terhenti di pintu. Berpaling memandangku sekali lagi. Risau untuk meninggalkanku sendiri setelah mengasak benakku dengan kisah yang tidak begitu rumit untuk dicerna.

"Thanks," ucapku.

"Esok aku datang lagi," janji Widad sebelum menghilang.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now